Bila masuk bulan ramadan, pasti ramai yang ingin mendidik anak kecil supaya berpuasa. Bukan hanya ibu bapa, malah anak itu sendiri yang tak sabar ingin mencuba bagaimana berpuasa di bulan yang mulia ini.
Unit Buhuth Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini berkongsi: “Para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, berdasarkan hadis yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh.”
Namun lain pula kisah yang dikongsi oleh doktor kesihatan dan perubatan ini apabila salah seorang pesakitnya yang masih kecil datang dalam keadaan lemah kerana dipaksa berpuasa penuh ketika berada di sekolah.
Hari ni ada seorang ibu bawa anaknya yang kelihatan sangat lemah ke klinik. Si anak baru berumur 6-7 tahun. Baru nak mengenal puasa. Sekolah pagi. Ibu tak sediakan sarapan, sebab sedang ajar nak berpuasa, tapi dibekalkan air dan roti untuk ke sekolah.
Dipesan pada anak, jika tak tahan berpuasa, maka berbukalah dengan bekal yang dibawa. Namun begitu, sehingga si ibu ambil anaknya pulang di waktu tengah hari, anaknya masih belum berbuka. Jika tidak kerana anaknya kelihatan begitu lemah, pasti si ibu berasa senang hati.
Malangnya, si anak ni nampak sangat lemah. Dia kata benci berpuasa. Dia benci sekolah. Dia benci kawan-kawan. Anak tu kata dia tak nak berpuasa lagi selepas ini, dan tak mahu lagi ke sekolah.
Ads
Bila ditanya mengapa, si anak beritahu makanan dan minumannya di ambil oleh cikgu. Siapa yang tak berpuasa ditegur di khalayak kelas. Ada rakan sekelas yang tertawakan mereka yang tak puasa.
Lepas sekolah habis, baru bekal makanan dipulangkan. Dipesan sekali lagi oleh cikgu agar berpuasa sehingga masuk waktu berbuka. Si anak hanya menurut, kerana takut dimarahi.
Pendapat saya, bila mengajar kanak-kanak lakukan ibadah, hendaklah ia bersifat mengajak dan memujuk. Tak usahlah ia dalam keadaan memaksa atau dengan cara yang memalukan mereka.
Kita semua mahukan anak-anak yang membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukannya dengan berhikmah, kerana jika sudah terbit benci, maka sukar nak disemai cinta di kemudiannya.
Ads
Mereka mungkin mampu berpuasa sampai ke Maghrib, namun ia perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan. Kita ada sekitar 30 hari, InsyaAllah cukup masa untuk mendidik, cukup masa untuk melatih, cukup masa untuk memberi sokongan. Sampai masa nanti, kita raikan kejayaan kita sama-sama.
Semoga Ramadan ini, lebih baik daripada yang sebelumnya.
*tak perlu kecam cikgu secara umum. Tak semua cikgu begini. Ada yang bagus, prihatin dan berempati.
Ads
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kehadiran bayi lelaki ini pengubat rindu buat arwah. Sampaikan rambut pun sama, betul anak ayah ni.” Kongsi seorang ibu muda yang kisahnya pernah tular sebelum ini kerana pemergian suami secara mengejut sewaktu baru mengecapi alam perkahwinan genap dua bulan.
Lebuh memilukan, Airina Roslan atau mesra di sapa Erin, 24, tidak sangka selepas tiga hari pemergian suami, dia mendapat tahu dirinya mengandung.
Walaupun hanya dua bulan dapat melayari perkahwinan itu, pengganti bayi dalam kandungan itulah pengubat rindu buat arwah suaminya.
Erin pernah berkongsi walaupun hatinya sedih kerana tak sangka cepatnya Allah ambil suami, tapi dia mesti kuat demi bayi.
Suami kena serangan jantung masa main futsal
Sebelum ini, suaminya yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Ashraf, 25 tahun, meninggal dunia genap dua bulan perkahwinan mereka, selepas arwah terkena serangan jantung ketika bermain futsal.
Tuhan itu Maha Adil, setelah tiga hari suami meninggal dunia, Erin disahkan hamil. Walaupun berita gembira itu tidak dapat dikongsikan bersama suami tercinta, namun kehadiran zuriat itu sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu.
Anak yang ditinggalkan ini penghubung tanda cinta buat suami yang pergi buat selama-lamanya.
Terbaru melalui perkongsian di instagram dan IG storynya, Erin yang telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ali, bersyukur Allah mempermudahkan urusannya walaupun tanpa kehadiran suami di sisi.
Bukan mudah melalui detik ini berseorangan, tetapi demi anak kekuatan itu datang dengan sendirinya.
Dalam perkongsiannya itu, Erin turut kagum dengan ibu-ibu yang mempunyai pengalaman bersalin banyak kali kerana bukan mudah melalui detik ini. Sakitnya Allah yang tahu.
Dia juga turut menitipkan pesanan kepada suami-suami bahawa betapa besarnya pengorbanan isteri ketika berjuang melahirkan zuriat. Ia antara hidup dan mati buat seorang wanita.
Sumber: IG Airina Roslan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetengah bayi suka main air. Kalau diajak mandi, punyalah teruja dan seronok. Tidak kurang juga dengan anak yang tak gemar mandi. Ada saja cara untuk mengelak. Kalau anak dah besar, banyak alasan yang diberi.
Lucunya bila bayi yang masih kecil mengelak untuk dimandikan. Kebanyakan bayi pasti menangis bila terkena air, tetapi berbeza dengan si comel ini. Dari perkongsian video melalui akaun Tiktok azleeya94, seorang bayi perempuan dilihat sedang tidur.
“Ini budak dobok dulu banyak akal. Nak mandi je pura-pura tido 🤣🤣 haihh cepat bethol besor!”.
Apabila diajak mandi oleh ibunya, dia hanya memejamkan mata dan sempat tersenyum. Ibunya pula sudah tahu hal itu hanyalah sekadar taktik untuk mengelak mandi.
Biarpun video tersebut dirakam ketika usia bayi ini lebih kurang 4 bulan dan kini dia sudah pun berumur setahun lebih, ia tetap membuatkan ramai yang terhibur. Memang comel ya cara awak mengelak mandi!
Sebentar tadi tular beberapa video penderaan kanak-kanak perempuan di laman sosial. Video tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah selebriti, ahli politik serta pihak Istana dan rata-rata kesal dengan tindakan wanita tersebut yang seakan tidak berhati perut terhadap anak kecil itu.
Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam, isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim telah menerima beberapa video penderaan yang berlaku dan turut menzahirkan rasa kecewa.
@theaqil7⚠️CHILD ABUSE⚠️ tolong gunakan kuasa korang !!!
Tambah YM Che’ Puan Khaleeda lagi, beliau akan pastikan pendera tidak terlepas daripada hukuman dan beliau masih lagi cuba mendapatkan maklumat penuh kes penderaan tersebut.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.