Sebenarnya anak telah berkomunikasi dengan kita sejak dia lahir lagi, sebelum mulutnya mampu untuk menuturkan perkataan pertamanya. Bagaimanapun, ramai yang tak ambil tahu dan hanya akan fokus bila usia anak nak cecah setahun.

Jika diikutkan kanak-kanak mempunyai kadar perkembangan bercakap mereka tersendiri. Ada yang cepat dan ada yang lambat sedikit. Cuma jika ibu bapa tak ambil tahu dan membiarkan saja anak-anak, itu yang buatkan anak semakin lambat bercakap.

Jadi untuk membantu ibu bapa, Terapis Pertuturan/Bahasa, Puan Ruby Atika memberikan  panduan apa patut buat jika anak usia 2 tahun belum ada 50 kosa kata dan masih belum gabung jadi ayat pendek.

Anak 2 Tahun Belum Ada 50 Kosa Kata, Tak Gabung Ayat Pendek Pakar Bagi Penyelesaiannya

Umur 2 tahun, tapi anak belum ada 50 kosa kata dan masih belum bercakap gabung perkataan jadi ayat pendek. Lepas tu nak buat apa?

1) pergi jumpa doktor. Bagitau nak surat rujukan utk jumpa speech therapist. Nanti doktor akan bagi surat utk jumpa audiologist sekali.

2) kalau nak cepat dan ada kemampuan, pergi cari pusat terapi swasta.

IKLAN

3) kalau anak banyak masa duduk depan tv atau tengok hp, hentikan. Alih perhatian dia dgn bermain. Main tembak-tembak, main pondok-pondok, mandi kolam plastik, bawa ke playground dan sebagainya.

4) setiap hari mesti ajak anak duduk selak buku bergambar dan tunjuk sama-sama. Jadikan rutin harian. Dia tak tunjuk, pegang tangan dia supaya tunjuk juga.

5) tampal poster gambar objek harian di dinding rumah. Poster A ayam, b bola, c cawan, d daun. Utamakan gambar yg ada kegunaan utk dia sebut di rumah. Tampal di ruang yg anak selalu berada kat situ. Ajak main cikgu-cikgu dgn anak.

6) umur 2 tahun ni memang sebutan tak jelas lagi. Jadi tak perlu nak paksa anak betulkan sebutan supaya jelas semuanya. Dia memang cakap hujung-hujung. Kita hanya perlu ulang dgn sebutan yg betul saja.
Anak: ju
Ibu: baju adik.
Anak: pat
Ibu: lompat lagi, lompat.

IKLAN

7) perhatikan cara anak berkomunikasi. Jika dia banyak tarik-tarik tangan, tidak menunjuk dengan jari telunjuk, mengelak eye contact, tidak minat bermain dgn kawan atau adik-beradik. Ini ialah antara ciri autism dan dia perlu dibantu segera. Duduk di lantai, bermain dgn anak. Bukan tengok dari jauh atau sambil mata tengok hp. Fokus pada cara anak bermain dan berinteraksi la sambil bermain dgn anak.

Anak 2 Tahun Belum Ada 50 Kosa Kata, Tak Gabung Ayat Pendek Pakar Bagi Penyelesaiannya

8) tak payah fikir apa orang kata. Konon biasa la budak laki lambat. Konon nanti masuk tadika pandai la dia cakap. Ingat ni, perkembangan bahasa ada umur kritikal 0-6 tahun.
Makin anda lewat mula, makin jauh jarak antara umur bahasa dan umur sebenar dia. Sekejap saja dia akan jadi 4 tahun, jadi 6 tahun, jadi 8 tahun. Sekejap saja. Bila anak dah 6 tahun, kita tak boleh putar balik masa.

9) tak ada short cut. Anda mesti kuasai teknik rangsangan bahasa dan apply dgn anak setiap masa sepanjang melakukan rutin harian di rumah. Tak ada ubat minda, tak ada sup burung, tak ada magic, tak ada tangkal ajaib.

IKLAN

Kredit: Ruby Atika (Fb Ibubapa Prihatin)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI