Bila sebut tentang gigi, klinik pergigian, doktor gigi bukan sahaja kanak-kanak yang terasa takut malah orang dewasa turut terasa ngilu dan sakit. Walaubagaimanapun, Rawatan pergigian sangat diperlukan untuk memastikan gigi sentiasa bersih, gusi sentiasa sihat. 

Anak Fobia Lepas Kena Tampal Gigi Dekat Sekolah, Doktor Gigi Kongsi Tip Untuk Pujuk Anak Ke Klinik

Gambar Hiasan

Disini, peranan ibu bapa sangat penting untuk memastikan anak-anak mendapat rawatan pergigian dengan betul. Doktor pergigian berkongsi cara untuk memujuk anak-anak yang takut ataupun trauma untuk ke klinik gigi.

Tip untuk memujuk anak ke klinik gigi;

“Doktor, cuba doktor bagitau kat saya, macam mana saya nak pujuk anak saya pegi klinik gigi. Dia fobia sangat masa kat sekolah kena tampal”

Memang bukan senang nak pujuk anak-anak kecil pegi klinik gigi kalau dia dah ada pengalaman ngeri masa kecil

Kalau benda dah lepas memang tak patah balik, memang tak boleh nak padam bad memori anak-anak yang memang baru kenal dunia

Sooo, apa nak buat kat anak-anak yang dah terfobia dan tertrauma dengan pengalaman yang ngeri di klinik gigi?

1. Sebagai mak bapa kita kena tanya diri kita sendiri apa yang buat kita takut nak
masuk klinik gigi. Sebab anak-anak adalah bayang-bayang mak bapa

IKLAN

– Kalau mak abah sendiri takut macam mana nak motivate anak untuk tak takut pegi klinik

– Mak abah kena tunjuk yang mak abah sendiri suka pegi klinik gigi

2. Mak abah kena set appointment untuk diri sendiri dulu. Buat appointment call
depan anak, biar anak dengar mak abah dia nak check gigi

– Jangan sebut pun pasal nak cek gigi anak-anak, just bagitahu, “mama nak pegi klinik
gigi, nak cek gigi dah lama mama tak cek”

3. Seminggu sebelum pegi klinik gigi ajak anak-anak tengok you tube atau video
pasal gigi. Cari youtube yang mesra kanak-kanak

– Just bagi anak-anak tengok & jangan sebut pun pasal nak bawa anak cek gigi sekali

IKLAN

– Buat role model kat rumah, mak abah jadi patient anak-anak jadi doktor gigi

– Ingat jangan sebut pun nak bawa anak pegi klinik gigi untuk cek gigi

4. Sehari sebelum ke klinik gigi, tunjuk rasa EXCITED nak pegi klinik gigi. Just
bagitau, “Adik tau tak, ayah suka jumpa doktor gigi, sebab nak kasi gigi ayah
sihat, kuat bersih supaya nampak ensem”

Ingat jangan sebut pun perkataan “jom pegi sekali,pastu cek gigi sekali ok”

– Biarkan anak sendiri yang rasa nak buat dental check secara suka rela masa di klinik

5. Di klinik, bawa anak masuk klinik dan bilik rawatan. Bagitau doktor siap-siap
nak buat 
check up sahaja untuk expose anak pada klinik gigi

IKLAN

– Biar anak tengok mak ayah yang EXTRA EXCITED atas dental chair

– Tanya soalan pada doktor gigi macam mana nak bersihkan gigi cara yang betul, biar anak
dengar

6. Tunggu reaksi anak selepas pemeriksaan gigi sama ada anak nak cek gigi atau
refuse

-Katakan anak nampak takut dan banyak diam, better biarkan anak jangan paksa,next     time

– Kalau anak nampak teruja dan nampak positif, boleh tanya perlahan-lahan sama ada
anak nak buat check up macam ayah

– Jangan sebut perkataan, “ala tak sakit,tadi ayah okey je”

– Sebut perkataan positif, “adik nak check gigi? Gigi ayah dah cantik, adik nak gigi cantik
juga?”

Selamat memcuba & memujuk anak-anak

Sumber: Dr Izaza Mohd Zan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI