Diam tak diam, penyanyi Kaka Azraff kini bakal menimang cahaya mata ketiga selepas mengumumkan dia kini hamil enam bulan.
Berkongsi perkhabaran gembira itu, kata Kaka dia sebenarnya mahu membuat pengumuman mengenai dirinya sedang berbadan dua ketika menjayakan persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu ke-37 semalam.
“Ya betul saya kini sedang hamil, berbadan dua dan kini usia kandungan sudah masuk enam bulan.
“Pada mulanya saya rancang nak tayang perut ketika di akhir persembahan pembukaan AJL37 tapi bila fikir balik its’ not my place untuk berbuat demikian,” kongsi Kaka lagi.
Ibu kepada dua cahaya mata ini dijangka bakal melahirkan anak ketiganya itu sekitar awal bulan Jun nanti.
Ads
Walaupun sudah mengetahui jantina bayi ketiganya itu namun akui Kaka dia menunggu hingga hari kelahirannya bayinya kelak.
Mahu fokus pada tiga anak
Akui ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia dan suami sebenarnya mahukan empat orang anak namun kini cukup hanya tiga cahaya mata sahaja.
Semuanya kerana mahu memberikan lebih fokus untuk membesarkan tiga anaknya yang masih kecil disamping mempunyai perancangan kepada kerjaya nyanyiannya.
Ads
“Kalau dulu, saya selalu rasa nak empat orang anak tapi bila dah nak anak tiga ni, saya rasa cukup tiga buat masa ini.
“Sebabnya, lepas ini saya nak lebih berikan fokus kepada kerjaya. Sekarang memang saya sedang berehat untuk tumpukan pada kandungan.
Ads
“Sekarang kira momentum okay dan best sebab anak-anak lebih kurang sebaya, boleh membesar bersama- sama,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Kaka mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Adam Azriff pada 14 Disember 2018. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki Aslan, 4, dan Aryan, setahun.
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memberi tempoh sehingga tahun depan untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata seperti pernah disuarakannya sebelum ini.
Kata Siti, tempoh berkenaan dilihat amat bersesuaian bagi menambah anggota keluarga kerana dia mahu melihat puteri sulungnya, Siti Aafiyah, membesar terlebih dulu.
Jika diizinkan Tuhan, penyanyi Segala Perasaan itu mengaku begitu mengidamkan anak lelaki.
“Perancangan untuk mendapatkan cahaya mata masih ada. Apabila usia Aafiyah sudah mencecah setahun lebih nanti, Siti akan cuba untuk hamil lagi.
“Usia Siti sendiri sudah memasuki 40 tahun pada Januari depan dan kalau boleh, Siti mahu menimang seorang lagi anak sebelum umur melangkau angka 43. Maklum sajalah, sewaktu mengandung kali pertama dulu pun Siti berdepan risiko, iaitu mengalami pendarahan.
“Kalau diizinkan, Siti memang teringin untuk dapat sepasang cahaya mata, perempuan dan lelaki. Begitupun, kalau dapat perempuan juga, Siti pastinya terima dengan penuh syukur. Itukan rezeki,” katanya.
Ditanya apakah reaksi Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengenai hasratnya untuk kembali hamil, penyanyi Comel Pipi Merah ini memberitahu, suaminya tidak pernah membantah keinginannya itu.
“Kalau bukan kerana Siti melahirkan Aafiyah secara pembedahan, mungkin dia sudah pun meminta Siti hamil cepat-cepat,” ujar Siti malu-malu.
Mengulas perkembangan terkini puteri kesayangannya itu, Siti memberitahu, Aafiyah kini sudah pandai berinteraksi menggunakan bahasa tubuh.
“Kalau mahu menyusu, dia akan menunjukkan isyarat dengan menggerakkan badan, seolah-olah tidak sabar. Dia juga sudah pandai memegang barang.
“Melihat keadaannya sekarang, Siti rasa sedih dan sayu pula setiap kali hendak meninggalkannya untuk keluar bekerja, terutama apabila melihat dia melambai-lambaikan tangan,” cerita Siti yang mendapatkan khidmat jururawat bertauliah sebagai penjaga anaknya itu.
Sumber: Berita Harian & ig ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain menanti kontraksi dan detik kelahiran, satu hal yang begitu menyeramkan ibu hamil adalah ketika perlu minum air gula yang sememangnya diwajibkan untuk ibu hamil.
Terbaru menerusi Instagram, pelakon Ummi Nazeera juga tidak terkecuali berdepan pengalaman minum air gula sekali lagi di kehamilan keduanya ini.
Biarpun sudah berpengalaman, namun kata Ummi ia bukanlah satu tugas yang mudah. Cukup senggara katanya melalui kapsyen di video yang dimuat naik olehnya baru-baru ini.
“Nampak video sebelum ni happy je kan ? Haaa itu sebelum kena minum air gula.
Melalui video yang dimuat naik oleh pelakon hebat itu, Ummi kelihatan cukup payah menghabiskan segelas air gulanya yang pekat dan likat sambil dipujuk oleh suaminya.
Video yang dikongsikan oleh Ummi itu ternyata mendapat reaksi daripada para peminatnya. Malah ada yang turut berkongsi tip dan cara terbaik untuk minum air gula ini agar lebih sukses tanpa perlu muntah.
Dalam pada itu, meninjau di Instagram suaminya, Dr Izzar Anwari turut berkongsi informasi mengenai minum air gula serta tidak ketinggalan berkongsi tip untuk melancarkan proses minum air gula.
MINUM AIR GULA SEMASA MENGANDUNG
Semasa kehamilan, penghasilan hormon yang mengawal paras gula dalam badan (insulin) akan terganggu oleh hormon-hormon yang dihasilkan oleh uri. Gangguan ni dipanggil rintangan insulin. Bila paras insulin dalam badan berkurangan, paras gula tak boleh dikawal menyebabkan paras gula naik. Inilah yang menyebabkan terjadinya Gestational Diabetes Melitus (GDM).
Sesiapa sahaja boleh dapat GDM ni semasa kehamilan. Faktor yang meningkatkan kemungkinan nak dapat GDM ni termasuklah:
*Sejarah keluarga menghidapi diabetes *Wanita berumur lebih 25 tahun *Ada GDM pada kehamilan lalu *Ada masalah kehamilan lain seperti darah tinggi, polihidramnios, keguguran *Pernah lahirkan bayi lebih 4kg berat, lahir mati, atau bayi dilahirkan cacat *Ada jangkitan kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit
Jadi, ibu-ibu yang berisiko tinggi ni kena buat ujian saringan air gula (MOGTT) untuk mengesan GDM semasa lawatan pertama doktor, dan kalau normal, pada minggu 24-28 kehamilan akan buat ujian ulangan. Untuk ibu yang risiko tak tinggi, korang minum air gula yang sedap tu pada minggu 24-28 je terus.
Alright. Kalau keputusan normal, alhamdulillah. Tetapi, kalau keputusan ada GDM, doktor akan tentukan sama ada hanya perlu kawal diet atau mulakan ubat. Kena rujuk pada doktor masing-masing ya.
Kalau anda didiagnose GDM, ikutlah apa yang doktor suruh buat. Kalau paras gula tak dikawal baik, banyak komplikasi akan berlaku kepada anak dalam kandungan dan juga ibu. Komplikasi-komplikasi ini pula boleh mengancam nyawa ibu dan anak.
Biasanya ibu akan pulih dari GDM selepas melahirkan anak. Tapi risiko untuk mendapat GDM pada kehamilan akan datang akan bertambah.
Jadi, kalau Doktor minta minum air gula yang enak tu, minumlah dengan hati yang tenang. Di Klinik Kesihatan air gula dia plain tiada perisa selalunya. Di swasta, ada perisa. Tapi ikut orang, ada yang suka tak perisa macam wife saya.
Tips untuk minum air gula masa hamil yang orang selalu cakap ialah minum dengan air suam dan minum sekali harung sambil tahan nafas. Kalau muntah lepas tu, kena start balik dari mula. Senang je kan. Saya pun boleh buat. Tapi tula, saya tak mengandung. 🤭#drizzarshares
Semoga perkongsian dari Dr Izzar ini dimanfaatkan sebaiknya oleh semua ibu-ibu hamil dan jangan lupa mengikuti tips yang dikongsikan oleh beliau.
Semoga kelahiran bayi kedua pasangan ini dipermudahkan nanti.
Terdahulu, Ummi dan Dr Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan kini mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah yang kini berusia 2 tahun lebih.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @umminazeera @izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hb atau hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Bagi wanita berbadan dua, lebih banyak oksigen diperlukan daripada biasa kerana janin dalam kandungannya juga memerlukan oksigen ini.
Tahap hemoglobin yang menurun semasa kehamilan dianggap normal. Ini kerana ketika hamil jumlah darah akan meningkat sebanyak 50% bagi membekalkan nutrien penting kepada bayi dalam kandungan.
Menjelang minggu ke-8 kehamilan, paras plasma darah menjadi lebih tinggi berbanding sel darah merah pada ibu mengandung. Disebabkan penurunan kepekatan sel darah merah ini, paras Hb akan menurun sehingga serendah 10.5g/dl. Tetapi awas, jika paras Hb lebih rendah daripada yang dinyatakan, pemeriksaan doktor perlu dilakukan segera.
Menurut Dr Wan, iron diperlukan untuk naikkan HB sebab iron merupakan elemen penting dalam struktur hemoglobin (HB). Ramai rakyat Malaysia kurang iron dalam diet seharian mereka sehinggakan mereka dapat Iron Deficiency Anemia.
“Lesu, sakit dada, pucat, jantung bengkak, sakit urat tu antara simptom – simptomnya. Dalam pregnancy dengan adanya baby dalam perut, isipadu darah mak akan meningkat dan secara langsungnya keperluan iron akan bertambah.
“Banyak saja makanan yang perlu korang pantang untuk memaksimumkan penyerapan iron dalam darah seperti susu, telur, kekacang, coffee, teh. Bukan tak boleh makan ni, boleh saje. Cuma kena elakkan makan sekali dengan tablet iron yang doctor kasi tu. Kalau tak, sia – sia je korang makan sebab iron tu akan keluar ikut najis.” Kata Dr Wan melalui perkongsian di akaun TikToknya.
Dr Wan juga berkongsi bahawa sayur hijau seperti sayur bayam dan sayur sawi juga tinggi iron dan boleh banyakkan dalam pemakanan orang mengandung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
TASKA KEMAS 2027 kini dibuka untuk permohonan melalui EduCeria. Ketahui syarat kelayakan, cara daftar, dokumen diperlukan, perbezaan TABIKA dan TASKA serta penjelasan mengenai yuran RM150.