Mama keraplah memberi anak-anak makan sup kebal imun atau immune-boosting meal. Ia sebenarnya sup biasa tetapi menggunakan bahan-bahan yang memang terkenal membantu meningkatkan pertahanan badan iaitu lobak putih, tulang-tulang dan isi ayam, bawang putih, bawang holland/merah dan celery (saderi).

Kita sedia maklum, bayi dan kanak-kanak belum mempunyai sistem imun badan yang kuat untuk mengelakkan daripada sebarang jangkitan kuman dan penyakit. Itulah sebabnya anak-anak kecil perlu dijauhkan daripada persekitaran yang tercemar, orang-orang yang tidak sihat dan makanan yang boleh menjadi punca penyakit.

Sup Kebal Imun, Mama Selalulah Beri Anak Makan

Biasanya ibu-ibu akan beri anak suplemen untuk menguatkan sistem imun badan mereka. Sebenarnya ada cara yang mudah sangat untuk bagi badan anak kuat dan tak mudah dijangkiti kuman. Jom pelajari cara menyediakan sup kebal imun atau immune-boosting meal ini.

Bahan-bahan:

Bawang putih
Bawang holland/merah
2 batang celery (saderi)
2 batang daun bawang
2 batang lobak putih
2 batang lobak merah
3 biji tomato
Tulang ayam (semua anggota badan ayam termasuk kaki kecuali kepala)

Sup Kebal Imun, Mama Selalulah Beri Anak Makan, Elak Selalu Sakit

Cara membuat:

1. Potong kecil semua bahan-bahan.

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kalau ada slow cooker lagi bagus.

IKLAN

3. Masukkan air sehingga tenggelam semua bahan.

4. Masak dengan api perlahan kira-kira 8 jam. Kemudian kisar dan tapis.

Selain dimakan terus, anda boleh bekukan sup ini dalam kiub ais, bekas kiub makanan bayi atau bekas bertutup dan dijadikan stok untuk apa-apa masakan di dalam peti sejuk. Kalau simpan di tempat dingin beku, boleh tahan berbulan tetapi kalau hanya disimpan di bahagian bawah peti sejuk, hanya tahan lima hari.

Sup Kebal Imun, Mama Selalulah Beri Anak Makan, Elak Selalu Sakit

Dalam seminggu, sekurang-kurangnya tiga kali boleh bagi anak makan sup ini sama ada dihidangkan dalam bentuk sup atau masukkan dalam masakan lain.

IKLAN

Elak Selalu Sakit

KEBAIKAN SUP KEBAL IMUN KEPADA SI MANJA:

1. MENGUATKAN LELANGIT BAYI

Susu ibu dan susu formula agak manis rasanya, dengan memberikan sedikit rasa savori ia membantu meluaskan lelangit bayi.

2. MENGUATKAN TULANG DAN GIGI

Sup ini kaya dengan bahan mudah dihadam dan membentuk kalsium dan magnesium, yang penting untuk bayi anda membina tulang yang sihat dan gigi yang kuat.

IKLAN
Sup Kebal Imun, Mama Selalulah Beri Anak Makan, Elak Selalu Sakit
Kredit foto: Freepik

3. MEMBANTU MEMBINA TISU PERANTARA DAN SENDI

Sup ini mengandungi glucosamine dan chondroitin, iaitu dua nutrisi penting untuk sendi dan membantu membina sendi-sendi bayi. Sup ini juga sumber terbaik gelatin dan kolagen, kunci utama membina dan menyokong perantara tisu.

4. MENGURANGKAN RISIKO ALERGI

Kekerapan makan sup ini meningkatkan keupayaan badan untuk menguatkan lapisan usus, yang mampu mengurangkan risiko alergi dan sensitiviti terhadap makanan.

5. MENYOKONG SISTEM IMUN DAN PENGHADAMAN

Asid amino yang terkandung dalam sup membantu merangsang sistem imun dan meningkatkan penghadaman.

Kredit foto (top image): Freepik

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI