Anak-anak kita ada perangainya masing-masing. Bila mereka duduk bersama, tiba-tiba boleh ‘bercakar’. Itu adalah perkara normal, ada saja perkara yang akan menyebabkan mereka bergaduh. Pergaduhan ini boleh merapatkan hubungan mereka, tetapi tidak elok juga kalau dibiarkan berlaku selalu.

Sebagai ibu ayah, dari awal lagi amat penting untuk kita terapkan nilai kekeluargaan dan kasih saying dalam diri anak-anak. Beritahu dan jelaskan kepada mereka mengapa kita sebagai satu keluarga tidak boleh bergaduh selalu. Jika ia dibuat sejak mereka masih kecil, pasti masalah bergaduh ini dapat dielakkan. Atau setidak-tidaknya, bolehlah dikurangkan kan?

Artikel Menarik: [Asal Marah, Anak Yang Sama Je ‘Kena’. Mak Ayah Siasat Dulu, Baru Hukum!]

Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.

JADIKAN RUTIN UNTUK MAKAN BERSAMA-SAMA

Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.

Anak Asyik Bergaduh, Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama-Sama

Ketika makan bersama-sama, kita akan saling bercerita dan lebih dekat dengan semua yang ada. Selain itu, makan bersama dapat mendidik anak-anak untuk berkongsi makanan. Lebih baik lagi, kita dapat mengajar anak untuk membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, kakak atau abang ambilkan makanan untuk si adik. Atau adik tolong tuangkan minuman untuk abang dan kakaknya.

IKLAN
AJARKAN ANAK UNTUK SALING MENJAGA

Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.

Anak Asyik Bergaduh, Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama-Sama

Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.

Artikel Menarik: [Sayangkan Bayi, Peluk Cium Selalu. Tak Perlu Mainan Banyak, Dia Tak Reti Main Pun!]

IKLAN
IBU AYAH KENA ADIL

Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.

Anak Asyik Bergaduh, Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama-Sama

Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.

SUKA TOLONG ADIK-BERADIK

Biarpun anak masih kecil tetapi sikap saling membantu perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.

IKLAN

Anak Asyik Bergaduh, Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama-Sama

JADI CONTOH TERBAIK

Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.

Anak Asyik Bergaduh, Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama-Sama

Artikel Menarik: [Rumah Sekolah Pertama Anak. Apa Mak Ayah Tunjuk Depan Anak Akan Diperhatikan]

Sekiranya setiap sikap positif ini diterapkan dalam diri anak sedari mereka masih kecil, pasti boleh membentuk peribadi yang baik. Bergaduh adik-beradik adalah perkara normal, tetapi sebaik-baiknya kita sebagai ibu ayah mencuba untuk mengelakkan mereka dari kerap bergaduh dengan teruk. Mainkan peranan tetapi jangan gunakan kekerasan untuk mendidik anak-anak.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI