“Anak-Anak Memerhatikan Kita.” Dr Halina Luah Rasa Bersalah Kepada Anak. Ini Adalah Puncanya

Share

Anak memang banyak memerhati. Seperti Datin Dr Halina ini yang meluahkan rasa bersalah. Ini adalah puncanya.

Mom guilt, ia adalah perasaan yang hadir kemudian setelah anak menunjukkan terkesan kepada apa yang telah dilakukan. Ia normal, semua ibu merasakannya.

Berikut ialah luahan doktor perubatan ini di laman Instagram beliau;

Ini lukisan gambar saya yang Tasha lukis untuk Hari Ibu. Kami hanya dapat melihat ini semalam apabila suami saya pergi ke sekolahnya untuk mengambil report card.

LUKIS MUKA MOMMY SEDANG MARAH

Dia berkata .. “Saya lukis muka mommy ketika dia marah” Tengok mulut besar dan aksi mengangkat kening tu!! Dan lukisan itu telah ditampal pada dinding kelas. Saya mesti benar-benar menenangkannya.

Tasha sangat berbeza dengan Bella. Ia sangat mudah untuk mengendalikan Bella tetapi saya memerlukan banyak kesabaran untuk menangani Tasha yang kadang-kadang … saya rasa tidak ada kesabaran.

TEGAS DAN STRICT DI RUMAH

Saya sebenarnya sangat sedih kerana saya takut dia akan mengaitkan masa kecilnya dengan mama yang marah. Itulah perkara yang paling buruk yang saya bayangkan. Sejujurnya, saya cukup sangat tegas dan strict di rumah. Saya contoh anak sulung yang tipikal dan saya fikir Bella hampir seperti saya. Tasha sebaliknya sangat tidak peduli.

PERLU TACKLE DENGAN CARA YANG BERBEZA

Saya perlu perlu tackle Tasha melalui cara yang berbeza dengan Bella. Saya perasan perkara ini sejak dahulu lagi tetapi untuk sentiasa bersabar tidak mudah apabila anda hidup dalam dunia yang pantas dan anda mempunyai 1001 perkara yang perlu dilakukan setiap hari…

SAYA AKAN BERUBAH

Saya akan berubah. Saya akan pastikan tahun depan dia akan melukiskan gambar mama yang gembira untuk Hari Ibu.

ANAK-ANAK MEMERHATIKAN KITA

Ini amat memberikan kesan kepada saya. Saya ingin berkongsi dengan semua ibu di sana, anak-anak kita memerhatikan kita. Jangan buat kesilapan yang sama seperti yang saya lakukan ini. Ini adalah satu-satunya masa kanak-kanak mereka dan saya pasti tidak mahu dikenang sebagai bad cop di rumah. #momguilt

Sumber: Instagram Datin Dr Halina

IKLAN