Anak Kekuatan Buat Ibu. Diri Susah Tak Apa, Kebahagiaan Anak Nombor Satu

Share

Anak sumber kekuatan seorang wanita. Atas alasan ini sahaja, seorang wanita yang bergelar ibu itu mampu ketepikan apa yang hati dia nak, apa yang perasaan dia rasa dan apa yang diri dia perlukan.

Dia sedih tak apa, janji anak-anak gembira. Dia menangis tak apa, janji anak-anak ketawa. Bila fikir soal anak je, letak bab anak je, terus dah tak fikir dah soal lain dan bab lain. Ini keutamaan, ini yang perlu didahulukan, ini yang lebih penting daripada perkara-perkara lain.

Seorang ibu itu boleh berlakon, berpura-pura dan jadi macam-macam depan anak asalkan anak tu tak terkesan dan tak tahu akan apa yang dilaluinya.

Dia lebih sanggup untuk berjuang memberikan kebahagiaan kepada anak daripada kebahagiaan dirinya. Dia lebih sanggup untuk bertungkus lumus memberikan kesenangan kepada anak daripada kesenangan dirinya.

Meskipun dia sendiri yang terkorban dalam mencapai tujuannya. Menderita mana pun hidup dia, sesukar mana pun hidup dia, dia perlu terus kekal berdiri untuk anak-anaknya.

Dia tak boleh lemah, dia juga tak boleh rebah. Anak-anak perlukan dia. Hanya dengan melihat senyuman dan mendengar gelak tawa anak-anak sahaja dah cukup untuk “membalas” apa yang dia telah buat untuk mereka.

Di situlah munculnya kekuatan luar biasa seorang wanita yang bergelar ibu.

Kredit: Firdaus Shakirin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN