Pantang kita terlepas pandang, anak ke dapur dan akan buat percubaan untuk buka peti ais. Bila dah semakin mahir, makin kerap pula dia buat. Dah jadi tabiat pula! Pastinya kita akan marahkan anak kerana khuatir barang makanan di dalam itu rosak atau sebenarnya kita lebih risaukan keselamatannya.

Anak kecil anda ada tabiat ini? Dalam sehari asyik buka peti ais sahaja kerja mereka. Mama tentu naik rimas melihat tingkah laku tersebut. Memang kalau ada anak kecil yang sudah pandai explore banyak benda, peti ais boleh jadi mimpi ngeri kepada ibu bapa.

Artikel Menarik: [Sensori Rice Guna 3 Bahan. Bagus Rangsang Deria & Perkembangan Motor Anak]

Tetapi sebelum marahkan mereka cuba fahamkan dulu apa punca si kecil suka sangat explore peti ais. Lepas dah tahu apa puncanya mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya.

Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan kanak-kanak kecil dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais. Ini antaranya:

1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi

Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan.

IKLAN

2. Anak tertarik dengan aktiviti buka peti ais

Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya.

Terlepas Pandang, Si Kecil Ke Dapur Buka Fridge. Entah Apa Dia Cari!

3. Mula-mula nak cuba, dah mahir dia jadikan tabiat!

Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari. Bertabahlah mama!

IKLAN

Artikel Menarik: [Cakap Elok-Elok, Jangan Asyik Marah Baru Mudah Anak Dengar Cakap]

4. Ada makanan atau minuman kegemarannya dalam tu

Oh, mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh mama.

Terlepas Pandang, Si Kecil Ke Dapur Buka Fridge. Entah Apa Dia Cari!

IKLAN

Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais.

5. Anak nak latih kemahiran tangannya

Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya.

Artikel Menarik: [Semua Anak Pandai. Tengah Marah, Panggil Bodoh. Keluar Dari Mulut Ibu, Jadi Doa!]

6. Anak kita sememangnya bijak!

Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!

Terlepas Pandang, Si Kecil Ke Dapur Buka Fridge. Entah Apa Dia Cari!

Jika anak anda sudah sampai peringkat tabiat ini, sentiasa utamakan keselamatan mereka terjamin. Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.

  • Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti ais.
  • Jauhkan plug peti ais daripada jangkauan si kecil.
  • Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti ais.
  • Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti ais.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI