Semua ibu bapa sememangnya merasa cukup bangga bila anak kecil seusia lima atau enam tahun sudah pandai berpuasa. Namun sedarkah mereka si kecil yang terpaksa mencuba berpuasa seharian itu lemah dan mengalami kesakitan sepanjang hari.
Jangan biarkan anak kecil anda dilanda kesakitan semacam ini. Jangan paksa anak puasa anda tubuh mereka sendiri tidak bersedia. Percayalah sampai waktunya mereka akan berpuasa dengan bimbingan kita tetapi bukan paksaan.
Perkongsian Doktor Khairul Faizie ini banyak benarnya. Anak lemah dan mengadu sakit perut sehingga terpaksa di bawa ke klinik sepatutnya tidak patut berlaku. Kasihankanlah mereka. Kita yang dewasa pun dibolehkan berbuka jika sakit, inikan pula anak-anak kecil kita.
Aku teringat kisah patient aku, Ramadan 2, 3 tahun lepas. Kisahnya si emak datang bawa si anak yang sekolah darjah 4 atau 5 (aku lupa ). Anaknya sakit perut. Anaknya sakit perut sebab berpuasa. Anaknya tak larat nak puasa, penat ke sekolah ( itu alasan anak), tapi si emak tetap paksa anak puasa, sampai budak tu sakit perut ala gastrik, dan datang ke klinik untuk dapat rawatan.
Ads
Beginilah.. Aku teringat pesan Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz tentang puasa bagi kanak kanak. Almarhum bagi nasihat yang lebih kurang begini:
“Ramai antara kita yang beria ia menekankan latihan puasa kepada anak anak kecil, which is good as an early exposure.Cuma tak ramai yang menekankan latihan SOLAT.
Ramai yang bangga dan siap beritahu orang anaknya umur 6- 7 tahun berjaya puasa Ramadan penuh sebulan, tapi adakah anak itu disuruh solat? Anak tu penuh tak solat 5 waktu sehari semalam?
Ads
Di mana kita nak letak pahala puasa itu, kalau tidak solat? Tak salah latih anak puasa, tapi amat salah kalau tak latih anak solat. Umur 7 tahun dah perlu disuruh solat. Mungkin masa tu buat satu waktu sehari. Umur 8, dah boleh buat 2 waktu sehari, by the time umur 10 tahun, boleh dipukul ( DENGAN HIKMAH) andai anak tidak mahu solat. “
Puasa ni antara syarat WAJIB nya ialah BALIGH. Budak sekolah darjah 4, darjah 5 dah baligh ke? Tak perlu lah nak dipaksa puasa kalau budak tu tak larat. Yang dewasa pun boleh berbuka kalau tak larat / tak sihat, ini kan pulak budak umur 10 tahun.
Jangan risau sangat tentang puasa, risaukan tentang solat.
Ads
Datuk Seri Hassan Din berkata juga:
” Kalau anak kita dah biasa dengan solat ( jaga solatnya), maka Insya Allah dia akan jaga puasa nya”
Orang yang solat, amat amat jarang dia tak puasa. Tapi orang yang puasa, belum tentu dia solat.
Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Manakala timun pula mampu menggantikan kehilangan air dari badan kerana timun mengandungi air.
Selain sayur, buah juga amat penting untuk tubuh badan. Sayur-sayuran dan buah-buahan haruslah diambil secara seimbang supaya anak-anak sentiasa kekal sihat dan bertenaga. Ikuti perkongsian dari Doktor Izaza;
Dah makan sayur kena lah minum air buah yang fresh, barulah seimbang dan sihat. Dah ramai sekarang yang rajin buat fresh fruits jus sendiri, sebab lebih murah dan lebih bersih
Kat luar pun dah banyak kiosk yang jual fresh fruit drinks. Lagi best sebab pakai cold press juicer, semua khasiat buah masih kekal
Dr Iza dapat ilham buat fresh juice ni dari anak-anak sebab kat rumah budak-budak ni kalau makan buah semua kulit buah dorang buang, padahal kulit buah tu lah yang banyak khasiat
Contoh kulit buah yang elok untuk anak-anak makan, adalah buah epal hijau, buah pear, buah plum, timun, anggur dan buah cherry
Untuk kekalkan khasiat buah-buah tu, baik kita buat fresh jus supaya bagi badan akan rasa lebih fresh, sihat dan boleh rasa kenyang
Bahan-bahan untuk minuman ni sangat simple, murah dan senang nak dapat. Boleh beli kat mana-mana super market atau pasar
Bahan-bahan
2 biji epal hijau
1 biji timun Jepun
Separuh lemon (perahan jus lemon)
2 sudu besar madu
Kalau guna cold press juicer tak perlu tambah air, tapi kalau gunakan pengisar, kena tambah 2 cawan air suam. Lepas dikisar boleh tapis juice atau boleh terus diminum
Untuk anak-anak baik ditapis dan buang semua hampas, sebab budak-budak tak suka rasa hampas buah-buah, terutama kulit buah epal atau timun
InsyaAllah, jus ni bukan saje elok untuk kesihatan badan, tapi elok juga untuk gusi. Sebab ada Vitamin C untuk cegah gusi berdarah, lagi-lagi musim panas ni, boleh elak badan panas dan elak demam dan selsema
Cara membuat:
1. Satukan magerin ( 1 cwn dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
4.Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah magerin atau peanut butter hingga lembut.Kalau lembik,tambah sedikit tepung gandum.
5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.13 gm sebiji utk acuan saya.
6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.
Kuih lopes antara kuih wajib sepanjang bulan puasa ini. Malah kuih yang satu ini menjadi menu tradisi keluarga turun temurun ketika berpuasa. Walaupun mudah, namun kuih lopes sering dianggap sukar sedangkan hakikatnya cara hendak membuatnya cukuplah mudah.
Rasa tidak yakin untuk mencuba? Resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Sally Aqua ini cukup lengkap untuk anda ikuti. Confirm jadi. Jadi jom kita cuba!
Isu tentang penggunaan bius epidural waktu bersalin kembali hangat dibincangkan. Baru-baru ni, satu video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik oleh pelakon...