Apakah cara terbaik untuk atasi anak suka bergaduh atau meleraikan pertengkaran antara mereka supaya semua berpuas hati terhadap penyelesaian yang ibu bapa lakukan?
Suka bergaduh ini, simptom. Puncanya (‘root cause’) pelbagai. Pada umumnya sebab anak-anak tidak tahu cara menyelesaikan konflik sesama sendiri secara lebih efektif. Mungkin juga ada perasaan iri, jika ada persepsi bahawa ibu bapa lebih menyayangi anak yang lain.
Cara menanganinya bergantung pada situasi dan peringkat usia anak anda. Anak masih kecil biasanya bergaduh sebab masing-masing merasa dirinya tidak diberi cukup perhatian.
Ads
Luangkan waktu dan aktiviti ‘1-on-1’ untuk setiap anak. Aktiviti ‘1-on-1’ bermakna, aktiviti yang hanya melibatkan ibubapa dengan seseorang anak tertentu sahaja pada suatu waktu tertentu, tanpa disertai anak-anak lain. Contoh aktiviti ‘1-on-1’: membeli-belah bersama, membaca buku kegemaran anak, atau apa sahaja hobi sihat yang diminati oleh anak tersebut.
Strategi ‘1-on-1’ ini juga sesuai digunapakai untuk anak remaja yang kerap berkelahi. Cuba renungi cara anda melayani setiap anak. Mungkinkah ada komen atau perbuatan yang boleh menimbulkan emosi sedemikian?
Ads
Atau mungkin seseorang anak itu, kerana dia rajin, sering dibebankan dengan tugasan, yang sepatutnya dipikul sama rata oleh anak-anak lain.
Ads
Jika ini benar, wujudkan suasana yang lebih adil. Beri mereka tugasan berbeza secara bergilir-gilir. Latih anak supaya lebih bertanggungjawab, persediaan sebagai pemimpin!
Kebiasaan seorang ibu akan tengking atau pukul bila anak buat perangai kan? Jarang-jarang tindakan seorang ibu itu penuh lemah lembut memberi sentuhan dan belaian bagi meredakan hati anak yang sedang diamuk amarah.
Namun cubaan pendekatan berbeza yang dilakukan oleh Cikgu Eya Humaira terhadap anak saudaranya yang sedang diamuk amarah membuahkan hasil yang mengejutkan dirinya sendiri.
Tips tersebut dipelajari selepas membaca buku keibubapaan yang mengetengahkan perubahan kecil dalam teknik parenting yang dibuat oleh ibu bapa boleh membawa kesan yang besar dalam pembentukan akhlak, sahsiah malah mind set anak.
Bila Dituduh Koyak Buku
‘Aaaaaaaaa…….. Din tak buat lah’ jerit anak sedara saya, Muhammad.
Muka nya tegang, dada berombak deras dengan nafas yang turun naik menahan marah.
Membentak-bentak dia dengan kaki yang dihentak-hentak.
Tangan nya di kepal-kepal, dekat dengan muka si adik, Maisarah. Cuba menggertak.
Kami sedang santai berbuka puasa.
Si Muhammad sibuk jalankan projek kinestetik nya dengan mengoyakkan entah apa benda.
Maisarah nampak, terus tukar mode comel kepada makcik bawang. Mengadu pada opah dan atuk..
‘Muhammad koyak kan buku’ katanya dalam nada pelat budak empat tahun.
Seb baik comel dengan mata besar, rambut pony tail, pipi pau masak stim.
Tapi si abang tetap marah.
Terasa bagai difitnah.
Sibuk lah dia membela diri.
Kami pula khusyuk makan nasi lauk kambing masak kurma, mana nak angkat muka.
Sekadar bersuara tinggi dari meja makan yang jaraknya beberapa meter dari lokasi kejadian.
‘Muhammad, usah lah’ walid bersuara
‘Muhammad, koyak buku tu kenapa? Buku opah tu. Nanti opah marah’ ibu nya pula
‘Muhammad, kenapa sepah-sepah ni? Muhammad kemas sekarang’ makcik bawang ke dua tak lepas peluang. Adik saya lah tu.
Hahaha….
Ajaibnya Kuasa Sentuhan
Makin kami cuba tenangkan dia, ugut dia, ancam dia dengan bersuara dari jauh, semakin pula dia rebel dengan menjerit tak tentu hala.
Kami masing-masing dah panas hati.
Mendidih je rasa.
Mujur ada teh ais cincau kaw kaw dalam gelas masing-masing.
Boleh lagi kontrol suara.
Saya senyap. Bangun.
Berjalan dekat dengan Muhammad.
Berlutut depan dia.
‘Muhammad koyak kertas, ya? Owh… bukan koyak buku. Adik kata Muhammad koyak buku ya’ saya bersuara.
Tangan saya mengusap-usap dada nya yang bergelora menahan marah dengan muka yang berkerut-kerut. Kemudian berpindah pada ubun-ubun dan belakang badan.
Saat, hanya beberapa saat.
Mood dia berubah terus.
‘Haah, ini kertas. Bukan buku opah’ katanya.
Terus tukar suara manja mengadu.
Rupanya dia hanya nak membela diri.
Dia nak didengari.
Dia nak bagitau, dia tak buat salah.
**********
Semalam telah selesai sesi book review di hadapan para guru seramai 90+ orang bersama barisan pentadbir.
Saya pilih buku ini untuk dibentangkan.
Kenapa?
Pertama.
Sebab saya banyak dapat input dari buku ini tentang kaedah parenting.
Boleh lah dibuat modal berdepan dengan kerenah anak-anak sedara yang sesekali balik kampung.
Kedua.
Sebab saya tak ada anak lagi.
Jadi mereka tak boleh bash saya dengan tengok hasil iaitu kemenjadian anak. Hahaha…
Bijak, kan?
Bagi ibu bapa yang masih punya anak untuk dididik, mahupun guru yang berhasrat meningkatkan kualiti diri demi anak murid, buku ini WAJIB anda miliki.
Fakta nya ringkas, padat, berserta teori psikologi serta pembelajaran, termasuk maklumat kesihatan berkaitan pemakanan anak yang ringkas dan mudah.
Malah teknik parenting nya sangat santai, praktikal dan boleh jadikan amalan harian kita.
Buku ini mengetengahkan perubahan kecil dalam teknik parenting yang dibuat oleh ibu bapa boleh membawa kesan yang besar dalam pembentukan akhlak, sahsiah malah mind set anak.
Sangat bermanfaat.
Selepas pembentangan semalam, ramai yang jumpa saya dan kata..
‘Ye lah, Eya. Tak terfikir pun nak buat camtu’
‘Eya, tak sangka betul lah rupanya bagi anak makan tempe lebih baik dari bagi makan yogurt’
‘Akak nak cari kacang botor lah lepas ni, Eya’
Juga beratur lah mereka nak meminjam buku ni dari saya.
Tapi saya tetap kata, elok nya beli.
Sebab bila-bila masa kita nak rujuk, senang. Kita bukan nya ada photographic memory.
Sekali baca terus ingat semua, kan?
Tahniah, Dr Taufiq Razif kerana berjaya menghasilkan buku yang osem sangat ini.
InsyaAllah jika ada book review lagi saya pilih buku genre lain pula.
P/s: ini gambar semasa menunggu giliran untuk membentang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak susah nak makan sayur hijau. Ibu buat nasi goreng, gigih anak kutip dan asingkan sayur kat keliling pinggan. Ini antara situasi yang biasa berlaku pada anak-anak. Seolah-olah sayur tu musuh nombor satu.
Jangan cepat putus asa untuk membiasakan anak makan sayur. Mungkin ibu kena lebih kreatif dan sentiasa memberi motivasi pada anak. Yang penting jangan marah sehingga anak rasa tak seronok.
Jom kita ‘brain-storm’ antara idea untuk mendidik anak sukakan sayuran hijau.
– Tak apa jika anak belum mahu jamah sayur hijau hari ini. Teruskan didik anak.
Mungkin kali ke 100 kita sudah rasa putus asa. Namun kali ke 101 rupanya anak mulai suka sayur hijau. Rugi kan? Kata kuncinya, istiqamah dan tidak putus asa.
– Ajari anak berdoa setiap kali sebelum makan. “Ya Allah, tolong saya suka dan makan sayur hijau.”
Kita didik hati anak meletakkan Allah sebagai tempat untuk meminta. Bukan tanya dirinya sediri.Tak sedap maka anak tak mahu makan. Bukan begitu ya. Buat dengan konsisten. Insya-Allah suatu hari lembut hatinya.
– Tak apa jika kita masih perlu ‘sorokkan’ sayur hijau dalam hirisan halus sosej homemade kita. Cincang halus dalam cucur anak-anak. Yang penting usaha kita.
Berubah sedikit demi sedikit. Usah sorok dan rahsia. Beritahu anak.
“Ibu letak sayur hijau dalam sosej dalam. Bagus Adam makan. Sayur hijau banyak khasiat. Sosej Adam masih rasa enak kan?”
– Jika anak memberi reaksi jelik seperti “Euwww” “Uwekkk tak suka”. Usah terus melenting. Ajari anak selalu tentang rezeki. Tidak semestinya di meja makan sahaja. Sewaktu fikiran anak-anak di peringkat Alpha, serapkan di minda mereka, hargai dan hormati rezeki.
– “You don’t have to like it, you just need to eat it.”Untuk latih anak-anak makan makanan dan hargai rezeki dari hanya mahu makan yang disukai sahaja.
– Ibu dan ayah sebagai ‘role model’. Mainkan peranan kita sebaiknya. Kita ibu dan ayah amalkan makan sayuran hijau dan ceritakan selalu pada anak betapa banyaknya manfaat sayur. Jika ayah selalu bersenam dan tekankan pada anak, untuk selalu bersenam seperti ayah, amalkan pemakanan yang baik. Sayur hijau salah satu darinya.
– Beri penghargaan pada anak-anak melalui pujian. Hargai usaha anak-anak. Walaupun dimata kita ianya hanya kecil hatta makan sayur.
“Bagus anak ibu ni, makan sayur supaya badan sihat.” Puji anak-anak. Manusia fitrahnya kebaikan. Pujian adalah satu bentuk kebaikan.
– ‘Treat game/reward game’. Jika anak-anak boleh habiskan/makan sejumlah hidangan sayur hijau, beri ganjaran pada anak.Terpulang pada ibubapa bentuk ‘reward’ yang ingin diberikan.
– Usah sebut secara umum : sayur. Tapi sebut nama sayur.Pak choi. Sawi. Bayam. Kangkung dan lain-lain.
Puan Faizah Amat Sahri kongsi cara efektif latih anaknya makan sayur hijau. Anak gembira apabila dapat mengingati dan kenal sayuran mereka dan secara tak langsung mereka sukakan sayur hijau.
“Rezeki ini bukan dalam bentuk makanan yang sedap sahaja. Rezeki itu apabila makanan yang kita makan itu dari sumber yang baik dan dapat bantu kita tunaikan amanah jaga tubuh badan yang Allah beri.”
Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya, apakah cara untuk mengukur kelewatan bahasa bagi anak-anak mereka terutama anak yang berusia 3 tahun? Menurut perkongsian daripada Ruby Speech Therapy, pada usia 3 tahun sepatutnya kanak-kanak boleh menyambung 3-4 patah perkataan dalam satu ayat.
(Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI)
Contohnya:
“adik nak beli mainan”
“jom la kita balik”
“ummi, tengok abang buat”
“abi nak pergi mana?”
“nak ikut abi”
Hampir 75% dari pertuturan hariannya boleh difahami. Ini bermakna, kanak-kanak masih ada sedikit pelat dari segi gabungan perkataan sukukata panjang.
Contohnya, anak saya Irham pernah menyebut “tinggal medunya” untuk perkataan sebenar ialah ‘meninggal dunia’.
Kanak-kanak 3 tahun juga boleh menerangkan lokasi dengan jelas seperti “atas meja”, “bawah katil”, “dalam besen”. Bagi kanak-kanak yang lambat bertutur, mereka lebih senang menunjuk saja guna tangan, atau sebut “ni”, “yang tu”, “kat situ”.
Kanak-kanak 3 tahun juga sering dilabel ‘kuat melawan’. Ini kerana mereka mula bijak menggunakan kata nafi dalam perbualan harian. Mereka sedar yang mereka ada kuasa untuk memilih.
Kanak-kanak yang lambat bertutur pula sebaliknya tidak mampu membuat penafian. Semuanya “ya” saja. Semuanya ambil yang hujung saja. Contoh jika kita tanya, “nak makan roti ke, makan mee?” dia jawab “mee”. Tapi bila kita tanya sekali lagi “nak makan mee ke, makan roti?” dia jawab “roti” pula.
Begitu juga jika kita tanya “kucing boleh terbang?” dia jawab “terbang”.
Kanak-kanak usia 3 tahun semakin cekap bertanya soalan. Semua yang dilihat ingin ditanya. Maka barulah ibu bapa sedar betapa banyaknya benda yang kita memang tak tahu.
Bagi kanak-kanak yang lambat bertutur, tiada apa yang ingin ditanya. Mereka terima apa saja yang disediakan seadanya.
Mungkin mama papa akan lebih jelas apabila membaca perkongsian ini. Namun apakah aktiviti yang sesuai dilakukan jika anak anda yang berusia 3 tahun mempunyai kelewatan bahasa? Ikuti perkongsian daripada Dr Redzal Zainol ini.
Beraya dengan bayi boleh menjadi mencabar jika tiada persediaan. Ikuti tip penting ini supaya mak ayah dapat menikmati raya dengan lebih tenang, selamat dan menyeronokkan.