Sistem pertahanan tubuh bayi dan kanak-kanak belum matang sepenuhnya. Ia berkembang selari dengan tumbesaran masing-masing. Jika kanak-kanak kecil sering mengalami demam dan selesema mahupun batuk sehingga sehingga 5 – 6 kali setahun, ia masih dianggap normal.

Namun yang demikian, pasti anda susah hati bukan apabila anak terlalu kerap jatuh sakit. Jom periksa 6 perkara ini terlebih dahulu untuk mengetahui jika ia ada kaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak anda.

Dalam pada itu, anda perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi. Jika penyakit berlarutan agak lama, segera dapatkan pemeriksaan doktor.

1. Selalu makan makanan ringan

Anak Kerap Sakit Mungkin Disebabkan Oleh Kekerapan Makan Makanan Ringan. Jom Ketahui PuncanyaMakanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat. Lebih daripada itu, anak anda lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak dengan memberikannya makanan kaya phytonutrien. Makanan ini dikenali melalui warnanya yang terang. Antara buah dan sayur yang kaya phytonutrien ialah beri biru, keledek, tomato dan bayam.

Selain itu, lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti oren, vitamin D yang boleh didapati daripada ikan tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.

IKLAN

2. Terdedah kepada virus di Taska

Pusat penjagaan kanak-kanak iaitu Taska boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selesema dan penyakit tangan, kaki dan mulut.

Kanak-kanak masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar. Apabila bergaul bersama, mereka lebih mudah dijangkiti kuman. Oleh itu, ingatkan anak anda untuk basuh tangan selepas pulang daripada Taska dan segera tukar baju.

3. Berkongsi barang

Anak Kerap Sakit Mungkin Disebabkan Oleh Kekerapan Makan Makanan Ringan. Jom Ketahui PuncanyaAnak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Dia juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.

IKLAN

 

Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan dia dengan hand sanitizer jika perlu. Ingatkan dia untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangannya tidak bersih. Virus lebih mudah masuk ke dalam tubuh badan melalui mata, hidung dan mulut. Latihlah anak anda untuk tidak berkongsi cawan, penyedut minuman dan berus gigi.

IKLAN

4. Tidak cukup tidur

Jangan biasakan anak tidur lewat malam. Kanak-kanak yang tidak cukup tidur menyebabkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badannya.

5. Kurang bergerak aktif

Bersukan adalah cara terbaik untuk memastikan tubuh kekal sihat bertenaga. Usah terperap sahaja di rumah tanpa melakukan aktiviti fizikal bersesuaian. Ajaklah anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar. Apabila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.

6. Asap rokok

Anak Kerap Sakit Mungkin Disebabkan Oleh Kekerapan Makan Makanan Ringan. Jom Ketahui PuncanyaAnda mungkin terlepas pandang hal ini. Asap rokok memberi bahaya kepada bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada ada individu merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi secondhand smoker boleh menjejaskan tahap kesihatannya.

Anak kecil memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Dilaporkan, kanak-kanak yang tinggal bersama perokok lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI