Tidak suka ikut apa yang diarahkan tetapi meniru apa yang ditunjukkan atau dilihat pada sekeliling. Mendidih-didih kemarahan ibu ayah dibuatnya kerana apa yang disuruh tidak dibuat. Jom periksa 5 perkara ini.

Menurut Wan Roslina Wan Yusoff, Psikologis Kanak-Kanak dan Penasihat Syarikat Little Ones International Sendirian Berhad, anak-anak ibarat kain putih yang suci. Mereka dilahirkan dengan sifat yang memerlukan kepada ibu bapa sejak daripada bayi. (Surah An Nahl: Ayat 78 dan Hadis Rasulullah S.A.W)

Cakap Elok-Elok, Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap

“Si kecil yang baru lahir hingga ke usia dua tahun mereka merakam apa yang berlaku di sekeliling. Dan setelah bertahun menerima rangsangan daripada lima deria iaitu bau, rasa, sentuhan, bunyi dan visual, pada usia tiga hingga empat tahun ini, ialah masa mereka menunjukkan hasil kepada apa yang dirakam selama ini”.

“Ibu bapa perlu tahu apa makna disipilin. Disiplin ialah keupayaan mereka mengawal diri dan ia tidak wajar difahami sebagai undang-undang atau denda. Pendekatan secara psikologi amat penting bagi memudahkan tugas ini,” kata Wan Roslina.

3 OBJEKTIF DALAM MEMBERI ARAHAN KEPADA KANAK-KANAK 3-4 TAHUN

Ibu bapa perlu faham, pada peringkat usia ini didikan kepada si manja ketika memberi arahan ialah bertujuan untuk;

  • Membina keyakinan diri dalam tindakan
  • Menjadikan mereka seorang yang bertanggung jawab di atas tindakan mereka.
  • Membentuk menjadi seorang yang mampu dan suka bekerja sama dengan orang lain.

Cakap Elok-Elok, Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap

#1 MENJADI MODEL DALAM PROSES ‘BONDING’.

Dalam proses mendidik, paling mustahak ialah menjadi model yang baik kepada anak. Bonding atau hubungan erat adalah sangat kritikal untuk mencipta kepercayaan mereka. Cabaran hari ini ialah godaan gajet, bukan kepada anak tetapi kepada ibu bapa.

Ibu bapa sanggup menghabiskan masa dengan media sosial dan gajet melebihi tumpuan kepada anak-anak. Komunikasi bagi memupuk ‘bonding’ tidak dilaksanakan. Bahkan mereka mula mengikut semasa meniru tabiat ibu bapa.

IKLAN

Cakap Elok-Elok, Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap

#2 MASALAH MENINGGALKAN ANAK KE RUMAH SAUDARA DALAM JANGKA MASA LAMA

Satu lagi masalah yang berakar dalam masyarakat ialah menghantar anak ke rumah saudara lain atau neneknya untuk dijaga dengan tinggal bersama mereka dan hanya mengambilnya ketika sudah menjangkau umur 3 tahun ke atas. Kemudian ibu bapa luah tidak puas hati kerana anak tidak mendengar arahan sebaliknya lebih akur kepada orang lain. Bahkan pada usia ini bila mereka ke taska atau tadika, kata-kata guru lebih dipatuhi.

Memang tidak mustahil ini boleh berlaku kerana anak-anak dibesarkan dengan derianya mencium bau, melihat, mendengar suara dan menerima sentuhan daripada orang lain, bukan anda. Jadi jangan berkecil hati kalau anak tidak mendengar arahan yang anda berikan.

Sekiranya mahu anak mudah dibentuk, cuba rapatkan diri semasa umur ini. Bonding atau hubungan erat dengan anak amat-amat mustahak pada lapan tahun pertama kehidupan seorang anak.

Cakap Elok-Elok, Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap

#3 PELAZIMAN

IKLAN

Kanak-kanak pada usia tiga hingga empat tahun juga perlu melalui proses dinamakan pelaziman di mana mereka perlu dilatih dengan cara yang jelas dan sistematik. Matlamatnya ialah untuk menjadikan sesuatu itu sebagai kebiasaan atau tabiat.

Misalnya kita mahu anak meletakkan cawan ke dalam sinki setiap kali selepas minum. Maka setiap kali mereka selesai minum, minta mereka bawa cawan tersebut dan kita pimpin mereka ke sinki untuk mereka letakkannya sendiri. Ulang beberapa kali sehingga dah jadi kebiasaan.

Amalan sebegini apabila dilakukan oleh ibu bapa akan menjadikan anak memahami kebaikan yang telah mereka sumbangkan kepada keluarga. Bila mereka melihat ibu gembira dan mengiktiraf kelakuan sebegitu, secara logiknya mereka rasa diterima dalam masyarakat kecil di rumah. Cara pelaziman ini adalah cara yang ditunjukkan dalam Islam apabila ibadat solat diminta supaya dimulakan sebelum umur baligh lagi. (Hadis Rasulullah SAW).

Cakap Elok-Elok, Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap

#4 KEMAMPUAN FIZIKAL DAN EMOSI ANAK PERLU DIFAHAMI

Selain itu arahan yang diberikan perlu difahami dan mampu dilaksanakan oleh anak-anak. Kemampuan fizikal serta emosi anak-anak adalah antara faktor penting pada peringkat umur ini bagi memudahkan mereka mengikut arahan ibu bapa.

Misalnya, apabila anak diarah mengemas mainan mereka, sedangkan  mereka tengah asyik menonton kartun kegemaran mereka, maka sudah tentu mereka akan buat tak endah akan arahan tersebut. Apa ibu atau bapa akan lakukan? Marah dan membebel..berkesan ke? Sekiranya kita faham bahawa mengemas memerlukan tenaga fizikal bangun dan tunduk, dan anak berumur 3 atau 4 tahun mudah rasa penat, ditambahkan lagi emosi gembira menonton kartun kegemaran, maka akhirnya anak buat keputusan untuk buat-buat tak dengar arahan ibu atau bapa.

IKLAN

Cara yang berkesan ialah dengan memberi tempoh yang sesuai bagi mereka menonton kemudian secara bersama bekerjasama mengemas permainan. Lakukan selalu sehingga suatu masa ia menjadi tabiat bersama dalam keluarga. Arahan lisan yang disertakan dengan gerakan bersama adalah antara ciri kepimpinan yang ada pada Rasulullah S.A.W. (Contoh semana peperangan Khandak-gali parit bersama umat Islam)

Cakap Elok-Elok, Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap

#5 ELAK MENGANCAM ATAU MENGUGUT!

Tanyakan diri : apa yang hendak anda bina pada anak-anak? Ini bukan masanya untuk anda mengancam dan mengugut sebaliknya berikan arahan yang ringkas dalam nada positif atau pengukuhan positif (positive enforcement).

Sedih apabila kita mendengar ada ibu bapa mengugut anak kalau mereka tidak lakukan sesuatu yang diarahkan, misalnya …..tidak boleh makan sekiranya tidak ikut cakap mak….kalau tak dengar kata mak rotan.

Kadangkala diugut secara emosi…mak tak sayang kalau ….mak tak nak kawan bila…..Pada usia ini, emosi memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan. Elak bertindak sedemikian kepada anak pada usia ini, kerana mereka akan membesar dengan memikirkan bahawa sesuatu tindakan yang dilakukan adalah kerana takut kalau tidak memenuhi kehendak orang lain. Anak sebegini akan cepat stres dan potensi semulajadinya tidak dapat ditonjolkan.

Cakap Elok-Elok, Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI