Bilangan perkataan yang boleh kanak-kanak sebut akan bagi kesan berapa panjang ayat yang mereka boleh buat.
Menurut Patalogis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassimkanak-kanak 2 tahun patutnya sudah boleh buat ayat 2 perkataan. Jadi bilangan perkataan yang mereka kena sebut adalah lebih kurang 70-100 perkataan. Ini purata sahaja. Kalau lebih bagus lah.
Ads
Paling sikit 50 perkataan (ini borderline). Jika tak ditingkatkan bilangan, boleh membawa kepada kelewatan untuk perkembangan bahasa seterusnya.
Jadi jika anak sudah 2 tahun ke atas tapi masih cakap sepatah-sepatah, anda perlu lihat bilangan perkataan yang mereka boleh sebut. Jika sikit sebab tu lah mereka belum buat ayat lagi.
Ads
Pentingnya ibu bapa tambahkan perkataan yang mereka boleh sebut dulu. Nanti bila bersedia mereka akan buat ayat pula.
Ajar anak berkongsi barang secara psikologi ini dapat bantu mereka menjadi anak yang seorang tidak pentingkan diri, menghormati orang tua dan tidak kedekut untuk membantu orang dalam kesusahan.
Setiap anak-anak mempunyai ciri-ciri personaliti yang berbeza dalam dirinya. Oleh sebab itu, ibu bapa tidak boleh membuat perbandingan antara mereka. Ia termasuk sikap anak yang sukar dijangka. Sikap tidak mahu berkongsi barang adalah antara sikap yang diluar jangkaan kita. Namun dengan didikan yang betul masih belum terlambat untuk membentuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. ikuti perkongsian berguna ini daripada www.excelqhalif.com
1.Pilih Mainan yang Betul Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti congkak dan lego . Pasti untuk siapkan satu lego anak perlukan bantuan ibubapa. Disinilah peluang berkongsi dan bermain bersama digunakan sebaik mungkin.
2.Jadikan Diri Anda Sebagai Contoh Mainkan peranan anda sebagai contoh terbaik. Ibubapa mesti menunjukkan tauladan berkongsi. Kerana anak-anak adalah peniru terbaik. Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. Contohnya permainan, baling bola masuk ke dalam bakul. Boleh dilakukan mengikut giliran, mula papa baling, kemudian mama dan kemudian si anak. Cakap dengan dia “Papa baling pula” dengan ini anak faham kosep berkongsi dan main bersama.
3.Puji dan Galakkan Mereka Puji mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan rakan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang beliau sayangi. Si ibu boleh kata begini, “Tengahari tadikan papa, Imran kongsi permainan dia dengan Aiman. Bagus dia main sama-sama” Papa pula sampuklah dengan penuh minat “Ohh ye ke, baguslah Imran pandai kongsi dan main sama-sama”
4.Bincang & Pujuk Kadang-kala anak tidak mahu berkongsi sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuat mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan. Tanya mereka; “Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?” Mungkin Imran akan menjawab; “Dulu Aiman main kereta Imran sampai rosak” Pujuk dan bincang dengan mereka; “ Mama faham, tapi dulu tu Imran tak sengaja , kesian dia nak main dengan Imran. Kalau rosak papa betulkan nanti” Guna kebijaksaan anda untuk pujuk mereka. Ibubapa pastinya lebih mengenali anak mereka dengan lebih dekat.
5.Kuatkuasakan Undang-Undang Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. “Ini papa punya mainan, Imran nak main, boleh. Tapi kena main dengan papa.” Jangan berikan kuasa milik mutlak pada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasa pada semua mainan, cuma sesetengah permainan sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktiviti bermain tanpa permainan mahal pun boleh bantu perkembangan otak kanak-kanak supaya lebih bijak, asalkan ibu bapa tahu caranya.
Antara permainan yang sangat baik mengasah minda anak mengikut kajian pensyarah universiti dari US yang dikongsikan oleh Eddy Rusdi adalah:
MENAMPAL
Permainan menampal bentuk dan warna boleh mengasah minda anak anda untuk meminati matematik. Malah anak anda akan lebih cepat berfikir apabila berhadapan dengan soalan kiraan.
MEMBALING OBJEK KE DALAM BAKUL MENGIKUT WARNA
Permainan ini akan meningkatkan fokus anak anda pada sesuatu tugasan. Malah anak anda tidak cepat bosan pada sesuatu tugasan.
MENGUMPUL OBJEK KE DALAM RUANG YANG DISEDIAKAN
Permainan ini akan menjadikan anak anda lebih berdisiplin dan tersusun. Malah anak anda akn rajin menngemas barang-barangnya.
PERMAINAN MENYUSUN MENGIKUT KIRAAN
Permainan ini akan memupuk sifat teratur. Anak anda akan sentiasa mengikut arahan yang diberikan. Anak anda tidak akan melanggar arahan dan sentiasa mengikut apa yang ditetapkan.
BERMAIN PASIR
Jangan terkejut bermain pasir, boleh membentuk ketahanan diri anak anda, malah anak anda akan lebih berani mencipta, minda anak anda akan cepat berfikir. Tapi awas, lepas main basuh bersih-bersih ya.
BERMAIN BELON BUIH
Bermain belon buih akan membentuk sifat kebebasan dan berani untuk berusaha, seperti sifat belon yang terbang tinggi, anak anda tidak takut untuk menjadi yang terbaik.
BERMAIN AIR
Bermain air akan memupuk sifat berani, malah anak anda akan lebih aktif, anak-anak yang terdedah pada air laut, pantai dan sungai selalunya mereka mempunyai jati diri yang kuat.
Pantang kita terlepas pandang, anak ke dapur dan akan buat percubaan untuk buka peti ais. Bila dah semakin mahir, makin kerap pula dia buat. Dah jadi tabiat pula! Pastinya kita akan marahkan anak kerana khuatir barang makanan di dalam itu rosak atau sebenarnya kita lebih risaukan keselamatannya.
Anak kecil anda ada tabiat ini? Dalam sehari asyik buka peti ais sahaja kerja mereka. Mama tentu naik rimas melihat tingkah laku tersebut. Memang kalau ada anak kecil yang sudah pandai explore banyak benda, peti ais boleh jadi mimpi ngeri kepada ibu bapa.
Tetapi sebelum marahkan mereka cuba fahamkan dulu apa punca si kecil suka sangat explore peti ais. Lepas dah tahu apa puncanya mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya.
Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan kanak-kanak kecil dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais. Ini antaranya:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi
Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan.
2. Anak tertarik dengan aktiviti buka peti ais
Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya.
3. Mula-mula nak cuba, dah mahir dia jadikan tabiat!
Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari. Bertabahlah mama!
Oh, mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh mama.
Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais.
5. Anak nak latih kemahiran tangannya
Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya.
Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!
Jika anak anda sudah sampai peringkat tabiat ini, sentiasa utamakan keselamatan mereka terjamin. Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!