Pengambilan Asid Folik memang amat disarankan kepada wanita yang ingin hamil dan juga sedang hamil. Ia penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat disarankan oleh doktor untuk wanita hamil bagi pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri. Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly ( kepala bayi kecil atau tiada kepala).
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Muhammad Kalam Izzat Din Che Darus, menerusi Facebook miliknya seorang lelaki yang hanya sempat menjadi bapa selama 18 jam meluahkan isi hatinya sebelum anak sulungnya meninggal dunia pada 22 Julai yang lalu sehari selepas bayi ini dilahirkan.
Bayi yang diberi nama Muhammad oleh Muhammad Kalam dan isterinya, Nurul Aisha Nabilla Abdul Razak, meninggal kerana mengalami kecacatan otak sejak dalam kandungan lagi. Menurut Muhammad Kalam penyakit itu dikesan ketika kandungan isteri, Nurul Aisha Nabilla Abdul Razak, 22, berusia tujuh bulan sewaktu mereka membuat imbasan 3D di sebuah klinik.
Dalam perkongsian tersebut juga Muhammad Kalam menyatakan salah satu faktor yang menyebabkan kecacatan otak pada bayinya itu kerana kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.
Jelasnya juga isterinya mengalami alahan teruk ketika mengandung hingga kurang selera makan dan kerap muntah. Keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat mengambil Acid Folik secara konsisten.
Pada hari khamis 4 Julai 2019 merupakan mimpi ngeri buat ibu dan abi. Pada tarikh itu kami membuat temujanji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar dan mendapati anak kami abnormal baby(anencephaly) semasa scan.
Anencephaly adalah baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Otak tak terbentuk dengan sempurna. Baby yang lahir dengan masalah ini sangatlah berisiko. Baby anecephaly tak boleh hidup lama.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.
Masa scan adik aktif sangat. Siap tendang-tendang lagi perut ibu. Adik macam sorokan je kat ibu dan abi masalah adik. Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan adik anencephaly.
Pilih bersalin awal, tak sanggup tengok janin dalam kandungan tanggung sakit Doktor pakar bagi ibu dan abi dua minggu untuk tenangkan fikiran dan membuat kata putus keputusan kami. Jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Ataupun paling lama 2-3 hari.
Kandungan kami semasa detail scan berusia 7bulan, lagi dua bulan je adik nak due baru dapat tahu adik tak sihat dalam rahim ibu.Due adik dijangka 30 september tetapi kami memilih untuk bersalin awal untuk kebaikan bersama dan tidak sanggup tengok adik sakit. Susah untuk terima semua ini, ibu siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Segala kelengkapan baby sudah kami beli untuk menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami.
Selama 5 bulan lebih ibu alahan, makan tak lama terus muntah2.Tiap malam sebelum ibu tido abi kena gosok belakang baru ibu boleh tidur. Pengalaman ini abi tidak akan lupakan sampai bila-bila.
Kami cuba pergi ke klinik swasta membuat 3d scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi sayang adik tak mahu tunjuk wajah adik dekat ibu dan abi. Adik tutup dengan kaki dan tangan adik atas kepala semasa dalam kandungan ibu. Doktor cakap air ketumban sedikit dan menyukarkan ibu melihat dengan lebih jelas. Puas abi usik adik tapi adik tetap tidak mahu tunjuk. Mungkin adik tak nak ibu dan abi sedih tengok keadaan fizikal adik.
Ibu dan abi terkilan kerana tidak dapat menjaga adik sehingga besar. Adik ialah anugerah terindah abi pernah dapat. Saat-saat bersama adik 7 bulan 2 minggu dalam kandungan ibu takkan pernah abi lupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim ibu selama30 minggu ini.
Pada 16 julai semasa berjumpa doktor, saya dan isteri bersetuju untuk ditahan diwad dan dimasukan ubat bagi bersalin awal. Setelah enam hari berada diwad adik baru keluar. Pada 21 julai tepat 1410h adik dilahirkan. Alhamdulillah abi org pertama dapat azankan adik.
Abi bersyukur sangat-sangat dik dapat dengar adik menangis walaupun doktor cakap jangka hayat adik tidak lama. Pada pagi harini adik tinggalkan kami pada jam 0810 pagi. Semangat adik untuk hidup kuat walaupun hanya 18jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami.
Seru wanita lain untuk ambil asid folik sebelum dan ketika hamil Saya menyeru kepada para wanita diluar sana supaya mengambil asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan sebagai persediaan awal bagi mengelakkan unplanned pregnancy yang lead to komplikasi. Mungkin salah ibu dan abi tak prepare dulu sebelum mengandung.
Saya harap kisah saya dijadikan pengajaran buat bakal-bakal ibu yang tahu mengandung tapi mengabaikan kepentingan vitamin ini. Saya mohon anda share dan tag untuk bakal2 ibu nanti sebagai persediaan awal mengandung dan pada awal kandungan. Mencegah lebih baik dari mengubati, namun ingatlah Allah sebaik-baik Perancang.
Abi bersyukur Allah uji ibu dan abi.Allah pilih kami untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda yang paling mahal abi dan ibu pernah dapat iaitu anak syurga. Semoga kesedihan ibu dan abi pada harini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari akan mendatang. Ingatlah Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu Pasti.
Setelah dua bulan berumahtangga, bahagiannya makin dirasai buat pasangan ini. Fasha Sandha akhirnya kini berbadan dua.
Lebih manis lagi apabila aktres ini memberikan kejutan kepada suaminya, aktor Aidil Aziz dalam satu sesi fotografi. Sebuah penguji kehamilan dibalut di dalam kertas bercatit nota cinta dari Fasha.
Kandungan pertama bagi pasangan ini dijangka akan dilahirkan pada 2 Februari 2020. Aidil berkongsi video tersebut di Instagram menyaksikan wajahnya yang terkejut dan sebak tatkala menyambut berita gembira itu.
itsaidilaziz Surat cinta daripada isteriku pagi tadi. Terima kasih isteri . Due date doktor kira sepatutnya 2 Feb 2020, ni kes terlebih pening atau terlebih excited kot sampai salah tulis ?harap2 baby keluar masa kita punya anniversary dating 11 Feb ???
Dalam laporan Harian Metro, Fasha memberitahu kandungannya baru berusia tiga minggu dan belum berkesempatan bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut.
SERING MUNTAH & KITARAN HAID LEWAT
Ibu kepada Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima ini mengakui dia berasakan perubahan pada dirinya sudah mengandung apabila kebelakangan ini sering muntah.
Menurutnya, ketika itu dia terfikir mungkin tersalah makan, bagaimanapun kitaran haid lewat membuatkannya mengesyaki sedang berbadan dua.
“Perasaan semakin kuat mengatakan saya mengandung apabila pagi tadi berasa tidak sedap badan.
MEMBUAT UJIAN SEBELUM KE STUDIO
Ia adalah sebenar-benar kejutan buat Fasha, apatah lagi buat Aidil. Kata Fasha ujian kehamilan dilakukannya hanya sejurus sebelum berangkat ke studio untuk sesi fotografi berkenaan.
“Sebelum datang ke studio fotografi saya terus melakukan ujian menggunakan alat ujian kehamilan dan Alhamdulillah positif,” kata Fasha.
SYUKUR HAJAT MILIKI ANAK CEPAT DIMAKBULKAN
Aktres jelita ini juga memanjatkan kesyukuran dan tidak sangka hajat Aidil untuk memiliki cahaya cepat dimakbulkan.
“Cuma, saya tidak mahu komen banyak sangat mengenai kehamilan ini kerana masih di peringkat awal. Apapun saya bersyukur kerana hajat Aidil untuk cepat dapat anak termakbul,” katanya.
AIDIL GEMBIRA, MOHON KANDUNGAN & ISTERI SIHAT
Sementara itu, Aidil tidak menafikan perasaan teruja dan gembiranya. Dia bagaimana pun tidak mahu bercerita lanjut memandangkan usia kandungan masih kecil.
“Saya sangat gembira, tetapi dalam waktu sama tidak mahu bercerita lanjut kerana usia kandungan masih baru. Selalunya perkara seperti ini dikongsi selepas usia kandungan berusia tiga bulan.
“Kepada peminat saya mengharapkan mereka mendoakan perkara yang baik supaya kandungan dan isteri sihat serta selamat sepanjang proses mengandung ini,” katanya pelakon ini.
Ibu mengandung yang mengidam, jangan terlalu ikutkan keinginan terutama yang bukan-bukan. Mengidam adalah satu pengalaman yang dialami oleh kebanyakan ibu mengandung.
Mengidam berlaku mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak dirasai oleh semua wanita hamil.
Menurut Jururawat, Noor Nabila Masfuzah atau lebih dikenali Bel Nawhen, mengidam membawa maksud sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Adakala, jika keinginan itu jika tidak dipenuhi, emosi si ibu akan dilanda badai.
Wanita mengandung rata-ratanya mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Bukan sahaja jenis makanan boleh dimakan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah ini diistilahkan sebagai ‘pica’.
Jangan terkejut ada ibu mengandung yang craving untuk menyedut bau petrol hingga diletakkan di tisu untuk dihidu bila perlu.
Apakah kaitan mengidam dengan kehamilan?
Ada segelintir pakar perubatan mengatakan bahawa mengidam adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung.
Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya.
Malahan, alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi asbab kepada wanita hamil untuk mengidam makanan yang boleh melegakan alahan mereka.
Selain itu, kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil itu yang telah mencetuskan rasa mengidam seperti:
• Mengidam makanan laut mungkin disebabkan oleh kekurangan “calcium” dan “sodium”.
• Mengidam kekacang dan bijirin pula mungkin berpunca daripada kekurangan magnesium di dalam tubuh
• Mengidam minum ais atau air batu pula mungkin disebabkan kekuranfan zat besi.
• Mengidam coklat pula menunjukkan peningkatan dalam keperluan kalori atau mungkin kurang vitamin B.
Sebenarnya, mengidam ni kadangkala perlu untuk meningkatkan jumlah kalori untuk pertumbuhan serta pembentukan janin.
BAHAYA
Mengidam boleh mendatangkan masalah apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti makan tepung atau benda yang bukan makanan seperti tisu, tanah liat dan sebagainya.
Mengidam benda yang bukan makanan (PICA) harus dielakkan kerana ia mungkin akan memudaratkan bayi dan ibunya. Jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk mengambil sesuatu yang pelik atau bukan makanan, berjumlah doktor untuk langkah seterusnya.
Semasa hamil, pemakanan haruslah seimbang dengan jumlah kaliru serta khasiat yang mencukupi bagi membantu ibu dan janin sihat sepanjang bulan-bulan kehamilan.
Elakkan mengidam menguasai hati dan fikiran anda. Terutama yang mengidam melampau seperti setiap hari pagi petang siang malam nak makan aiskrim sahaja. Atau mungkin pagi mahu sate ayam, malam mahu sate daging. Tidak ada sumber karbohidrat di mana-mana.
• Bukan tak boleh nak makan, tapi berpada-pada. Ambil makanan pada jumlah yang kecil. Asalkan dapat merasa. Saya tahu kaum wanita seperti kita ni bagaimana jika kehendak tidak dipenuhi
• Seeloknya tekankan kepada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt dan oat meal.
• Jika craving tersangatlah parah, seeloknya cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama pasangan ataupun mungkin menonton wayang. Tapi janganlah pergi jalan tempat senang nak dapat benda yang anda idamkan. Memang tak menjadilah nak lupakannya.
• Jangan terlalu diikutkan mengidam. Tidak mahu makan nasi langsung, tidak mahu sentuh nasi jika tidak dapat apa diidam. Bukankah kesihatan diri dan janin yang perlu kita ambil berat. Maka ambillah makanan yang lengkap dan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.
• Divert keinginan dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
Bagaimanapun yang paling penting disini adalah sokongan moral dari suami dan ahli keluarga kerana emosi ibu mengandung sering tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, kerana itulah ramai yang cakap bahawa pelukan seorang suami mampu meredakan emosi isteri. Ehem!
Oh ya, kaitan mengidam dengan air liur bayi yang meleleh adalah mitos. Kerana tidak ada kaitan antara keinginan ibu dengan janin yang dikandung.
Sebenarnya lelehan air liur itu adalah bagi tujuan:
*Membersihkan – Air liur yang mengalir keluar membuatkan mulut lebih lembap dan bersih.
*Mengenal rasa – Air liur membantu bayi lebih mengenali rasa sehingga boleh membantu meningkatkan selera makan.
*Pelincir – Ketika si kecil tumbuh gigi, aliran air liur berfungsi untuk mencegah gejala radang di sekitar gigi
Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Anda Mengidam Bahan Bukan Makanan?
Bertenang. Perlu diketahui bahawa bukan anda seorang sahaja yang menghadapi perkara ini. Pastikan anda memaklumkan kepada doktor atau pegawai perubatan yang merawat anda. Selain itu, ambil maklum tentang status hemoglobin (Hb) anda. Cuba kunyah chewing gum tanpa gula bagi mengalih tumpuan anda mengidam kepada bahan bukan makanan dan maklumkan kepada suami dan rakan anda supaya mereka sentiasa membantu mengingatkan anda agar tidak makan bahan tersebut.