Tak dinafikan kenaikan berat badan ketika hamil amat diperlukan. Pun begitu bukanlah dengan kadar melampau atau mendadak sehingga mengundang obesiti.
Kajian mendapati bahawa wanita yang reproduktif terdiri daripada 32% golongan wanita obesiti dan 56% wanita mengalami kegemukan melampau (overweight).
Menurut Dr Mashita Mohamed Kassim, Pakar Sakit Puan (Consultant Obstetric & Gynaecologist (O&G) daripada Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi, berat badan yang berlebihan semasa kehamilan dikenalpasti sebagai faktor risiko pelbagai penyakit yang serius semasa dan selepas kehamilan dalam menjalani kursus kehidupan ibu.
Organogenesis berlaku pada awal trimester pertama sebelum ramai wanita mengetahui kehamilannya. Oleh itu, wanita yang mungkin hamil atau yang cuba hamil perlu mengoptimumkan status pemakanan dan metabolik sebelum hamil.
BMI sepatutnya dikira pada perjumpaan pertama antenatal. Jika BMI anda adalah 30kg/m2 atau lebih, kakitangan kesihatan akan memberikan maklumat mengenai risiko yang bakal anda hadapi ketika proses kehamilan dan cara-cara untuk meminimakan risiko-risiko tersebut, dan penjagaan tambahan yang anda perlukan. Berat badan yang berlebihan dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi membuatkan anda lebih berkemungkinan mengalami beberapa komplikasi.
Berat Normal Ibu Mengandung Yang Ideal
Secara umumnya, boleh ikuti jadual di bawah ini tentang berat normal ibu mengandung sebagai panduan:
Berat sebelum mengandung Berat tambahan yang disyorkan ketika mengandung
Berat yang kurang (BMI di bawah 18.5) 13 – 18kg
Berat normal (BMI 18.5-24.9) 11 – 16kg
Berat yang berlebihan (BMI 25-29.9) 7 – 11kg
Obes (BMI atas 30) 5 – 9kg
Berat badan ibu hamil mengikut trimester.
1. Trimester pertama
Semasa trimester pertama, kebanyakan ibu hamil tidak perlu untuk naikkan berat yang tinggi. Memandangkan ramai ibu hamil mengalami mabuk hamil pada ketika ini, jadi kenaikan berat badan tidaklah perlu dipersoalkan. Bagi tempoh ini, wanita hamil tidak lalu makan, jadi tidak perlu memaksa diri sendiri untuk tambahkan berat badan. Anda hanya perlu menambah di sekitar 2kg semasa trimester pertama ini.
2. Trimester kedua dan ketiga
Apa yang penting ialah penambahan berat badan yang berterusan dan konsisten pada trimester kedua dan ketiga. Setiap bulan anda perlu menambah lebih kurang 1.5kg sehinggalah sampai waktu untuk melahirkan anak.
Risiko kehamilan Risiko Kepada Ibu
• Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages)
• Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
• Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
• Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut
• Kelahiran secara induksi.
• Kelahiran secara pembedahan Caesarean.
• Komplikasi bius.
• Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
• Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.
Risiko Kepada Bayi
• Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.
• Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
• Kelahiran secara pramatang.
• Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
• Kematian neonatal.
• Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahan di trimester pertama sememangnya cukup ditakuti bagi ibu hamil. Mana tidaknya, terpaksa melalui tempoh waktu yang pening, loya dan muntah-muntah serta alah pada bau-bau pada tempoh tiga bulan pertama bukanlah waktu yang indah.
Tambah buruk lagi bila semua makanan mula terasa tidak sama pada tekak. Sukar. Namun bagi seorang pengguna Tik Tok, Habibah Che Hassan, dia paling beruntung kerana kepayahan itu dirasaikan oleh suaminya.
Bukan sahaja pada kandungan anak pertama, bahkan turut sama dilalui suaminya pada kandungan anak keduanya kali ini.
“Inilah dinamakan seronok bersama sensara juga bersama. Ingat yang pertama aja begitu, yang kedua juga beginii. Ok adil,” kongsinya.
Mumuat naik video suaminya yang terkena alahan dan dilihat tidak sihat serta beberapa kali ke tandas menarik perhatian malah mengundang rasa simpati ramai.
Bahkan kata Habibah lagi, suaminya juga seperti ibu hamil lain yang terpaksa bergantung kepada asam untuk mengurangkan rasa loyanya.
Bukan itu sahaja, menurut katanya mabuk kali ini bertambah teruk sehingga mengganggu waktu tidur suami.
“Sungguh, 3-4 pagi pun dok kunyah asam lagi. Teruk kali ni, nak tidoq pun mabuk.
“Asam ni kira tak lekang dengan dia.
“Dah macam kedai jeruk madu Pak Ali Penang dah,” tulisnya menerusi satu video berlainan.
Tak mudah namun inilah yang dilalui oleh suaminya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata ramai yang turut bersimpati serta turut mengesyorkan beberapa petua. Tidak kurang juga yang turut berdepan hal yang sama ketika hamil.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Banyak petua bagi memudahkan proses bersalin boleh diamalkan. Kebanyakannya memang berkesan. Semoga proses kelahiran anda berjalan lancar dan dipermudahkanNya.
1. Dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin, amalkan makan telur separuh masak untuk memberi tenaga.
2. Bila sudah mula rasa sakit bersalin, disarankan untuk makan sebiji telur mentah.
3. Minum minuman bercoklat yang dibancuh bersama dengan dua hingga tiga sudu kecil marjerin. Dikatakan ia dapat membantu laluan peranakan cepat terbuka.
4. Sebelum ke hospital, rebus beberapa biji epal hijau. Selepas rasa sakit kontraksi, anda boleh makan epal ini.
5. Makan kurma dalam bilangan ganjil. Kurma bagus dimakan ketika sakit bersalin kerana ia membantu tubuh secara semula jadi menghasilkan hormon oksitosin.
6. Amalkan makan sayur bendi. Kata orang tua-tua, bendi berlendir. Jadi, ia memudahkan proses kelahiran.
7. Amalkan membaca surah Maryam untuk memudahkan bersalin.
8. Banyakkan membaca surah al-Fatihah dan doa nabi Yunus serta kerap menyebut Ya Fattah berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
9. Amalkan bacaan Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air sebelum diminum.
10. Banyakkan aktiviti berjalan mahupun naik dan turun anak tangga.
11. Bagi yang rajin bersenam, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah faraj.
12. Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.
13. Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka bermula usia kandungan 37 minggu.
14. Minum air selusuh. Minyak kelapa dara pun boleh digunakan sebagai selusuh. Lebih baik jika selusuh ini dibuat sendiri oleh suami sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.