
Seronok tengok anak ketawa bermain air, berenang sampai tak mahu balik. Tapi ramai ibu ayah perasan satu benda yang selalu berulang, setiap kali lepas mandi kolam, malamnya anak mula panas badan, batuk atau selsema. Sampai ada yang terus menyalahkan mandi kolam sebagai punca utama anak demam.
Hakikatnya, anak demam lepas mandi kolam bukan semata-mata sebab badan terkena air sejuk. Demam sebenarnya tanda tubuh anak sedang melawan sesuatu. Kolam cuma jadi pencetus yang membuat simptom muncul lebih cepat. Sebab itu ada anak nampak sihat waktu mandi, tetapi balik rumah terus lesu dan mula tidak sedap badan.
Jadi kenapa perkara ini selalu berlaku? Ini antara sebab penting yang ibu ayah perlu tahu supaya lebih faham keadaan sebenar.
Kadang-kadang sebelum pergi mandi kolam, anak sebenarnya sudah terkena virus tetapi belum menunjukkan simptom. Mereka masih aktif, makan seperti biasa dan nampak sihat.
Apabila bermain terlalu lama dalam air, badan mula penat dan suhu badan berubah. Pada waktu itu, sistem imun anak yang sedang melawan virus menjadi lebih tertekan lalu simptom seperti demam, batuk dan selsema mula muncul.
Sebab itu ramai ibu ayah rasa seperti “baru mandi kolam terus demam”, sedangkan jangkitan mungkin sudah bermula lebih awal.
Anak kecil biasanya terlalu seronok bila mandi kolam sampai lupa rehat. Ada yang berjam-jam bermain tanpa henti.
Bila badan terlalu penat, sistem pertahanan tubuh boleh menjadi lemah sementara. Tambah pula jika anak menggigil kesejukan atau bibir mula kebiruan, badan akan bekerja lebih kuat untuk menstabilkan suhu badan.
Keadaan ini boleh menyebabkan anak lebih mudah jatuh sakit selepas mandi kolam.
Ini antara punca utama yang ramai tidak sedar. Tidak semua kolam diselenggara dengan baik. Air yang kurang bersih boleh mengandungi bakteria, virus atau parasit yang meningkatkan risiko jangkitan.
Kalau anak tertelan air kolam, kemungkinan untuk terkena jangkitan menjadi lebih tinggi. Sebab itu ada anak yang selepas mandi kolam terus mengalami beberapa simptom seperti:
Risiko ini lebih tinggi jika kolam terlalu sesak atau air nampak keruh dan berbau kuat.
Ramai sangka klorin cuma menyebabkan mata pedih. Sebenarnya sesetengah anak sensitif terhadap bahan kimia dalam kolam.
Klorin boleh menyebabkan saluran pernafasan dan kulit menjadi iritasi. Ada anak yang selepas mandi kolam terus batuk, bersin atau hidung berair. Simptom ini kadang-kadang disalah anggap sebagai demam akibat air sejuk.
Anak yang mempunyai ekzema, asma atau alahan biasanya lebih mudah terkesan dengan keadaan ini.
Ada anak memang lebih sensitif terhadap perubahan suhu. Bila terlalu lama berada dalam air sejuk atau mandi ketika cuaca mendung, badan mereka lebih mudah menggigil dan tidak selesa.
Walaupun air sejuk bukan penyebab langsung demam, perubahan suhu boleh membuat tubuh anak lebih cepat menunjukkan simptom penyakit yang sudah sedia ada.
Kalau anak cuma demam ringan dan kembali aktif selepas berehat, biasanya keadaan masih boleh dipantau di rumah. Namun jangan ambil mudah jika anak mengalami simptom berikut:
Jika simptom ini berlaku, bawalah anak mendapatkan pemeriksaan doktor supaya punca sebenar dapat dikenal pasti lebih awal.
Ibu ayah boleh cuba beberapa langkah mudah ini untuk mengurangkan risiko anak demam lepas mandi kolam:
Setiap anak berbeza. Ada yang tahan lasak dan ada juga yang lebih sensitif. Jadi penting untuk ibu ayah perhatikan bagaimana tubuh anak memberi respon selepas melakukan aktiviti tertentu.
Apa yang penting, jangan terus salahkan air sejuk semata-mata. Kadang-kadang badan anak sebenarnya sedang memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dan mandi kolam cuma membuat simptom itu muncul lebih awal.
Baca lagi: Jangan Tunggu Anak Jadi Hebat Baru Nak Puji, Rugi!
Mak Ayah Elakkan Perkara Ni Berlaku Dalam Rumah, Anak Ingat!
Sumber: Public Health Malaysia