Selalunya anak-anak yang kena kecacingan akan kerap menggaru-garu bahagian sekitar anusnya (lubang dubur). Jadi ibu-ibu kena cepat rawat supaya keadaan anak tak makin melarat dan teruk.
Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil mohon lebih alert bila anak anda menunjukkan ciri-ciri sudah terkena kecacingan. Nak tahu lebih lanjut teruskan membaca penjelasan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
KECACINGAN
Apakah ia?
Sejenis jangkitan di usus yang berpunca daripada parasit. Selalunya disebabkan oleh parasit yang diberi nama pinworm.
Ianya sangat kecil dan halus, berwarna putih, bersaiz kurang dari 1 inci.
Macam mana anak boleh dapat jangkitan kecacingan?
Pinworm akan berada dalam badan anak apabila mereka ‘makan’ atau ‘hidu’ telur pinworm yang belum menetas.
Rupanya macam mana?
Kita takkan nampak dengan mata kasar sebab telur tersebut terlalu kecil dan hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.
Jadi sebenarnya, bukanlah cacing tu yang masuk dalam badan, cuma telurnya sahaja.
Telur pinworm boleh berada di mana-mana saja ya.
Cadar katil. Tuala. Pakaian terutama pakaian dalam. Tandas dan apa sahaja di dalam tandas. Makanan dan minuman. Bekas makanan dan minuman. Barang mainan. Dapur.
Apabila telur pinworm ‘masuk’ ke dalam badan, ia akan melalui sepanjang sistem pencernaan dan akan menetaskan telurnya di usus kecil. Daripada usus kecil, pinworm larva akan pergi ke usus besar yang mana lama-kelamaan akan matang menjadi parasit ‘remaja’.
Selepas 1-2 bulan, parasit telah mencapai tahap ke’wanitaan’nya, dipanggil parasit betina. Parasit betina akan memulakan tugas dengan merantau ke rektum dan seterusnya keluar dari tubuh anak melaui anus (tempat keluar najis). Di bahagian kulit sekitar anus, ia akan bertelur lagi untuk meramaikan umatnya, yang mana akan menyebabkan kegatalan yang amat pada anak-anak.
Anak kecil kan, bila gatal garu je lah kerjanya. Telur dari sekitar anus akan di ‘transfer’ ke jari-jari comel. Ia boleh survive dalam beberapa jam jugak di tangan tu ye.
Dari jari comel, berpindahlah telur pinworm ke tempat lain dalam rumah seperti yang dijelaskan tadi. Dan pinworm boleh survive hampir 3 minggu di tempat yang sudah tercemar.
Oh anak kecil. Suka juga masuk barang dalam mulut. Hati-hati ya, kemungkinan barang mainan mereka dah tercemar dengan telur pinworm.
Dengan cara inilah, jangkitan boleh jadi berulang dan berulang.
Bagaimana nak kenalpasti anak dapat kecacingan?
+ Selalu menggaru-garu bahagian sekitar anus
+ Tak selesa di waktu tidur disebebkan kegatalan
+ Sakit, ruam atau radang kulit sekitar anus
+ Kehadiran pinworm di sekitar anus
+ kehadiran pinworm dalam najis
Ada cara untuk elakkan anak dari mendapat jangkitan kecacingan tak?
Cara terbaik untuk elakkan jangkitan dan jangkitan berulang adalah sentiasa pastikan setiap ahli rumah mementingkan hygiene diri dan persekitaran rumah terutamanya anak-anak.
+ Sentiasa basuh tangan sebelum keluar dari tandas, terutama selepas membuang air besar atau menukar diaper anak.
+ Sentiasa basuh tangan sebelum menyediakan makanan dan makan.
+ Sentiasa pastikan kuku bersih dan tidak panjang.
+ Elakkan habit menggigit kuku.
+ Tukar diaper dan basuh bahagian anal setiap pagi kerana pinworm akan aktif bertelur pada waktu malam.
Kalau dah terkena kecacingan, macam mana nak ubati?
Pertama dan pertama, elakkan;
1. GULA : Makanan kepada parasit dan merendah sistem imuniti
2. MAKANAN PROSES : Makanan tinggi proses tidak pernah support sistem imuniti
3. GANDUM : Punyai kandungan gluten yang mana sangat mudah untuk dipecahkan kepada unsur gula dan menyebabkan keradangan usus.
Makanan yang sangat patut diambil apabila terkena jangkitan kecacingan;
1. Kelapa
– Air kelapa, minyak kelapa, santan – Antara yang paling efektif untuk singkir keluar parasit dari usus
2. Bawang putih
– Tinggi kandungan sulfur yang mana mempunyai kelebihan sebagai pembunuh parasit
3. Kunyit dan bunga cengkih
– Mempunyai kandungan antiseptic, antimicrobial dan antiviral yang membantu dalam penyingkiran parasit
4. Biji labu
– Mengandungi cucurbitacin iaitu sejenis unsur yang boleh menghapuskan parasit
5. Betik dan biji betik
– Betik mengandungi enzim papain dan biji betik mengandungi caricin, terkenal sebagai antihelmintic yang membantu mengeluarkan parasit
6. Delima dan biji delima
– Mengandungi punicine, ianya sangat toksik kepada parasite usus
7. Daun semambu
– Bukan hanya membunuh parasit, tetapi juga boleh mengeluarkan toksin yang ditinggalkan oleh parasit yang telah mati
8. Lobak merah
– Kaya beta-carotene, Vitamin A, Vitamin C dan zink yang membantu keluarkan parasit dari tubuh dan tingkatkan imuniti.
Ini hanya ikhtiar secara alami. Setiap orang berbeza kesannya pada setiap remedies yang diambil. Boleh cuba mana-mana yang rasa mudah untuk diamalkan.
Anak-anak kita berbeza-beza, ada yang lebih cepat tangkap namun ada pula yang agak lambat menghafal dan mengingati satu-satu perkara yang diajarkan. Pun begitu, kemahiran mengingat dan merangsang anak ini perlu dilakukan sejak kecil lagi.
Malah menurut Pn Nurul Sheriena Musa, ahli terapi cara kerja, terdapat beberapa strategi dan teknik untuk membolehkan kanak-kanak lebih mudah menghafal. Ini tiga strategi yang dikongsikan oleh beliau, mak ayah boleh cuba pada anak-anak.
3 Strategi bantu anak lebih mudah Faham & mudah mengingat
Ramai ibu ayah ingat nak anak bagi faham cepat perlu beri latih tubi. Suruh anak buat pelbagai buku tapi anak masih tak ingat apa.
Tak faham apa yang ibu ayah tunjukkan. Tak salah buat latihan kalau anak sudah sedia dan sesuai dengan umur perkembangan mereka.
Sebenarnya saya sebagai Ibu pada Maryam Raissa pun tidak pernah nak minta Maryam ingat all the colors pun. Tapi dia dapat fahami sendiri apabila kita kaitkan warna dengan sekeliling. Bila mula minat dan dia yang bertanya kita galakkan.
Saya nak kongsikan 3 Strategi ini kalau diikutkan dengan perkembangan kognitif anak sesuai nak bantu anak faham konsep dan lebih mudah nak ingat.
1. Main cari objek tersembunyi Letakkan shreded paper yang ada dalam kotak dan letakkan objek seperti Puzzle berwarna. Sambil anak kuis kuis tangan cari objek secara tidak langsung bantu Visual Perception anak serta motor halus anak.
Untuk anak anak Kinestatik amatlah sesuai gunakan strategi hands on untuk faham sesuatu konsep.
2. Padankan yang sama Contoh kalau kita mahu ajar anak kenali warna. Sesuai kalau ada Puzzle berwarna dan minta anak padankan warna warna sama. Biar anak fahami Konsep dahulu.
3. Padankan dengan objek sekitar rumah Saya amat galakkan untuk kita ajar anak sesuatu konsep dan cuba kaitkan dengan apa yang ada di rumah.
Bagi anak anak sekitar 1 ke 4 tahun amatlah sesuai kalau kita gunakan strategi ini. Untuk anak anak special needs yang masih sukar nak mengingat konsep asas dan nak sediakan anak tulis dan baca pun sesuai buat strategi ini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti, Nurulain bt Edruce atau lebih dikenali dengan nama samaranya, Ain Edruce berkongsi beberapa keping gambar bersama keluarga ketika beriadah di pantai.
Namun persoalan timbul apabila pipi anak sulungnya, baby soraya naik kemerah-merahan setiap kali terkena air laut.
‘Muka dia habis merah lepas mandi air laut ni..dia tak boleh kena air laut ke apa eh?’
Hati ibu mana yang tak risau kan walaupun sekecil-kecil tompok merah! Ain turut bertanya pendapat ramai sekiranya ada yang tahu atau mengalami pengalaman yang sama.
‘Ada siapa boleh bagitau?’
Rata-rata warga maya mengagak kemungkinan pipi soraya alahan air laut dan juga eczema (sejenis penyakit kulit).
Sedikit info tentang ekzema, ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.
Try pakai lotion/sunscreen baby
Eczema kan?
Lepas bilas air paip okay
Mungkin alahan air masin
Anak saya pun allergy air laut
Apapun, semoga baby Soraya cepat sembuh dan jika anda mengalami masalah yang sama sila segar berjumpa doktor ya!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Minum air masak memang digalakkan. Ia tidak mengandungi kalori, jadi sangat elok untuk diamalkan. Tetapi tidaklah diminum terlalu banyak. Sebaiknya diminum 2-3 liter sehari sahaja.
Di dalam perkongsiannya, Dr Erna Nadia menjelaskan kesan sekiranya seseorang itu minum air masak terlalu banyak. Sekiranya terlebih minum air, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada buah pinggang!
Boleh ke minum sampai 7 liter air satu hari? Haruslah tidak boleh.
Siapa yang minum banyak sampai macam tu? Tak usah ler pelik pelik komer.
Air masak atau air kosong memang kena minum banyak setiap hari tapi tak lah sampai 7 liter tu. Kesian buah pinggang.
Minum air ni ikut berat badan dan ikut aktiviti harian juga. Paling mudah nak ingat minum 8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari. Cukuplah.
Jangan over.
Again, air kosong, tak kira sejuk atau panas, tiada kalori. So, please jangan tanya lagi kalau minum ais boleh kembang apa apa ka? Jawapannya tidak. Nehi. Nyet. No.Yang menyebabkan kembang adalah gula dan kalori yang tinggi serta malas bersenam ataupun mungkin anda mengandung
Macam buah dan sayur, memang penting untuk diet seharian, tapi tetap tak boleh berlebihan juga.
Minum terlalu banyak air kosong boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan boleh menyebabkan masalah intoksikasi iaitu keadaan yang dipanggil hyponatreamia.
Keadaan ini akan membuatkan organ badan mengembang termasuklah otak.
Ada setengah orang kata minum sampai air kencing jadi transparent terus. Ouh no no no. Air kencing warna kuning cair is good enough dah. Ingat, jangan over.
Simptom yang boleh berlaku jika terlebih air atau berlaku hyponatraemia adalah seperti loya, muntah, sakit kepala dan kekejangan tangan atau kaki serta boleh nampak kaki, tangan, mulut menjadi sedikit bengkak.
Ada setengah minum sebab nak diet punya pasal, bila lapar, minum, lapar, minum. Aipp!
Nak kurus ni tak perlulah sampai menyiksa diri. Ada cara untuk kurus. Ikut suku suku separuh dan bersenam 150 minit seminggu. Ya, bunyi cliche tapi inilah yang terbaik dan sihat.Kita nak sihat. Bukan nak kurus semata mata.
Ok, so ingat ya bersederhana dalam apa jua. Even rajin bersenam, jangan over drinking or over dreaming(tiberr)..
Semoga dengan penjelasan Dr Erna dapat memberi sedikit input kepada anda tentang kepentingan dan keburukan pengambilan air masak secara berlebihan. Jika mahu kurus sekali pun, janganlah sehingga memberi mudarat kepada diri sendiri. Lakukan perlahan-lahan tetapi selamat untuk kesihatan anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.