Ammar Ada Tempoh 6 Bulan Saja. Doakannya Kuat Walaupun Doktor Cakap Tiada Harapan

Share

Allahuakbar! Besarnya dugaan adik Ammar. Anak syurga ini hanya ada masa enam bulan sahaja untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama ibu bapa dan abang. Mungkin ini adalah peluang terakhir bagi kedua ibu bapa adik Ammar mengembirakannya.

Tak dapat nak bayangkan kesedihan keluarga adik Ammar tetapi selagi ada peluang, mereka tetap yakin Allah sebaik-baik perancang. Agak berat untuk menerima khabar yang mendukacitakan ini biarpun orang nampak Ammar sentiasa senyum.

Menerusi perkongsian ibu adik Ammar, Puan Fakhira Aqila, sekali tengok orang tak akan percaya Ammar menunggu masa. Ini kerana dia sangat aktif dan membesar dengan sihat. Tapi percaturan Allah lebih dari segalanya.

Dua kanser berbeza

Sebelum ini ketika doktor sahkan Ammar menghidapi Malignant Rabdhoid Tumor, luluh hati saya sebagai ibu yang melahirkannya. Namun kesedihan itu bertambah lagi saat diberitahu yang Ammar juga mempunyai kanser otak setelah melakukan ujian CT Scan baru-baru ini.

Tambah Puan Fakhira lagi, dua kanser yang dihidapi oleh Ammar tidak berkait antara satu sama lain tetapi takdir Allah kebetulan terjadi pada waktu yang sama.

Lebih memilukan hati, tiada rawatan yang sesuai dan boleh dilakukan untuk Ammar dan doktor menasihatkan supaya kami membawanya pulang ke rumah untuk bersama ahli keluarga.

Doktor bagi tempoh 6 bulan

Kami hanya ada enam bulan sahaja lagi untuk meluangkan masa dan memberi momen yang gembira buat Ammar. Andai Allah izinkan masa Ammar lebih dari jangkaan doktor, ia sangat berharga buat kami semua.

Bagi memberi kekuatan pada Ammar menghadapi kesakitannya itu, saya dengan rendah diri memohon orang ramai untuk sama-sama mendoakan Ammar agar terus diberi kekuatan. Mana tahu ada keajaiban untuknya membesar kerana Allah Yang Lebih Mengetahui setiap apa yang berlaku.

Kredit: IG ieraaqila

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN