Apabila anak sudah masuk usia 7 bulan, anda boleh pelbagaikan menu makanan untuk si manja. Jika sebelum ini anda menggunakan ‘4 days wait rule’ ketika bayi berusia 6 bulan dan tiada sebarang alahan makanan pada si manja, jadi anda boleh lebih kreatif dalam menyediakan menu buat anak.

Jom mama papa pelbagaikan menu untuk si manja dengan resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!

Anak 7 bulan dah boleh makan bertumis & berempah. Biasa akan masakkan lauk untuk dia 3@4 hari sekali pastu frozenkan dalam bekas kecil-kecil. Nanti boleh rotate lauk sebelum ni takda la makan yang sama hari-hari.

Semua yang saya masak ni saya blander. Baby lom ada gigi lagi & ikut dengan kesesuaian usia 😊

Menu baby #7months saya 😊

FISH FILLET SWEET SOUR

Anak 7 Bulan Dah Boleh Makan Bertumis & Berempah, Buatkan Menu Ini Confirm Anak Suka!

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung/ tenggiri/ salmon*(goreng dgn unsalted butter@minyak)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Tomato ceri
  • Cauliflower
  • Brokoli
  • Carrot*(potong dadu)
  • Daun sup*(racik)
  • Unsalted butter

Cara:
-Blander bawang besar, bawang putih, halia & tomato ceri
-Panaskan unsalted butter & masukkan bahan yang diblender
-Tumis sehingga naik bau dan bebetul masak, kemudian masukkan carrot dan air sikit.
-Carrot dah agak empuk masukkan masukkan kesemua sayur & ikan. Kacau2 bagi sayur masak. Siap

CHICKEN BUTTERMILK

IKLAN

Anak 7 Bulan Dah Boleh Makan Bertumis & Berempah, Buatkan Menu Ini Confirm Anak Suka!
Bahan:

  • Isi ayam*(goreng)
  • Bawang putih*(cincang)
  • Bayam
  • Kacang peas
  • Carrot
  • Unsalted butter
  • Formula milk

Cara Penyediaan:
-Panaskan 2sudu unsalted butter & masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
-Masukkan kacang peas, carrot & isi ayam
-Bancuh FM dgn 1/2cwn air & masukkan dlm bahan tumis td.
-Bila dah mendidih masukkan bayam. Tutup api. Siap

CHICKEN SOUP

Anak 7 Bulan Dah Boleh Makan Bertumis & Berempah, Buatkan Menu Ini Confirm Anak Suka!

Bahan:

  • Isi ayam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sawi
  • Kacang peas
  • Carrot
  • Cauliflower
  • Daun sup*(racik)
  • Olive oil/ minyak masak

Cara Penyediaan:
-Panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
-Masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam nampak separuh masak. Kemudian masukkan carrot & kacang peas serta 1 cawan air. Masak sehingga menggelegak.
-Last masukkan sawi, cauliflower & daun sup. Tutup api. Siap

IKAN MASAK HALIA

IKLAN

Anak 7 Bulan Dah Boleh Makan Bertumis & Berempah, Buatkan Menu Ini Confirm Anak Suka!

Bahan:

  • Ikan merah/ tenggiri/ salmon *fillet
  • Bawang besar *mayang
  • Bawang putih *mayang
  • Halia *potong halus memanjang
  • Carrot * potong halus memanjang
  • Olive oil/ minyak masak

Cara Penyediaan:
-Panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau.
-Masukkan sedikit air (ikut nak kuah byk mana). Agak air nampak mendidih boleh masukkan ikan & carrot. Masak sehingga ikan masak sempuna 😊 Siap

SUP SAYUR

Anak 7 Bulan Dah Boleh Makan Bertumis & Berempah, Buatkan Menu Ini Confirm Anak Suka!

Bahan-bahan:

IKLAN
  • Isi ayam
  • Bawang putih*(ketuk)
  • Serbuk lada putih
  • Kubis
  • Brokoli
  • Carrot
  • Sweet potato

Cara Penyediaan:
-Renehkan bawang putih & 1sudu serbuk lada putih dgn 2cawan air.
-Bila dah menggelegak masukkan isi ayam, sweet potato & carrot.
-Last masukkan kubis & brokoli. Tutup api. Siap

Kredit:Shazlina Sha’ari

 

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Anak 7 Bulan Dah Boleh Makan Bertumis & Berempah, Buatkan Menu Ini Confirm Anak Suka!

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI