Anak Batuk Berkahak Tak Reda-Reda, Penuhkan Peti Ais Dengan Buah Ni, Bagus Untuk Anak!

Share

Ketika memilih buah untuk anak pastikan buah yang dapat memberi kesihatan berganda. Bukan itu sahaja, ketika anak tidak sihat, lebih-lebih lagi ketika anak batuk atau berkahak, buah yang satu ini iaitu buah pear paling disarankan.

Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, buah pear juga bersifat anti radang yang baik untuk memulihkan anak ketika batuk berkahak.


Pear bagus untuk kahak tau. Dalam Perubatan Cina, diorang legakan kahak anak-anak dengan sup buah pear. Menarik kan.

Reneh buah pear dengan air, tambah gula batu asli. Bagi anak minum.

Taknak letak gula, nak makan saja pun boleh. Banyak tau khasiat buah pear. Apa-apa dari sumber sebenar, memang ada kebaikan buat anak kan.

1. Pear ada folate dan niacin, bagus untuk sel tubuh berfungsi dengan baik.
2. Ada vitamin A, untuk kulit dan penyembuhan luka.
3. Tinggi potasium untuk kesihatan otot dan jantung.
4. Kandungan antioksida polyphenol, terutama di kulit buah pear, untuk melawan radikal bebas.
5. Fiber tinggi untuk penghadaman yang baik.

Dan paling penting, bersifat antiradang. Tinggi flavonoid, dan vitamin. Penting untuk anak-anak, melawan jangkitan kuman dan keradangan. Ini yang anak-anak perlukan. Imuniti makin kuat kan.

Kita cuba ya. Keserasian setiap anak dengan makanan tak sama, mana tahu berkesan dengan anak kita.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN