Anak jadi murung bila banyak kerja mak ayah dia yang kena buat. Peranan seorang anak dalam keluarga adalah untuk belajar, bermain, dan berkembang dengan penuh kasih sayang dan sokongan dari ibu bapa.
Anak Boleh Jadi Murung Bila Banyak Kerja Mak Ayah Dia Yang Kena Buat
Namun, terdapat keadaan di mana anak-anak perlu mengambil alih tanggungjawab orang dewasa, sama ada disebabkan oleh masalah kewangan, kesihatan, atau situasi lain yang mencabar dalam keluarga. Hal ini boleh menyebabkan anak tersebut menjadi murung dan mengalami tekanan emosi.
Berikut antara sebab mengapa anak boleh jadi murung bila terpaksa pikul tanggungjwab ibu dan ayahnya.
1. Dia yang kena bertanggungjawab hal adik-adiknya.. dari celik mata sampai tidur adik, dia yang kena urus.
2. Apabila yang buat hal adik tapi dia yang kena marah sebab tak tengok dan jaga adik.
3. Jadi tempat mak ayah mengadu masalah. Anak sahaja yang kena faham situasi dan masalah mak ayahnya.
4. Pikul tanggungjawab kerja rumah yang melampau, dari basuh baju, basuh pinggan, masak, mandikan adik semua dia yang kena pikul.
5. Hilang keseronokan jadi kanak-kanak. Langsung tak dibenarkan bermain dan merasa santai. Hanya kerja, belajar itu sajalah hidup dia.
Faktor-Faktor yang Menyumbang kepada Kemurungan Anak
Tekanan Tanggungjawab yang Berat
Anak-anak yang dipaksa mengambil alih tugas-tugas dewasa seperti menjaga adik-beradik, memasak, membersihkan rumah, atau bekerja untuk menyara keluarga akan merasa tertekan. Mereka tidak mempunyai masa untuk menikmati masa kanak-kanak mereka, bermain, atau belajar dengan tenang.
Kehilangan Masa Kanak-Kanak
Ads
Masa kanak-kanak adalah tempoh yang penting untuk perkembangan fizikal, emosi, dan mental. Anak-anak yang terpaksa mengambil alih tugas orang dewasa akan kehilangan peluang untuk bersosial dengan rakan sebaya dan menikmati masa lapang yang penting untuk perkembangan mereka.
Kurang Sokongan Emosi
Apabila ibu bapa terlalu sibuk atau tidak mampu memberikan sokongan emosi yang mencukupi, anak-anak mungkin merasa kesepian dan tidak dihargai. Kurangnya komunikasi dan perhatian daripada ibu bapa boleh menyumbang kepada perasaan rendah diri dan kemurungan.
Tekanan Akademik
Anak-anak yang mempunyai tanggungjawab tambahan di rumah mungkin tidak mempunyai masa atau tenaga yang mencukupi untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka. Tekanan untuk berjaya dalam akademik sambil menguruskan tugas rumah boleh menyebabkan keletihan mental dan emosi.
Rasa Bersalah
Anak-anak mungkin merasa bersalah jika mereka tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa atau jika mereka melihat ibu bapa mereka bekerja keras dan menderita. Perasaan bersalah ini boleh menambah beban emosi dan menyebabkan kemurungan.
Ads
Cara Mengatasi dan Membantu Anak-Anak yang Terbeban
Komunikasi Terbuka
Ibu bapa harus berusaha untuk berkomunikasi secara terbuka dengan anak-anak mereka. Dengar dan fahami perasaan dan keperluan mereka. Ini akan membantu anak-anak merasa didengar dan dihargai.
Membahagikan Tugas Secara Realistik
Pastikan tugas-tugas yang diberikan kepada anak-anak adalah sesuai dengan umur dan keupayaan mereka. Jangan bebankan mereka dengan tanggungjawab yang terlalu berat atau dewasa.
Menyediakan Sokongan Emosi
Berikan sokongan emosi yang diperlukan oleh anak-anak. Luangkan masa untuk berbual, bermain, dan beraktiviti bersama mereka. Sokongan ini penting untuk perkembangan emosi yang sihat.
Ads
Mendorong Aktiviti Rekreasi
Galakkan anak-anak untuk terlibat dalam aktiviti rekreasi yang mereka nikmati, seperti bersukan, berkesenian, atau bermain dengan rakan-rakan. Aktiviti-aktiviti ini boleh membantu mereka melepaskan tekanan dan merasa lebih bahagia.
Kemurungan dalam kalangan anak-anak yang terpaksa mengambil alih tanggungjawab ibu bapa adalah masalah serius yang perlu ditangani dengan bijaksana. Ibu bapa dan masyarakat perlu bekerjasama untuk memastikan anak-anak mendapat peluang untuk menikmati masa kanak-kanak mereka dengan penuh kegembiraan dan sokongan.
Kesimpulannya, kadang-kadang kita ibu bapa lupa bahawa anak-anak ini amanah dan tanggungjawab kita untuk besarkan dia dengan cukupi keperluan dan penuhi hak-hak mereka.
Masalah kita bukan urusan anak, kesusahan kita bukan urusan anak. Memahami dan memikul kerja itu dua perkara berbeza.
Melihat anak membesar dari kecil sememangnya momen yang paling indah. Pada usia anak 1-3 tahun adalah waktu yang paling penting untuk membentuk peribadi anak. Didiklah anak kecil kita dengan segala ilmu yang menjadikan mereka lebih baik.
Kenali dulu anak kita dan kemudiannya barulah kita cari cara untuk menguasai dan sekaligus membentuknya menjadi insan yang cemerlang kelak. Menurut Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, ada beberapa perkara mengenai anak 1-3 tahun yang wajar kita ambil tahu.
Fakta tentang anak 1-3 tahun yang kita semua wajar tahu!
– Dia memang agak degil, apa sahaja yang kita kata tak semua dia akan ikut dan dengar.
– Ini kerana mereka masih lagi dalam fasa egocentrik, hanya fikir tentang diri sendiri sahaja.
– Sekali dia cakap nak sesuatu tu, dia nak juga. Cakap la macam mana pun, susah nak pujuk dia.
– Tapi mereka ni senang sangat di alih perhatian. Time dia merajuk tu kita tunjuk je awan, burung atau apa sahaja yang menarik hati dia mesti ralit punya.
– Anak kecil ni pun agak kuat emosi dia. Maklum la baru dapat otak emosi, semua benda dia ikut emosi.
– Tak suka sesuatu dia menjerit. Nak sesuatu dia menjerit. Boleh kata, apa sahaja yang jentik emosi dia, dia menjerit.
– Mereka tak berapa pandai nak terjemah perasaan hati dia lagi, jadi jalan mudah menjerit la.
– Tapi awas, kita tak boleh balas jeritan anak dengan menjerit juga kerana itu boleh jadi pengaruh buruk pada anak.
– Sampai ke besar nanti anak lemah kawal emosinya, dah besar pun nak sesuatu dia menjerit. Payah gitu!
– Lagi satu, emosi anak kecil ni sangat rapuh. Mudah trauma. Sekali dah trauma anak boleh terbantut tumbesaran dia.
– Akhir sekali, anak kita perlukan banyak pujian dan perhatian untuk membesar jadi seorang yang fast learner.
– Kalau banyak jeritan dan tengkingan naya pada mereka, sebab akan jadi seorang yang slow learner.
3 tahun pertama ni fasa fundamental pembentukan sel sel penting otak anak kita.
Kena banyak belai dan banyak sikap lebih kurang. Salah salah kecil anak buat abaikan je la. Baru la terjamin tumbesaran otak anak kita.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ekzema biasanya terjadi pada bayi atau kanak-kanak dan selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan.
Menurut Dr Hafiz Sulaiman, disebabkan ekzema juga boleh menyebabkan emosi dan tingkah laku anak turut terkesan.
Sebagai seorang yang melihat pesakit ekzema secara harian, terdapat beberapa persamaan yang saya perhatikan pada pesakit ekzema anak kecil.
EMOSI TAK STABIL
* Lebih sensitif, lebih tak stabil.
– Cepat marah.
– Mudah sedih.
– Kuat sentap, terutama jika kena marah.
– Cepat terkejut.
– Clingy..asyik nak dukung je. Tak boleh ditinggalkan.
– Obsesif: fanatik dan mungkin sangat fokus benda dia minat.
– Susah sesuaikan diri tempat baru.
– Penakut dan fobia sangat.
– Ahli fikir: suka termenung dan berkhayal.
– Sangat responsif: umur beberapa bulan dah toleh bila orang panggil nama dia. Comel kan.
– Dramaqueen: Sangat hepi tiba-tiba boleh nangis kuat-kuat. Emosinya ekstrem banget.
SIMPTOM LAIN
– Tidur lewat, walaupun tak gatal waktu malam.
– Clumsy. Kerap jatuh bila jalan. Kerap terlanggar.
– Selera makan ekstrem. Kurang atau lebih.
– Waktu baby nafas berbunyi macam ada lendir.
– Baby kerap muntah susu (mungkin refluks).
– Perut kerap kembung.
– Sembelit. Atau bila ekzema flare cirit birit (bahaya).
– Kerap demam.
Biasanya simptom atas ni hilang bila ekzema pulih. Anak-anak jadi playful dan ceria kembali insha Allah.
Ini pemerhatian saja bukan kajian saintifik atau simtom biasa dalam buku teks. Jika ada masalah di atas boleh lah rujuk doktor perubatan berkenaan ya.
Semoga ekzema anak-anak diberi kesembuhan secara total. Ameen.
Dalam proses membentuk sifat genius pada anak, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Andai keluarga dapat membantu menyalakan api optimis ke dalam diri anak, mereka akan mempunyai semangat yang juang yang tinggi untuk mencapai matlamat. Namun malang sekali apabila keluarga menjadi kuburan untuk idea dan cita-cita anak, maka impiannya juga akan menjadi sekadar angan-angan anak kecil.
Memahami tahap perkembangan otak manusia akan membantu ibubapa merangsang anak genius yang lebih berkesan. Menurut kajian dari pakar pendidikan kanak-kanak, tahap intelektual otak mengalami perkembangan berikut
Sehingga 4 tahun – 50%
Sehingga 8 tahun – 30%
Sehingga 18 tahun – 20%
Apabila diteliti, tahap perkembangan intelektual paling kritikal adalah pada 4 tahun ke bawah. Yang biasa disebut sebagai Masa Keemasan (Golden Age). Ketika usia ini, kebanyakan waktu anak-anak adalah bersama ibubapa. Sebahagian waktu siang mungkin bersama pengasuh bagi ibu bekerjaya.
Sayang sekali apabila usia ini dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diberikan rangsangan sebaiknya kepada anak kecil itu. Biasanya tumpuan ibubapa pada anak usia ini adalah memenuhi keperluan fizikal. Mandikan, bagi makan kenyang lepas tu tidur. Kalau tak tidur biar ja anak tu terkebil-kebil depan tv. Lagi sedih terus bagi gajet pada anak untuk dia diam lebih lama.
Sayangnya usia emas anak-anak ni dibiarkan tanpa rangsangan sebaiknya.
Rangsangan bahasa melalui bercakap-cakap
Rangsangan motor halus dan kasar melalui aktiviti hands on
Rangsangan untuk perkembangan intelek, daya fokus, imaginasi, kreativiti, memori dan banyak lagi.
Andai ibubapa menyedari betapa berharganya usia emas, pasti setiap detik kehidupan anak-anak akan cuba diuruskan sebaiknya supaya mereka mencapai perkembangan yang optimum, in syaa Allah. Jangan berlengah lagi, masa itu akan berlalu pergi. Manfaatkan sebaiknya peluang yang ada, kerana hasilnya bukan untuk dituai hari ini. Tetapi apabila anak meningkat dewasa kelak.
Sumber: sakinahamid.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan. Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika.