Macam-macam perkataan yang kita keluarkan pada anak kita. Anak-anak kecil yang sedang membesar sebenarnya sudah mula memahami apa yang diperkatakan kepada mereka. Oleh sebab itu belajarlah untuk mengeluarkan perkataan yang baik-baik sahaja.

Adakalanya emosi anak yang terganggu datang daripada kata-kata kita tanpa kita sedari. Menurut Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan, Emotional Ambush yang berlaku pada anak kita membuatkan mereka terkesan. Jadi elakkan buat tiga perkara ini pada anak-anak kita.

Anak Buat Perangai Kesan Emosinya Terganggu, Gunalah Perkataan Baik-Baik, Jangan Ingat Anak Tak Faham!


EMOTIONAL AMBUSH

Agak-agak kitalah… anak kita ada rasa nervous tak dengan kita?
Pernah tak nampak anak pendiam dengan kita. Tapi bila dengan kawan-kawan, mereka boleh jadi semeriah-meriah manusia. Kalau ada, ia mungkin petanda kita selalu beri mereka “emotional ambush”.

Antara contoh emotional ambush adalah :

1) Membeza-bezakan.
“Apa yang susah sangat. Abang kau tu dulu mama tak pernah ajar. Dia faham sendiri.”
“Kenapa anak kak Leha sebelah rumah tu dapat nombor 1 kau dapat nombor corot?”

IKLAN

2) Menyakat
Menyakat memang seronok. Tapi, dalam diam, ia melukakan hati orang yang kita sakat.
“Haaa pegilah situ. Nanti hantu tu ikut.”
“Eeee..Gemuk. Makan banyak-banyak nanti jadi gemuk.”

3) Mengumpat benda buruk depan mereka.
“Anak aku ni susah nak jaga. Buat pening kepala.”
“Dia tu bukannya reti membaca. Jenuh mengajar.

Anak Buat Perangai Kesan Emosinya Terganggu, Gunalah Perkataan Baik-Baik, Jangan Ingat Anak Tak Faham!

Kesan emotional ambush menyebabkan paras kortisol dalam otak anak meningkat. Ini membuatkan emosi mereka menjadi tegang apabila berada dekat dengan orang yang selalu ‘attack’ mereka. Mereka akan jadi nervous dengan kita.

IKLAN

Lebih kurang macam kucing-kucing ni. Mereka rasa anxious dan threatened dalam sesetengah keadaan. Akibatnya, anak-anak akan cuba mengelak untuk buat sesuatu depan kita. Kalau boleh, apa aktiviti yang ada kita bersama pun buat mereka rasa tak selesa. Apatah lagi nak datang dekat kita.

3 cara untuk jadikan anak rasa selesa dan selamat dengan kita.

1) Memberi kata-kata yang ‘blooming’ dan memotivasikan.
“Mama bangga dengan awak. Glad to be your parent.”
“Terima kasih memudahkan kerja mama.”
“Tak apa. Kali ni awak dapat nombor corot. Kalau awak belajar elok-elok next exam, insya Allah awak akan score better.”

2) Beri perhatian mereka waktu berbuat baik, berbanding bagi perhatian/ tangkap mereka waktu buat benda yang kita tak suka.
“Mama seronok bila tengok korang adik beradik main elok-elok macam ni.”
“Seronoknya mama tengok bilik korang kemas macam ni.”
“Bagusnya anak-anak mama selesaikan kerja sekolah awal.”

Anak Buat Perangai Kesan Emosinya Terganggu, Gunalah Perkataan Baik-Baik, Jangan Ingat Anak Tak Faham!

IKLAN

3) Mengumpat benda baik.
Nak anak selalu MEMBANTU, umpat depan dia, “Alhamdulillah bang. Tadi anak kita banyak tolong saya.”
Nak anak FRIENDLY dengan orang, umpatkan, “Hari ni saya bawa anak saya. Dia suka berkawan.”
Nak anak suka MEMBACA, umpat, “Saya rasa anak kita ni sukakan buku la. Diorang seronok bila saya belikan buku.”

Insya Allah bila kita jadikan rumah kita tempat yang selamat untuk emosi anak, hubungan kita dengan anak akan kembali memulih.

Artikel berkaitan: Tengking & Marah Tak Buat Anak Jadi Baik, Emosi Anak Makin Terganggu, Berlembutlah!

Marah Anak Jangan Berlebih, Emosi Anak Terkesan, Pakar Otak Kongsikan Caranya

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI