Anak cerewet dan memilih makanan? Ya! Memang ramai ibu-ibu yang mengeluh sebab anak jenis yang cerewet makan. Hidanglah makanan jenis apa pun tetap tak dipandangnya. Seboleh mungkin dia tutup rapat mulut daripada disuap makanan.
Si kecil lebih rela bermain daripada makan. Kalau makan pun sekadar dua tiga suap sudah berhenti. Risau anak kurang khasiat makanan jadi macam mana nak membesar dengan sihat dan cergas.
Anak Cerewet Makan?
Diharap ibu semua tidak mudah putus asa berhadapan dengan anak yang susah makan. Jom selidik lagi apa punca mereka ni cerewet makan dan apa cara nak bantu mengatasi masalah ini. Boleh ikut tip dikongsi PuanNur Fazeela Ishak ini.
Aduhai, liatnya nak suruh anak makan. Habis semua diluek kan. Kita pun naik ‘tension’. Setiap kali disuruh makan macam nak berperang! Bukan yang baby saja, anak yang dah besar pun sama juga. Baru makan sikit dah buat muka lemah nak muntah la sakit perutla. Macam-macam alasan bagi asik nak mengelak je..Penat mak-mak ni kerah otak nak masak menu istimewa buat anak-anak sudahnya yang dijamahnya alahai tak sampai 3suap pun…”
Mama Cuba Beri Makanan Ini, Bantu Tambah Selera
Mak-mak mesti risau kalau anak kurang makankan. Dah macam-macam resipi dicuba. Malah, pelbagai hiasan pun dah dihias pada makanan. Yela ingatkan dah buat cantik-cantik anak akan tertarik nak cuba makan. Tapi…… Langsung tak jalan!
KENAPA ANAK KURANG MAKAN?
Ads
Tahu tak salah satu penyebab anak kurang makan adalah sistem penghadaman yang kurang efektif. Sebab itulah, biasanya seorang yang kurang atau tidak makan sayur-sayuran dan sering sembelit sering dikaitkan dengan kurang selera makan. Anak-anak biasanya begitu, bukan?
Menurut sebuah akhbar tempatan, perubatan Tradisional Cina pula mempercayai gangguan fungsi hati boleh menyebabkan gangguan selera dan pencernaan. Mereka yang kerap mengalami sembelit sebenarnya dipercayai mengalami gangguan fungsi hati, iaitu organ utama yang membantu tubuh mendetoksifikasi.
Bagi membantu mak-mak yang tension ni zie nak share 7 Petua Bahan Semulajadi yang boleh menambah selera makan anak
Anggur adalah antara buah-buahan yang memiliki zat asidik yang membantu tubuh badan mencernakan makanan dengan baik, ia dikatakan dapat meningkatkan rasa lapar dan sekaligus menaikkan selera makan. Dapatkan anggur daripada pelbagai warna dan saiz supaya anak lebih berminat untuk mencubanya.
Seperti anggur, epal juga mempunyai kandungan zat yang hampir sama dalam membantu fungsi penghadaman agar lebih efektif. Caranya dengan mengisar epal dan jadikannya sebagai jus atau ‘smoothie‘ jika anak lebih suka memakan makanan jenis pencuci mulut. Kadang-kadang anak yang tak suka makan ni boleh dipujuk dengan minuman, betul tak?
Sesetengah sayuran seperti tomato mempunyai kuasa untuk mengembalikan selera makan. Tambahkan tomato segar dalam makanan yang mungkin diminati oleh anak-anak seperti pizza, spageti, atau apa-apa kuah yang boleh dinikmati bersama nasi. Kalau anak-anak suka memakannya begitu saja, tentulah lebih baik!
Gabungan pisang dan susu ini amat berkesan untuk memacu selera makan anak. Ia mengandungi enzim-enzim perncernaan yang menjadikan tubuh lebih efektif untuk memproses makanan. Jadi, badan akan bersedia untuk menerima lebih lagi makanan selepas mengambilnya. Untuk hasil yang lebih berkesan, gunakan susu badam dan tambahkan sedikit halia, madu, dan jus lemon ke dalam susu kemudian kacau. Bolehlah beri anak minum. Wahh, memang menarik minat anak-anak, gabungan semua bahan-bahan ‘super food’ dalam satu gelas!
Seelok-eloknya, perkenalkan snek berkhasiat yang boleh diambil di antara waktu makan. Buah-buahan kering tanpa gula atau garam berlebihan seperti kismis, kurma, buah tin, kacang badam, walnut dan kacang cerdik ‘pistachio’, adalah antara snek yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan. Selain itu, pengambilannya secara kerap turut mampu menambah selera anak yang kurang makan.
Halia mengandungi sejenis cecair yang mampu mempertingkatkan fungsi penghadaman. Ia juga membantu membuang gas dalam badan yang dihasilkan semasa proses penghadaman. Oleh kerana rasanya yang agak pahit dan pedas, cara paling mudah untuk diberikan kepada anak ialah dengan memasukkan hirisan kecil dalam masakan. Dalam kuantiti yang sedikit, ia mampu menaikkan rasa dan menjadikan makanan seperti sup dan bubur ayam yang lebih beraroma.ermm semestinya dapat membangkitkan selera anak-anak.
Taburkan sedikit lada hitam dalam pelbagai makanan, contohnya ‘garlic bread’. Lada hitam dapat membantu usus untuk membuang ‘angin’ yang menjadi penyebab anak kurang makan. Sesuai juga dimasukkan dalam sup selain boleh digunakan sebagai perasa untuk memanggang atau menggoreng.
Anak kurang makan tidak bermaksud anak tidak normal. Mungkin tubuh badannya sudah memenuhi keperluannya atau mungkin juga anak anda baru ber’cerai susu’ dan dalam proses mengenali makanan tersebut. Memang sukar berhadapan dengan anak sebegini. Jadi, layankan dahulu karenah anak sementara mereka belajar menyukai makanan
Yang penting ibu-ibu JANGAN MENGALAH. Cuba dengan KONSISTEN pasti akan nampak hasilnya. SELAMAT MENCUBA!!
Bergedil kentang biasa dengan inti ayam atau daging mungkin sudah biasa bagi kita. Tapi bagaimana pula dengan bergedil biskut? Jarang-jarang kita dengar.
Rupanya Bergedil Biskut ini menjadi resipi kegemaran Pn Nuraisyah Abdullah sekeluarga. Nak tahu macam mana rasa enaknya resipi ‘rare’ ni, mama wajib cuba. Memang sedap!
Bergedil biskut. Siapa pernah makan ni. Mak saya belajar dengan arwah kakak iparnya masa muda-muda dulu. Favourite kami dari kecik. Inti bergedil kentang kapitkan dengan biskut hupseng celup telur dan goreng. Sedap makan macam tu jer. Tak payah cicah-cicah pun boleh. Siapa berminat cubalah. InsyaAllah rasa tak menghampakan!
Bahan-bahan:
*Kentang dalam 6 7 biji -direbus dan dilenyek
*Garam, lada sulah, cukup rasa
*Bawang besar – potong dadu
*Bawang putih 2 ulas – cincang halus
*Daun sup dan bawang – hiris halus
*Telur sebiji
Biskut hupseng secukupnya
Telur untuk celup bergedil sebelum goreng
Sama macam buat bergedil biasa tu, rebus kentang dan lenyek dan campurkan dengan bahan lain.
Cuma di kapitkan dengan biskut hupseng, kemudian celup dalam telur dan goreng seperti biasa.
Boleh jugak guna resepi mana-mana bergedil. Cuma saya dah biasa buat dengan bergedil kentang jer. Tak pernah lagi try dengan ayam atau daging.
Yang saya buat ni tak ada daun sup sebab tak ada stok kat rumah, kalau letak mesti lagi sedap.
Bukan sahaja anak, bahkan setiap kali melintasi kedai takoyaki, kita sendiri pun terasa cukup teruja. Takoyaki rupanya tidaklah sesukar mana untuk dihasilkan. Jom cuba di rumah, pasti anak berebut-rebut!
Resipi menarik yang dikongsikan oleh Pn Norliza Razali ini mama kena cuba. Sedap dan mudah!
Tengok pun terliur kan? Pkp ni elok la layan dengan anak-anak kat rumah. Resepi ni la yang Kak Liza guna sepanjang 9 tahun juai Takoyaki. Semoga bermanfaat!
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk yang agak besar.
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut.
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan inti pula.
BAHAN INTI :
Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
Daun bawang – hiris nipis
Kobis bulat dihiris halus
Carrot diparut halus
1. Panaskan acuan takoyaki (boleh cari di shoppe) dan sapukan minyak masak disetiap lubang.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang.
4. Taburkan carrot, daun bawang dan kobis.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
8. Renjis²kan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan.
9. Teruskan sampai nampak garing.
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas.
BAHAN HIASAN ATAS:
Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis
Bonito flake – beli kat Aeon bahagian makanan Jepun dalam shope pun ada taip ja bonito.
Dalam shope tu semua ada…
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3.Taburkan bonito flakes
RESIPI SOS TAKOYAKI
Bahan-bahan:-
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan air
1/2 cawan kicap kipas udang
1 sdb tepung jagung
1/2 cawan gula
madu
1. Campur semua bahan dalam periuk.
2. Masukkan tepung jagung dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.
3. Sejukkan sos dan gaulkan dengan madu.. kalau suka manis lebihkan.
4. Masukkan ke dalam botol sos untuk mudahkan drizzle.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanyalah mana-mana ibu sekalipun, pasti berdepan dengan masalah ini. Anak terlebih suka makan telur goreng. Senang bagi ibu, tidak perlulah memasak makanan yang lebih berat untuk anak. Namun jangan dibiarkan anak makan telur sahaja, tambahkan sedikit zat lain buat anak.
Menyorokkan sayur ke dalam telur dadar goreng ini antara ilham yang boleh mama contohi dalam menu anak. Tip ini bukan sahaja sihat pada anak-anak kita bahkan cara bijak untuk pastikan anak makan sayur. Kuncinya cincang sayur hingga halus dan masukkan ke dalam telur dadar. Sedap!
Nak tambahkan rasa sedap lagi, boleh tambahkan kepingan keju dan sedikit susu tepung anak. Bancuh sekali dan hasilnya gebu lain macam. Sedap terangkat.
Bahan-bahan: 1 biji telur Sedikit brokoli -dicincang halus 1 sudu besar marjerin 1 keping keju
Potong dan cincang brokoli halus dan gorengkan sekejap. Angkat.
Pecahkan telur dan masukkan brokoli serta keju. Pukul rata hingga sebati.
Cairkan marjerin di dalam kuali dan goreng telur dadar hingga masak.
Wallah..sedap! Bukan anak saja bertambah, mak ayah pun laju.
Tip Sedapkan Telur Dadar
Tambah Air
Tambahkan sedikit air ketika memukul telur. Air dikatakan dapat membuatkan telur menjadi lebih gebu dan sedap.
Letak Susu Tepung
Selain keju, memasukkan sedikit susu tepung ke dalam bancuhan telur dadar juga membuatkan telur menjadi lebih enak dan lemak rasanya. Tak perlu tambahkan garam untuk anak. Sedap.
Cara Tuang Tepat
Bagi memastikan telur dadar lebih garing dan sedap, pastikan minyak betul-betul panas dan tuangkan bancuhan telur lebih tinggi. Cara ini buat telur lebih garing dan rangup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.