Jika puding karamel biasa menggunakan telur sebagai bahan utama, namun resipi yang dikongsikan ini begitu unik kerana dihasilkan tanpa telur. Pun begitu puding karemel tetap menjadi malah lebih lembut, gebu dan cukup sedap.

Resipi ringkas yang dikongsikan Pn Fatien Zaini ini mama wajib cuba. Memang mudah dan terbaik.

Wow! Punyalah Sedap Resipi Puding Karamel Tanpa Telur Ni, Enaknya Makan Waktu Sejuk!


Buat dalam bekas macam ni senang bila nak makan. Sedap makan sejuk-sejuk ni.

Resepi:
Bahan caramel:
* 1 cwn gula
* 1/2 cwn air

IKLAN

Bahan puding:
* Agar-agar serbuk 10g (plain)
* 4 cwn air
* 1 tin susu cair
* 1 1/2 cwn susu pekat (ikut kemanisan tekak masing-masing ya)
* 3 1/2 sdb tepung kastard
* 1 sdk esen vanilla
* Sedikit garam (untuk melemakkan rasa puding)

Wow! Punyalah Sedap Resipi Puding Karamel Tanpa Telur Ni, Enaknya Makan Waktu Sejuk!

1. Masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan. Guna api perlahan ya.

IKLAN

2. Tutup api dan tuang air secara perlahan-lahan ke dalam gula tadi. Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.

3. Sejukkan karamel tadi dan baru di isi dalam bekas ya.

Wow! Punyalah Sedap Resipi Puding Karamel Tanpa Telur Ni, Enaknya Makan Waktu Sejuk!

IKLAN

4. Masukkan air dengan serbuk agar-agar serta masak sehingga mendidih.

5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla kacau sehingga sebati terlebih dahulu masukkan ke dalam agar-agar. Biarkan mendidih.

Wajib cuba: Resipi Tepung Pelita Tak Perlu Kukus, Guna Sukatan Cawan Je, Confirm Sedap & Wangi!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI