Jika anak demam, JANGAN lakukan sponging menggunakan air terlalu sejuk atau mandikan/bagi berendam berendam dalam air sejuk atau berais. Hypothermia boleh berlaku. Bahaya.
Ini mungkin baru kita dengar. Tapi ia bukan mitos. Anak demam, memang antara langkah terbaik adalah mandikan mereka sekerap mungkin atau berendam. Tapi, air suam ya, bukan air terlalu sejuk dan berais.
1. HYPOTHERMIA.
Ini langkah terbaik bagi mengelakkan terjadinya Hypothermia. Ia adalah keadaan yang terjadi apabila badan kehilangan haba lebih cepat daripada ia menghasilkan haba.
Ini mengakibatkan suhu badan yang rendah dan ini membahayakan badan kita.
2. SUHU BADAN BIASA VS HYPOTHERMIA
Suhu biasa badan adalah dalam lingkungan 37°c dan Hypothermia pula berlaku jika suhu badan turun 35°c ke bawah.
Apabila suhu badan turun terlalu cepat, jantung, sistem saraf dan organ badan lain tidak dapat berfungsi dengan stabil/normal.
Sedangkan, suhu badan anak ketika demam tidak perlu turun mendadak (contoh mendadak, daripada panas, kita terus mandikan atau bagi dia berendam dalam air terlalu sejuk atau berais.
Suhu memang turun terus, tapi badannya tak sempat hasilkan haba untuk stabilkan suhu, berlakulah hypothermia.)
3. KESAN BURUK/AMAT BURUK.
Lebih membahayakan, jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kegagalan fungsi jantung, pernafasan dan sesetengahnya membawa kepada kematian.
Jadi, amat penting untuk elakkan daripada memandikan atau berikan anak berendam dalam suhu yang lebih rendah daripada suhu badan biasa. Oleh itu, air suam adalah antara yang sesuai dalam keadaan ini.
4. CARA MANDIKAN.
Mandikan dengan air biasa (suhu bilik), bagaimana pula? Jika tidak sediakan air suam dan mandikan dengan air biasa, tak perlu berendam dan mandikan sahaja kerana ia air biasa, suhunya tetap sejuk, apatah lagi air berais.
Ads
Jika benar-benar perlu berendam tapi tiada air suam, pastikan tidak berendam terlalu lama.
Tips lain mandikan anak:
Jika jirus air ke badan, mulakan dari kaki, lutut, peha, badan, atas badan dan baru ke kepala. Sama dengan konsep berendam.
Kaki yang kena air dulu. Bukan kepala, kan?
(Kita juga sebaiknya bila mandi, jirus kaki dulu, baru naik ke atas.)
5. PAKAIAN DAN SELIMUT.
Kemudian, selesai mandi, terus lap dan pakaikan baju pada anak. Baju pula, pilih yang mudah pengaliran udaranya.
Pakaikan jenis kain cotton, singlet pun boleh asalkan berbaju dan badan tak terlalu sejuk lama selepas mandi. Peluk anak untuk normalkan suhu badannya.
Selimutkan dengan kain nipis saja, bukan blanket tebal.
6. SKIN TO SKIN & OXYTOCIN
Ads
Peluk anak ketika tak sihat. Skin to skin antara yang amat penting ketika demam.
Ia bukan sekadar bantu stabilkan suhu badan, tetapi hasilkan hormon Oxytocin (rasa tenang, gembira, disayangi), jadi Sistem Imun Badan lebih kuat dan bantu healing process.
7. SEJUKKAN CARA NATURAL.
Sejukkan badan dengan cara semulajadi seperti pemberian Air Barli (rebus biji Barli dan minum airnya.) Air rendaman biji Kembang Semangkuk juga sesuai.
Air kelapa juga antara remedi baik bagi demam, ia antivirus, antibakteria, sumber elektrolit terbaik untuk membantu mengelakkan dehidrasi.
8. NAIKKAN SISTEM IMUN BADAN.
Boost Immune System kita dengan madu (anak 1 tahun ke atas), kurma, Minyak Zaitun dan buah delima. Ini SUPERFOOD yang ada dalam Al-Quran.
Madu ada fungsi UNIK di mana, bila masuk ke badan yang panas, ia bantu sejukkan badan ke suhu normal. Masuk ke badan sejuk, ia bantu hangatkan dan naik ke suhu normal.
9. HALIA
Gunakan halia untuk Chicken Broth Soup yang diberikan pada anak demam supaya haba keluar dari badan. Halia, selain makanan sunnah juga adalah NATURAL PAIN KILLER.
Demam mesti rasa sakit badan. Nah, chicken broth soup paling sesuai. Protein dari ayam pula penting untuk proses penyembuhan.
10. LEMON SOCKS.
Ads
Jika badan terlalu panas, lemon socks juga baik untuk stabilkan suhu badan anak. Perah 1 biji lemon ke dalam 1 liter air, ambil stokin bersih dan rendam ke dalamnya.
Perah sedikit sahaja dan pakaikan pada anak. Lemon akan menyerap haba untuk stabilkan suhu badan. Ulang langkah bila stokin kering.
11. LEMON SPRAY.
Air lemon tadi juga boleh diletakkan dalam botol spray. Spray kerap ke badan anak yang demam.
Tapi lihat kesesuaiannya dengan kulit anak, ya. Jika naik merah merah, maksudnya tidak sesuai.
12. PALING PENTING.
Jangan lupa, apa pun remedi atau ubat moden, usaha pertama bila anak sakit ialah:
Doa pada Allah bantu kesembuhan. Allah yang izinkan anak kita sakit, Dia juga berkuasa menyembuhkan.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berjaga malam adalah antara rutin tatkala mempunyai bayi kecil. Pelawak & pengacara, Nabil Ahmad semakin teruja untuk menyambut kelahiran anak ketiganya.
Nabil dalam posting di Instagram mengharapkan proses kelahiran dan selepas bersalin dipermudahkan. Isterinya, Zira Ayub dijangka bersalin pada bulan April.
nabilzira One more month to go yea. Alhamdulillah these 8 months going smooth sgt. Hopefully after baby is out pun smooth mcm ni.
Rutin berjaga malam juga dijangkakan Nabil selepas bayi ketiganya dilahirkan dan akan mengikut giliran.
Lepasni, berjaga malam balik la kita yea. Macam biasa, kita take turn. Benda2 macam ni x boleh buat main, boleh jadi Hal woooooo ? Sape lagi bulan 4, ? sikit!!
Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun lebih cenderung untuk cedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka.
Jatuh boleh berlaku dimana-mana sahaja:
Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :
-Perabot
-Tangga
-Beranda
-‘Baby walker’
-Di kawasan luar rumah. Contohnya :
-Di padang permainan.
-Semasa menggunakan alat-alat permainan.
Kecederaan akibat jatuh
Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti berikut:
-Tisu lembut – calar, terseliuh, luka dan melecek.
-Patah – bengkak, sakit dan cacat anggota.
-Kepala – bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
-Kecederaan organ dalaman.
Kesan serius akibat jatuh
-Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan tumbesaran terbantut.
-Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.
Rawatan
Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.
Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat penahan sakit (sirap paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan anggota yang tercedera.
Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari anda beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan anggota yang tercedera. Balut dengan kain bersih.
Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk mengampu tulang yang patah dibahagian tangan dan lengan.
Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.
Pencegahan
Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Terdapat langkah-langkah untuk mencegahnya :
Tangga
-Pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah.
-Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
-Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.
Bila memikirkan bagaimana mahu bangun dari katil selepas bersalin secara caesarean, mungkin ramai yang rasa takut. Jangan bimbang, cuba ikuti 5 langkah ini.
Kesan kesakitan akibat daripada pembedahan caesarean akan mula dirasai selepas tempoh enam jam anda dibedah. Kesakitan yang dialami itu menyebabkan anda tidak berupaya untuk membuat apa-apa dengan sendiri seperti kebiasaannya.
Untuk berganjak sedikit daripada pembaringan pun, memerlukan anda memegang sesuatu ataupun bantuan seorang.
Jadi apa yang patut anda lakukan jika mahu bangun dari katil selepas bersalin secara pembedahan caesarean? Tip ini mungkin boleh membantu.
Enam jam selepas pembedahan, anda tidak dibenarkan mengangkat kepala kerana ubat bius masih ada dalam tubuh. Ia mungkin boleh membuatkan anda sakit kepala.
Selepas tempoh enam jam, barulah anda boleh bangun. Ketika ini, anda perlu paksa diri untuk bangun dari katil. Hal ini bagus kerana dapat membantu peredaran darah yang lebih lancar.
Langkah #1
Apabila cuba bangun, mengiring ke sisi kanan atau kiri terlebih dahulu. Gunakan lengan untuk menolak badan ke posisi duduk.
Sokong perut dengan menggunakan tuala yang telah digulung ataupun bantal untuk mengampu bahagian luka pembedahan.
Anda juga boleh gunakan bengkung caesarean (binder) untuk rasa lebih selesa. Ia dapat menyokong bahagian luka pembedahan dengan baik dan memudahkan pergerakan anda.
Langkah #2
Bersedia untuk menjatuhkan kaki anda ke bawah dari katil.
Langkah #3
Dengan mengunakan kekuatan tangan, perlahan-lahan bangun sehingga anda berada dalam posisi duduk.
Langkah #4
Stabilkan diri anda dan bernafas dengan baik. Tunggu sekitar satu atau dua minit untuk memastikan anda tidak pening. Jika anda rasa keadaan baik, bangun perlahan-lahan dan mula berdiri.
Langkah #5
Stabilkan diri anda. Jika tiada rasa pening mulakan langkah anda.
Jalan perlahan-lahan. Tegakkan badan walaupun anda rasa sakit di bagagian pembedahan. Jangan lupa untuk ampu perut anda.
Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod keempat minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Check Up Kali Pertama. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 2 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!