Demam, batuk, selesema yang kerap berlaku pada anak-anak disebabkan pelbagai punca. Antaranya ialah disebabkan oleh persekitaran yang tak sihat, cuaca tak menentu dan pemakanan.
Bagi ibu bapa yang mengalami situasi anak kerap tak sihat, perlu lebih cakna sedikit. Tambah pula antibodi anak masih belum kuat untuk melawan penyakit. Jadi amat penting penjagaan kesihatan dan pemakanan perlu dititikberatkan dari awal.
Menurut Puan Ainini Zainal jika anak batuk, selesema, demam, sebaiknya corak pemakanan mesti diubah. Lagi bagus ia jadi amalan seisi keluarga secara berterusan.
JIKA ANAK BATUK SELESEMA DEMAM, HENTIKAN DULU YA PEMBERIAN:
Roti, makanan berasaskan gandum, tinggi gula, MSG, pewarna tiruan. Mungkin ini kesempatan untuk kita ibu bapa, belajar tentang betapa besar kesan makanan harian terhadap kesihatan. Sistem Imun Badan jadi lemah disebabkan makanan/minuman tinggi MSG, Gula, Pewarna/Perasa Tiruan BUKAN SATU BENDA RARE.
Rare pada kita kerana kita tak tahu, tetapi terlalu banyak kajian telah dibuat tentang semua ini.
Makanan tinggi MSG sangat buruk kesannya terhadap Immune System. Ia banyak terdapat dalam bahan asas masakan komersial seperti:
Kicap. Kiub ayam. Perencah makanan segera. Perencah mee segera. Serbuk perasa masakan. Fastfood. Junkfood. Sosej. Nugget. Burger. Banyak lagi. Baca label makanan sebelum beli.
____
Makanan berasaskan gandum. Perlu elak dahulu kerana ia MUCUS FORMING FOOD. INFLAMMATORY FOOD Roti. Kek. Biskut. Kuih muih berasaskan gandum. Pau. Mee kuning. Pizza. Burger. Bun. Banyak junkfood dan fastfood berasaskan gandum.
Jika ambil ketika tak sihat, keradangan makin berlaku, proses penyembuhan juga makin terganggu.
Kurangkan, stop dulu makanan dan minuman tinggi gula. Gula bukan kat coklat, aiskrim, kek sahaja. Tetapi:
Minuman botol. Minuman kotak. Air bergas. Susu kotak manis. Air boba bubble tea.
Ads
Cuba lihat berapa kandungan gula dalam semua minuman ini.
Anak suka donat. Donat dah ada gula. Kita layan je dia nak topping coklat tinggi gula. Tabur lagi Choc Chips. Sprinkles. Choc Rice. Curah custard sikit.
Dah berapa banyak gula?
Satu kita tak pernah tahu, addicted to sugar and MSG itu lebih teruk daripada addicted pada rokok (tapi bukan bermaksud rokok bagus pulak.)
Label LESS SUGAR pun bukan bermaksud banyak sangat kurang gula. Contoh LESS SUGAR sebenarnya gini:
Dulu 1 tin air bergas ada 12 sudu besar gula. Sekarang mereka letak 11 sudu sahaja. 11 sudu besar sikit ke TETAP BANYAK?
Semua ni bukan mudah, TAPI POSSIBLE UNTUK BERJAYA. Kita cuba perlahan lahan ya. Diet harian anak, pastikan lengkap
Karbohidrat – daripada nasi, ubi, grains contohnya. Tapi elakkan yang berasaskan tepung. Sesekali ok lah. Pilih grains IN ITS ORIGINAL FORM.
Ads
Nasi, ubi keledek antara hidangan sesuai bagi anak. Anak bosan makan nasi dan lauk, sediakan bubur. Atau bebola nasi. Atau bakar ayam bersama keledek, perap dengan campuran bawang kisar, garam, sedikit lada hitam, sedikit madu. Dah sedap dah.
Protein – pilih diet berasaskan telur,. ayam, ikan, daging, seafood. Bukan protein powder, anak tak perlukan tu. Mereka perlu FOOD IN ITS ORIGINAL FORM.
DAGING APA PERLU ELAK? DAGING BURGER, DAGING SOSEJ KOMERSIAL. INI YANG KENA ELAKKAN, DAGING FRESH TINGGI KHASIAT. Bagi anak at least 2 hidangan seminggu.
Mereka perlu khasiat baik untuk membesar
Fiber/serat – berikan sayur, buah. Bukan jus bergula, bukan jus yang dah tak ada seratnya. Sesekali jus oklah, tapi cara terbaik, makan buah sebiji, supaya seratnya semua anak makan. Pelbagaikan hidangan sayur.
Carrot.
Sayur hijau.
Bawang, halia, kunyit, semua MAKANAN ANTIBAKTERIA, ANTIRADANG, ANTIVIRAL. IMMUNE BOOSTER.
Nampak kan, pentingnya homemade food yang tak perlu pun ada serbuk perasa, kiub masakan komersial tinggi MSG. Masak dengan cara yang betul dapat bantu kita dapat rasa MSG SEMULAJADI dalam makanan.
Ads
Lemak – bagi lemak sihat dari olive oil, coconut oil, Pure Ghee/Minyak Sapi.
Lemak daripada cheese, sesekali boleh bukan setiap hari kerana ia tetap tinggi garam. Tetap processed food. ELAK TERUS SERBUK CHEESE. Ia bukan cheese sebenar. Baca label apa ada dalam tu.
Elakkan terus yang perlu dielakkan dan berperasa tiruan. Ia bukan sahaja chemical-based food tetapi juga banyak beri kesan terhadap immune system mereka.
Apa itu REAL FOOD? Makanan yang TIADA ingredients. Tembikai contohnya, ia tak mengandungi 2,3 bahan untuk jadikannya tembikai. Ingredientnya hanyalah tembikai.
Ikan, telur, ayam, sayur, semua hanya ada 1 bahan, iaitu makanan itu sahaja.
Ia berbeza dengan roti. Apa ingredients roti? Gandum, gula, yis dan jika roti komersial, siap letak dough softener atau bread improver yang banyak kesan sampingan. Kerana itu ia BUKAN. REAL FOOD.
Ibu bapa galakkan anak makan ikan. Ia sangat bagus untuk perkembangan sistem saraf dan sel otak. Ikan merupakan sumber makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein, asid amino, omega-3, methionine, tyrosine, lysine, tryptophan, dan sebagainya.
Ibu Bapa Galakkan Anak Makan Ikan
Protein yang terkandung dalam ikan sangat mudah untuk dicerna berbanding dengan yang ada dalam daging. Ikan mengandungi beberapa jenis bahan-bahan lemak seperti lipid yang merupakan asid lemak tak tepu. Asid lemak ini adalah baik untuk tubuh dan mengelakkan lemak dalam darah, yang menjurus kepada obesiti.
Sesetengah ikan mengandungi banyak vitamin, seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B12, dan vitamin D. Ikan juga mengandungi pelbagai mineral, terutamanya kalsium. Malahan, kandungan kalsium dalam ikan adalah lebih tinggi berbanding daging.
Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan. DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak.
Bagus Untuk Perkembangan Sistem Saraf & Sel Otak
Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.
Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting.
Berikut adalah beberapa jenis ikan yang selamat dan baik untuk anak anda termasuklah:
Salmon ialah ikan yang kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merangsang perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D, E, dan kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan mineral lain. Isi salmon adalah lembut dan licin, jadi kanak-kanak akan menggemarinya. Ikan ini juga baik untuk kecerdasan kanak-kanak.
Tuna mengandungi asid omega-3 yang baik untuk mencegah degenerasi makular, iaitu keadaan yang mengehadkan penglihatan mata, dan secara perlahan-lahan membawa kepada buta.
Informasi di atas tentang ikan boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut khasiat dan sebab perlu makan ikan.
Anak-anak kecil memang suka makan telur. Memang elok anak makan telur kerana ia mempunyai sumber protein untuk merangsang pertumbuhannya. Namun, ia tetap perlu dikawal dan ambillah dalam kadar yang sederhana.
Sehubungan itu, macam mana cara anda menyimpan telur? Di dalam peti sejuk atau di luar peti sejuk? Dibasuh dahulu atau bagaimana? Terdapat beberapa pertelingkahan pendapat berkenaan isu ini. Jom kita ketahui informasi lanjut tentang cara yang betul untuk menyimpan telur agar ia tetap kekal segar. Dengan yang demikian, ia membolehkan anak anda terus berselera makan telur di dalam keadaan telur yang masih berkualiti.
Penyimpanan telur di negara beriklim sejuk dan Khatulistiwa adalah berbeza antara satu sama lain. Masyarakat di negara Barat yang beriklim sejuk memilih menyimpan telur di dalam suhu bilik. Hal ini kerana, ayam-ayam di sana diberi penjagaan rapi dan disuntik dengan vaksin yang boleh melawan pembiakan bakteria salmonella.
Manakala kita di Malaysia pula kebanyakannya memilih untuk menyimpan telur di dalam peti sejuk. Ini dilakukan bertujuan untuk memastikan telur dapat bertahan lebih lama. Malah, menyimpan makanan di dalam peti sejuk dengan suhu yang betul iaitu 20°C ke bawah berupaya mengelakkan makanan tersebut daripada tercemar kepada bakteria salmonella.
Dalam pada itu, ramai juga di kalangan kita yang menyimpan telur di dalam bekas khusus penyimpanan telur yang ditempatkan di bahagian atas pintu peti sejuk. Cara ini tidak betul. Hal ini adalah kerana telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama.
Bahagian biasa yang kita simpan telur di pintu peti sejuk itu kerap terjejas dan tidak seimbang suhunya disebabkan kekerapan membuka dan menutup pintunya. Jadi, selepas ini disarankan untuk simpan stok telur di bahagian lain seperti laci peti sejuk supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.
Sehubungan itu, tempatkan semua telur berkenaan di dalam bekas khas yang berpenutup dan simpan di dalam laci peti sejuk agar ia selamat dan tidak pecah akibat ‘berhimpit’ dengan makanan lain yang ditempatkan di laci yang sama.
Sementara itu, cara anda meletakkan telur pun perlu betul. Dicadangkan agar anda menempatkan telur dengan bahagian yang runcing menghadap ke atas untuk mempertahankan posisi kuning telur agar selalu berada di tengah telur. Jadi kualiti telur akan terus terjaga.
Sebelum disimpan, sebaik-baiknya cuci dahulu telur agar tidak tercemar dengan bakteria salmonella yang boleh memasuki telur melalui pori-pori kulit telur. Setelah mencuci telur, keringkan ia dengan berhati-hati. Setelah mengetahui cara penyimpanan telur ini, bolehlah anda praktikkannya. Selain daripada telur jadi tahan lebih lama, ia juga dapat mengekalkan khasiat dan kesegarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim banjir yang melanda sesetengah negeri di negara kini ini membuatkan kita terdedah kepada pelbagai virus yang boleh mengancam nyawa, lebih-lebih lagi kepada anak-anak kita.
Salah satunya adalah bahaya virus Rotavirus yang membuatkan anak lemah dan jadi lesu. Apa makanan sesuai nak kembalikan tenaga anak? Ini saranan pemakanan yang disyorkan oleh Dietition, Pn Fizah Sobri.
Hati hati memang mudah anak kena jangkitan ini terutamanya waktu banjir ni.
ROTAVIRUS, sejenis virus yang tiada ubatnya. Mudah menjangkiti jika tidak menjaga kebersihan, terutamanya golongan anak anak kecil dan bayi.
Punca boleh hadir dari persekitaraan yang tidak bersih seperti di pengasuh, taska, tempat makan, rumah dan lain lain.
Disebabkan berpunca dari virus tiada guna ambil antibiotik sebab itu hanya berfungsi untuk melawan penyakit yang berpunca dari bakteria.
Virus ini akan menyebabkan usus sensitif dan tidak menyerap zat dengan baik dan akibatnya
1. Cirit birit yang banyak 2. Muntah yang kerap 3. Demam yang tinggi
Akibat dari ini anak anak boleh mengalami dehidrasi dan ini boleh membawa maut.
Macam mana nak melawan virus yang tiada ubatnya?
Jawapannya kita tak boleh lawan virus. Kita tidak melawan virus tersebut tetapi mengawal kerosakan akibat virus tersebut.
Ibarat ribut taufan/hurricane, kita tak boleh lawan Mother Nature dan kuasa tuhan tapi kita boleh ambil langkah langkah untuk mengawal kerosakan akibat dari ribut tersebut.
Langkah yang boleh diambil
1. Pastikan anak anak makan supaya dapatkan tenaga untuk mereka lawan virus – Bagi makanan yang mudah dihadam tapi padat tenaga – Contoh sup berkrim, roti berkrim, minuman malt,minuman manis, pudding, coklat – Bagilah sekerap boleh dalam kuantiti sikit sikit tak apa janji ada yang masuk dalam badan mereka
2. Pastikan anak minum sebanyak boleh seperti hari biasa – Ambil la air kosong, air manis, air kotak, sup kosong, air kosong yang ditambah ors. Sedut la sikit sikit dan ingatkan anak untuk cuba habiskan air yang diberi.
– Jika anak ambil susu formula milk, boleh tukar sementara ke lactose free/ selang seli dengan fm lactose free untuk kurangkan ketidakselesaan perut. Akibat virus ini anak boleh dapat temporary lactose intolerance. Walaupun dah lama minum susu tapi tetap boleh cirit (jangan salahkan susu waktu ini)
3. Jumpa doktor secepat mungkin – Perlu sangat bantuan ubat untuk mengawal cirit birit dan muntah yang dialami anak. – Pada 3 hari pertama anak anak akan banyak sangat muntah dan cirit. Dalam kes anak saya dalam tempoh 24 jam hampir 20 kali muntah dan 15 kali cirit. Jika tiada bantuan ubat, anak akan melepek.
– Jangan tunggu sehingga anak penat, tak bermaya sebab ini sudah tanda yang tidak bagus.
Ketika menulis post ini throwback sewaktu kedua anak saya sedang warded di hospital akibat virus yang sama tapi simptom mereka berlainan.
Seorang anak usia tidak sampai 2 tahun cirit birit sehari boleh cecah lebih 10 kali, demam tetapi kurang muntah. Nampak aktif dan ceria tetapi mudah penat dan banyak tidur dari biasa.
Seorang lagi usia 5 tahun tiada cirit, demam hingga 40C, dan muntah sampai hampir 20 kali.
Disebabkan muntah si kakak sampai takut nak menjamah apa apa makanan walaupun kita bagi makan ice cream atau makanan kegemaran dia.
Walaupun berlainan tetapi seriousnya tetap teruk. Kedua dua mereka perlu bantuan iv drip untuk masukkan air dalam badan nak elak dehidrasi.
Pokoknya virus ini senang dijangkiti, tiada ubat dan penting untuk mommies dan daddies kawal outcome. Jangan ambil ringan.
Jaga makanan dan minuman waktu mereka tengah sakit sebab dengan penjagaan yang baik In sha Allah kita boleh kawal kesan dari virus ini dan bantu proses penyembuhan mereka.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.