Anak kecil memang mudah jatuh sakit, terutama apabila cuaca tidak menentu. Sekejap panas terik, kemudian hujan lebat, esok pula berangin dan sejuk. Perubahan cuaca seperti ini bukan saja membuatkan badan anak lebih sensitif, malah boleh menjejaskan sistem imun mereka, sekali gus menyebabkan masalah anak batuk dan selsema semakin kerap berlaku.
Sebab itulah ramai ibu ayah mula risau apabila anak asyik demam, batuk dan selsema berulang kali. Baru sahaja sembuh minggu lepas, masuk minggu baru anak mula tak aktif, hidung berair dan suhu badan meningkat semula.
Bagi ibu bapa, melihat anak sakit memang satu situasi yang meletihkan emosi dan fizikal. Anak meragam, tidur tak lena, kurang selera makan, malah ada yang hanya mahu berkepit sepanjang masa. Dalam keadaan begini, ramai ibu ayah mula buntu apa yang patut dibuat dahulu?
Menurut doktor Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, penjagaan anak yang sedang mengalami jangkitan salur pernafasan memerlukan perhatian khusus supaya proses pemulihan lebih cepat dan komplikasi dapat dielakkan, terutama dalam kes anak batuk dan selsema yang berulang.
Kenapa Anak Mudah Sakit Bila Cuaca Tak Menentu?
Cuaca panas boleh menyebabkan anak mudah dehidrasi, badan lesu dan tekak cepat kering. Manakala musim hujan pula meningkatkan risiko jangkitan virus seperti influenza, RSV dan common cold.
Tambahan pula, kanak-kanak yang berada di taska, tadika atau sekolah lebih mudah terdedah kepada virus kerana pergaulan rapat sesama mereka. Kadang-kadang seorang anak mula selsema, tak sampai beberapa hari satu kelas pun boleh berjangkit.
Disebabkan sistem imun kanak-kanak masih berkembang, mereka lebih mudah dijangkiti berbanding orang dewasa, sekali gus menjadikan situasi anak batuk dan selsema sesuatu yang kerap berlaku.
10 Tips Penjagaan Anak Demam, Batuk & Selsema
Ads
Doktor Kamarul berkongsi beberapa tip penjagaan anak yang sedang mengalami jangkitan salur pernafasan:
1. Perbanyakkan minum air kosong
Air membantu mencairkan kahak supaya tidak terlalu pekat. Ia juga dapat melegakan tekak yang kering dan mengurangkan ketidakselesaan.
2. Elakkan makanan yang merengsakan tekak
Kurangkan makanan pedas, berempah dan berminyak kerana ia boleh menyebabkan tekak lebih pedih atau batuk bertambah teruk.
3. Ambil makanan kaya Vitamin C
Buah-buahan seperti oren, kiwi, strawberi dan jambu batu membantu menyokong imuniti badan. Madu juga boleh diberi kepada kanak-kanak berusia setahun ke atas. Namun, bayi bawah enam bulan hanya perlu susu badan atau susu formula.
4. Jumpa doktor jika simptom berlarutan
Jika batuk, selsema atau demam berterusan lebih tiga hari, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Pastikan ubat diambil mengikut dos dan arahan yang ditetapkan.
5. Kuarantin jika disarankan doktor
Jika anak diminta berehat di rumah, jangan hantar ke sekolah atau bawa ke tempat awam bagi mengelakkan penularan virus.
Ads
6. Pakai pelitup muka jika perlu keluar
Jika terpaksa membawa anak ke tempat awam, pakaikan pelitup muka untuk mengurangkan risiko menjangkiti orang lain.
7. Pertimbangkan vaksin influenza
Pelalian influenza boleh membantu memberi perlindungan tambahan terhadap jangkitan virus dan perlu diambil setiap tahun.
8. Jaga kebersihan selepas pulang bekerja
Bagi ibu bapa terutama petugas kesihatan, mandi dan tukar pakaian terlebih dahulu sebelum mendekati anak di rumah.
9. Berhenti merokok
Asap rokok boleh memburukkan keadaan saluran pernafasan anak dan meningkatkan risiko jangkitan berulang.
10. Beri perhatian dan kasih sayang
Selain ubat, anak yang sakit perlukan lebih perhatian. Pelukan, belaian dan masa bersama ibu ayah boleh membantu emosi mereka rasa lebih tenang.
Ads
Bila Perlu Bawa Anak Jumpa Doktor Dengan Segera?
Walaupun batuk dan selsema biasa berlaku, ibu ayah perlu lebih berwaspada jika anak menunjukkan tanda seperti:
Demam tinggi berpanjangan
Sukar bernafas atau nafas laju
Bunyi wheezing atau semput
Tidak mahu makan dan minum langsung
Muntah berterusan
Badan terlalu lemah atau kurang respons
Jangan tunggu terlalu lama jika keadaan anak nampak semakin merosot, terutamanya jika anak batuk dan selsema disertai simptom serius.
Cara Kuatkan Imuniti Anak
Selain rawatan ketika sakit, pencegahan juga penting. Antara cara membantu meningkatkan imuniti anak ialah:
Pastikan tidur mencukupi
Pemakanan seimbang setiap hari
Kurangkan makanan tinggi gula dan processed food
Galakkan aktiviti fizikal
Biasakan cuci tangan sebelum makan dan selepas bermain
Imuniti anak dibina melalui rutin kecil yang konsisten setiap hari, sekali gus membantu mengurangkan risiko anak batuk dan selsema berulang.
Menjaga anak sakit memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun dengan ilmu yang betul dan tindakan awal, ibu ayah dapat membantu anak pulih dengan lebih selesa dan cepat.
Semoga bermanfaat dan semoga semua anak yang sedang tidak sihat segera kembali aktif seperti biasa.
Pengalaman mencabar Yatt melahirkan anak ketiga di mana tali pusat terlilit dua kali di leher bayi, Yatt kongsikan video kelahiran bayinya.
Proses bersalin dan bergelumang dengan kontraksi demi kontraksi menjadikan ibu orang yang hebat. Memang benarlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Bayi ketiga Yatt dinamakan Suci Hayfaa Medina ini dilahirkan pada 2 April 2018 lalu secara normal di Pusat Perubatan Naluri, Kuala Lumpur. Yatt juga terlah berkongsi video kelahiran bayinya ini yang jelas menunjukkan tali pusat meliliti leher bayinya sebanyak dua kali.
INDIUS UNTUK CETUS KELAHIRAN
Maka bermulalah perjuangan seorang ibu utk melahirkan seorang anak.
Latest condition ; Bukaan baru 2 cm, baby ok, normal movement. Tapi, akhirnya Bonda kena induce juga utk cepatkan bukaan dan baby lekas keluar sbb dah overdue lama sgt.
Memang malam yg sgt mencabar & panjang bagi Bonda. Malam 1 April 2018 di Bulan Rejab ini jadi saksi. Alhamdulillah Allah pilih Bonda lagi utk bertarung dgn sakit induce utk kehamilan kali ini. Moga jadi khafarah.
Mohon semua doakan Bonda ini. SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR.
2.Ok nak #throwback kisah labour room Bonda pada Ahad lepas, 1 April 2018, masa ni sejam lebih sebelum #LilSuci #babyYH lahir. Tengah2 melawan sakit contraction yg amat dasyhat, tiba2 en suami @zul.autkaz ajak swafoto pula, katanya nak hantar ke group family kami. Apa lagi, teknik kontrol cun terus keluar berdesup walaupun sdg menderita sakit! Ni x sampai 5 saat je, lepas tu muka kembali sememeh. Dan ya, memang Bonda YH berkembang pesat di sana sini, takpe nanti lepas pantang, Bonda kembali slim..In shaa Allah.
TQ lah en suami ambilkan gambar isteri yg sudah berkembang pesat itu. Yang pasti tahniah en Suami dah 2 kali gigih teman isteri bersalin dari awal sampai akhir proses tanpa trajedi pengsan tepi katil walaupun sebenarnya dia nak pitam jugak awal2 dulu. Haha.. Alhamdulillah.
Harap semua suami setia dan tabah menemani isteri kalian yg sdg bertarung nyawa. Berikan kasih sayang dan sokongan. Isteri akan lebih kuat dan tenang bila suami sentiasa setia di sisi. Barulah baby yg keluar nanti bangga ada ayah sado seperti kalian.
Masa ni Bonda sedang berjuang utk melahirkan #LilSuci #babyYH dengan kesihatan yg tak berapa elok, batuk, selsema dan baru baik demam. Setiap kali batuk & bersin memang rasa mcm nk terburai je peranakan tu! Wallahi sgt sakit dan senak perut Bonda. So benda dalam tangan tu bantu melegakan derita Bonda masa tu. Alhamdulillah Bonda selalu bawa ke mana2 je benda tu. Apakah benda tu?
Maaf jika buat semua menunggu berita dari kami. Sungguh, 1 hari yg sangat mencabar. Masuk ubat induce pukul 1 pagi 1 April malam tadi. Lepas 5 minit terus sakit dtg menyerang, makin lama makin kerap, makin panjang & makin kuat sakitnya sampai satu tahap rasa macam nak pecah dan meletop rahim peranakan tu. Allahuakbar, Allah saja yg tahu sakitnya macam mana. Tak boleh tidur sepanjang malam bertarung dengan sakit demi melahirkan anak #babyYH secara normal. Mudah2an jadi khafarah cuci dosa Bonda si pendosa ini.
Lepas Subuh dlm jam 7 pagi, nurse datang check bukaan baru 3 cm. Allahu sakit sepanjang malam hanya progress 1 cm je. Sebelum induce bukaan 2 cm. Lepas induce 3 cm. Alhamdulillah itu bahagian saya. Lain ibu, lain rezekinya.
So dalam pukul 8.30 pagi saya dipindahkan ke Labour Room utk masukkan water induce yg lebih kuat bagi cepatkan lg bukaan. Masuk je air tu dlm saluran darah, Allahu terus sakit contraction menyerang 3 kali ganda lebih kuat, lebih lama dan lebih kerap dari yg diharungi sepanjang malam tadi. Lepas tu, air ketuban dipecahkan utk lajukan lg progress. Dan selepas tu.. Ya Allah sakitnya Allah je tahu. Wallahi tak tertanggung.
Syukur Alhamdulillah. Inilah nikmat sakit yg hanya wanita bergelar ibu dapat rasakan. Hanya seorang IBU diberikan KEISTIMEWAAN ini. Maka beruntunglah wahai ibu2, Allah tinggikan darjatmu di sisiNya. Bersyukurlah.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Saya Yatt Hamzah, Bonda YH telah selamat melahirkan seorang puteri Mujahidah secara NORMAL di Hospital Naluri kira2 jam 12.10 tengahari pada Ahad, 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H.
Bonda dan Baby girl #babyYH seberat 3.33 kg dalam keadaan baik dan sihat Alhamdulillah.
Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini.
Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua, terutamanya keluarga, rakan2 dan semua pihak yang mendoakan termasuk followers di media sosial.
Mohon doakan agar anak ini jadi seorang Mujahidah yang Solehah, Hafizah Quran, HambaNya yg faqih agi Muttaqin. Ameen.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar! Saya dengan rendah hati share moment detik2 cemas sebelum melahirkan #LilSuci #LilMujahidahSuci #BabyYH pada 1 April 2018 lalu tepat jam 12.10 pm. Hanya dengan 1 niat, agar ia dijadikan inspirasi buat para ibu ayah, yang bakal menimang cahaya mata buat kali pertama dan pengajaran buat anak2. Wallahi sungguh besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu. Sungguh tulus suci cinta mereka. Bila sudah menjadi ibu, barulah faham kasih dan pengorbanan ibu kita dahulu. Wahai para suami, hargailah dan cintailah isterimu kerana dia berjuang dengan nyawanya utk memberikanmu cahaya mata sbg waris legasimu. Tahniah IBU, kalian Mujahidah yg kuat. Semoga anak2 jadi syafaat utk mu ke Syurga. Ameen.
Perhatikan tali pusat yg melilit 2 kali leher #babyYH #LilSuci Alhamdulillah Allah selamatkan anak Bonda. ALLAHUAKBAR!
Saat paling indah adalah saat si kecil #LilSuci diletakkan di atas ku, sejurus selepas dia keluar dari rahim Bondanya. MashaAllah bau Syurga, harum yg amat. Maka hilanglah segala sakit dan penat lelah bertarung nyawa melahirkan si kecil tadi..
Nikmat yg hanya ibu2 diberi peluang melaluinya. Tahniah ibu2, you’re always the best!
Hari ni Ahad 8 April 2018 genaplah umur #LilSuci #babyYH 7 hari iaitu tepat pada pukul 12.10 pm tadi. MashaAllah dah seminggu dah usia awak anak. Cepatnya masa berlalu. Bonda masih ingat lg masa ni minggu lepas awak baru selesai pemeriksaan keseluruhan oleh doktor & jururawat. Bonda pun baru habis dibersihkan oleh midwife dan dibawa ke wad.
Masa nurse serah awak pd Bonda di wad tu, terus Bonda dakap & cium awak puas2. Subhanallah harumnya bau awak anak. Tiada 1 perfume atau pewangi pun di dunia ini standing bau harum semulajadi seluruh tubuh mu sayang. Beruntungnya Bonda, Allah kirimkan hadiah dari Syurga pada bulan kelahiran Bonda iaitu April juga. Selamat hari lahir ke 7 wahai anak. Moga jadi anak yg Solehah. Hari ini genaplah 7 hari awak jadi umat Muhammad SAW di dunia. Hari ini juga disunatkan menamakan awak dg nama yg baik2 lagi indah. In shaa Allah sekejap lagi Bonda akan umumkan nama awak wahai si #lilMujahidahSuci ❤️
Selepas bersalin anda akan melalui tempoh berpantang. Dalam tempoh itu, anda akan lakukan urutan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, melancarkan peredaran darah dan sebagainya.
Selesai tempoh berpantang, anda akan kembali bekerja dan menjalani rutin seperti biasa.
Sedarkah anda, ada satu lagi proses berpantang yang dikenali rawatan penutup pantang yang perlu dilakukan. Ia penting untuk wanita lepas bersalin seperti mana yang dikongsikan oleh Nur Syatirah Shuib atau Kak Bidan Sempoi.
Ia adalah rawatan terakhir dalam amalan berpantang orang Melayu. Ramai yang kurang percaya dengan rawatan penutupan pantang kerana dari mata kasar, sukar untuk menentukan sama ada anda benar-benar pulih daripada segi fizikal dan mental. Ini adalah sebab-sebab mengapa anda perlu akur untuk membuat rawatan penutup pantang.
Urutan akan dijadikan dan fokus kepada proses mengeluarkan angin daripada perut dan usus, membantu mengecutkan rahim dan menaikkan rahim iaitu sengkak peranakan.
Ramai sedia maklum bahawa faraj menjadi longgar disebabkan proses melahirkan anak secara normal dan faktor penuaan. Otot lantai pelvis menjadi lemah kerana usia bertambah dan tahap hormon estrogen yang rendah.
Kaedah rawatan faraj yang biasa dilakukan dalam amalan pantang ialah bertangas basah dan kering, skrub, masker, urutan peranakan dan organ sulit wanita serta merawat faraj menggunakan herba yang mampu mengetatkan dan mengencangkan kembali ototnya.
Sesiapa yang melakukan rawatan faraj akan medapati organ sulitnya menjadi putih kemerah-merahan dan panas berbanding orang yang tidak mendapatkan rawatan. Bahagian berkenaan kusam dan sejuk!
Rawatan punggung dilakukan untuk merawat tulang punggung yang terbuka akibat proses bersalin. Selain itu, skrub dan masker yang digunapakai dalam rawatan ini untuk menjadikan otot punggung kembali tegang dan putih bersih.
Sumber: syatirahshuib.blogspot.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Risau bila melihat kulit kepala bayi berkerak atau cradle cap? Mama boleh cuba hilangkannya dengan minyak kelapa atau santan. Mudah sahaja caranya. Ikuti panduan ini.
Craddle cap lazimnya terjadi kepada bayi yang berambut nipis. Ia kelihatan seperti kelemumur. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Permasalah ini juga dikenali sebagai kerak kepala, kerana selain penampilan bayi tidak menarik, kerak tersebut menyebabkan bayi jadi gelisah, gatal dan bau kepala bayi yang kurang menyenangkan.
Masalah kulit kepala berkerak (craddle cap) kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan. Sentiasa kelihatan kurang menarik, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi bagi kes yang teruk.
Tetapi dalam kes-kes yang teruk, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi. Biasanya rawatan menggunakan krim anti fungus. Bagi kes kerak kepala yang minor cukup sekadar menggunakan minyak dan membasuhnya dengan cecair pembersih.
Kerak kepala ini muncul kerana pengeluaran minyak di bahagian kepalanya yang kemudian akan mengering dan mengelupas. Ada juga pendapat mengatakan bahawa hormon yang diterima bayi dari ibunya diakhiri kehamilan berlebihan sehingga mengakibatkan masalah tersebut.
Dalam minggu-minggu pertama bayi biasanya beberapa orang bayi mengalami pembentukan kerak di bahagian kepala bayi. Ia seperti serpihan kulit seperti kelemumur. Jangan anggap ia perkara yang remeh. Ini kerana jika kerak ini semakin banyak dan tebal akan semakin sukar menghilangkannya.
Berikut ialah langkah demi langkah menghilangkan kerak kepala bayi. Disarankan untuk melakukannya sebelum atau sewaktu memandikan bayi.
Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika ia masih berlarutan atau merebak ke muka atau leher anak anda.
1.Cuaca atau suhu yang panas di ruangan yang membuat bayi berkeringat.
2.Pemakaian topi bayi tempoh masa yang lama.
3.Meletakkan bedak di kepala bayi.
4.Jika kerak sangat tebal, jangan mencuci kepala bayi setiap hari kerana kepala bayi akan semakin kering.
5.Jangan memaksa mengelupas kerak dalam keadaan kering kerana akan membuat kepala bayi terluka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kos bersalin hospital kerajaan terkini bagi Kelas 1, 2 dan 3 termasuk bersalin normal, caesarean dan kes khas. Panduan lengkap untuk bakal ibu bapa di Malaysia.