Meninggalkan bayi buat sementara waktu disebabkan anda perlu bertugas di luar kawasan, pasti menimbulkan kerisauan, bukan? Jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk anda bererusan membekalkan khasiat susu ibu kepada bayi yang kini berada jauh daripada anda.
Ads
Tip berikut diharapkan dapat membantu anda lebih memahami cara yang betul untuk mengendalikan stok susu ibu perahan ketika bekerja di luar kawasan pejabat
Ads
Ads
Sebelum bertolak, hubungi tempat anda menginap sama ada terdapat kemudahan mini bar atau peti sejuk. Jika tiada, pastikan anda dapat kebenaran daripada pihak hotel atau tempat menginap untuk menumpang susu ibu di chiller atau peti ais hotel.
.
Pastikan anda membawa kelengkapan pam menyusu yang lengkap seperti;
-Pam payudara
-Pek ais
-Pek ais
-Ponco
-Beg penyimpanan atau kotak pendingin
-Botol atau plastik penyimpanan susu
-Pelekat label untuk rekod
.
Jika bilik yang bakal diinap menyediakan kemudahan tersebut, pastikan anda selaraskan suhu mini bar pada suhu yang paling sejuk. Letakkan pek ais supaya beku di tempat sejuk beku.
.
Jika bertugas di luar kawasan atau berkursus, pastikan anda bangun untuk mengepam susu bagi memastikan rutin mengepam adalah konsisten. Ia juga bagi mengelakkan penghasilan susu berkurangan setelah pulang daripada bertugas.
.
Jika berkursus atau menghadiri seminar, pastikan anda membawa bekalan makanan seperti biskut, roti serta makanan ringan yang sesuai kerana mungkin ada waktu makan yang perlu anda kecualikan diri bagi tujuan mengepam susu.
Menjadi seorang ibu bukannya mudah, besar tanggugjawab yang harus dipikul. Sejurus selepas kelahiran, bermulalah episod baharu dalam kehidupan seorang ibu. Pelbagai perasaan bercampur-baur, jadi mudah terasa hati dan emosi terganggu.
Sebab itulah masyarakat sekeliling yang berada dekat dengan ibu selepas bersalin memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga kesihatan si ibu baik dari segi fizikal mahupun mental. Ia adalah perkara serius yang perlu diberikan perhatian.
Menurut Developmental Psychologist, Puan Pija Ramli, sudah tiba masanya untuk kita ubah ‘budaya’ yang tanpa kita sedari ada masanya membuatkan si ibu merasa down dan tiada semangat.
Ikuti penjelasan lanjut ini;
TIBA MASA UNTUK UBAH 💪🏼 Kalau sebelum ini bila jumpa ibu mengandung, kita tanya, Dah scan jantina ke? Dan berapa bulan? Lepas ni cubalah tanya, Awak & baby sihat ke? ✅
Kalau sebelum ini bila jumpa ibu yg baru lepas bersalin, kita tanya, Anak lelaki ke perempuan? Beranak normal ke caesar? Bagi susu badan ke formula? Berpantang ke tidak? Kerja lagi ke lepas ni? Tetapi lepas ni bolehlah tanya, Macam mana perasaan sekarang? ✅ Perlukan apa-apa bantuan? ✅ Adakah ini susah? ✅
Satu tamparan dirasa bila tonton Birthcare Centre (Korean drama) yg mana ianya juga jadi budaya di Malaysia. Ibu yg menyusu badan, ibu yg beranak normal, ibu yg duduk di rumah sambil jaga anak adalah first class mom. Tetapi ibu yg terpaksa memilih susu formula, menjalani pembedahan (elektif atau emergency), yg bekerja adalah second class mom.
Kategori ini datang dari mana? Dari masyarakat yg penuh dengan toxic positivity. Ehh anak Jemah tu banyak susu, penuh stok susu dlm peti ais dia sampai kena beli baru yg khas utk simpan susu, sebab dia rajin pam susu, dia rajin bg anak dia menyusu, dia rajin makan sup lobak putih, dia rajin pegi mengurut…….. Pergi checkup, kena marah dengan doktor/nurse. Orang datang ziarah kena bebel pula.
Maka dalam media social (yg katanya support group) pun sudah makin berlumba-lumba tentang susu siapa plg banyak, siapa plg rajin pam, anak siapa plg berisi, suami siapa plg supportive… Tanpa sedar, matlamat support tu dh hilang & diganti dengan toxic positivity… Mungkin tidak disengajakan tapi kena lihat semula agar tak terjerumus kepada unhealthy negativity pula. Macam mana nak #empowerwomen ? #empowermoms ? (Ini realiti perkongsian kebanyakkan klien sy sendiri)
Jadi yg dipandang kepada ibu lain adalah malas. Malas berusaha. Haihh andailah masyarakat tahu bahawa ada byk situasi lain yg menyebabkan ibu tersebut memilih sesuatu keputusan sekarang yg mungkin orang lain lihat sebagai tak cukup berusaha, pentingkan diri atau keputusan tidak baik.
Isu sokongan keluarga Isu kesihatan fizikal Isu kesihatan mental Isu konflik peranan Isu perhubungan dlm perkahwinan Isu tingkah laku anak lain Dan sebagainya… & bukankah bila si ibu sudah memilih utk mengandungkan anaknya, bawa anak utk check up & memilih utk melahirkannya juga sesuatu yg ‘rajin’ & tertunai amanah serta hak anak?
Namun kita tak perasan, betapa ibu itu sudah mula berusaha sejak tahu dirinya mengandung & tidak pernah berhenti berusaha yg terbaik utk anaknya sampai kadang terlupa utk menyayangi diri sendiri. Kalau kita lihat seorang ibu tersenyum gembira pada siang hari, mungkin dia sudah begitu penat menangis di malam hari.
Kalau kita lihat seorang ibu memilih utk bekerja, mungkin dia sudah cukup merasa susahnya hidup ketika kecil & mengimpikan kehidupan yg selesa utk anaknya.
Kalau kita melihat seorang ibu suri rumah & mempunyai banyak masa dengan anak, mungkin dia sudah cukup merasa sunyinya ditinggalkan berseorangan sejak kecil, tanpa teman.
Jangan cuma menilai. Mari mula fahami.
Apabila membaca penulisan Puan Pija ini, memang benar ada masanya perasaan ibu diabaikan. Baik ketika mengandung mahupun selepas melahirkan, seseorang ibu akan melalui proses yang tidak mudah maka sebanyak mana sokongan yang boleh kita berikan, bantulah mereka untuk kembali sihat dan bersemangat.
Semoga dengan perkongsian deep ini dapat membuka mata kita untuk terus menghargai usaha serta penat lelah seorang ibu yang sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik buat anak-anak mereka. Wahai para ibu, anda adalah wanita yang hebat!
Pelakon cantik, Tisha Shamsir berkongsi ceritanya mengalami keguguran kembar tiga beberapa bulan yang lalu. Biarpun berasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat meneruskan kandungannya itu, Tisha dan suaminya, Ady Hafize Hanaffiah, redha menerima ketentuan Allah SWT ini. Mereka menganggap masih belum ada rezeki buat mereka.
Selepas mendirikan rumah tangga selama tiga tahun dan kemudian disahkan hamil, sudah tentu pasangan ini gembira. Kata Tisha, dia tidak tahu akan kandungannya itu adalah kembar tiga. Selepas diberitahu doktor barulah dia dan suami tahu. Ketika pemeriksaan doktor, mereka mendapati dua dari kandungan kembarnya terletak di luar rahim.
Malangnya kantung tersebut pecah dan Tisha terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkannya. Rancangan asal, Tisha dan suami mahu mengekalkan satu kandungan di dalam rahim, malangnya ia gugur sendiri selepas pembedahan itu.
Positif, Tasha mengatakan yang dia tidak putus doa dan terus berharap untuk dikurniakan zuriat. Ketika mengalami keguguran, usia kandungannya ketika itu mencecah dua bulan. Turut memberitahu, keluarga suaminya mempunyai sejarah kembar kerana kakak iparya hamil kembar empat.
Pa&Ma mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki untuk hamil semula. All the best, Tisha and Ady!
Di sini Pa&Ma kongsikan serba sedikit info berkaitan kandungan luar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy:
INFO:
*Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui tiub fallopian. di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan akan menempel di luar rahim maka terjadilah kandungan luar rahim.
*Kehamilan luar rahim boleh pecah pada bila-bila masa sekaligus menyebabkan pendarahan yang banyak dalam ruang perut (abdomen) si ibu. Jika tidak dirawat dan dikenalpasti awal, kesannya boleh menyebabkan kematian.
*Doktor akan berbincang dengan si ibu pilihan yang ada untuk menyelamatkan nyawanya. Perbincangan mengambil kira soal usia kandungan, keadaan si ibu, paras ujian darah BetaHcg.
*Biasanya rawatan pembedahan akan ditawarkan dan ada dua jenis iaitu laparoskopi (dilakukan melalui bukaan lubang kecil pada perut dengan bantuan kamera) atau laparotomi (potongan besar pada perut jika pendarahan didapati di dalam ruang abdomen. Perlu tinggal di hospital dalam tempoh dua ke empat hari, tempoh pemulihan lebih lama)
*Paling penting, jika disahkan hamil di luar rahim, jangan memandai-mandai pula pergi berurut kerana ia tidak dapat dirawat dengan urutan.
Kes tertelan syiling atau benda kecil dalam kalangan kanak-kanak antara yang sering berlaku. Kadang ia berlaku tanpa ibu bapa perasan pun waktu bila anak memasukkan obejek tersebut.
Keadaan ini biasanya akan disedari apabila anak mula menunjukkan tingkah laku pelik atau rasa tak selesa selepas itu.
Seperti yang dikongsikan oleh Pakar Telinga Hidung Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam, kes melibatkan kanak-kanak tertelan syiling antara yang sentiasa berlaku dan mungkin boleh mengancam nyawa jika syiling itu masuk ke dalam saluran pernafasan.
Menerusi perkongsiannya di Twitter, Dr Shaiful berkongsi mengenai satu kes kanak-kanak tertelan syiling yang dikendalikan olehnya.
Menurutnya, ia merupakan syiling terbesar yang pernah dikeluarkan olehnya, berbeza dari pesakit-pesakit sebelum ini.
JIKA SILAP MASUK SALURAN, BOLEH MEMBAWA MAUT!!!
Ini cerita OnCall di malam tadi. Seminggu sebelum menjelang Ramadan.
“Bos, ada referral dari kecemasan ni, budak 7 tahun tertelan duit syiling” – kata MO saya yang Oncall.
“Bagaimana keadaan pesakit? Ada susah nafas ke? Neck Xray finding dia apa?” – Balasku ringkas.
“Alhamdulillah. Pesakit stable. Xray nampak ada kat esophagus”
Alhamdulillah.
Antara kerisauan utama Pakar ENT jika ada budak tertelan bendasing adalah masuk ke dalam saluran pernafasan, bukan saluran pemakanan (esophagus).
Jika termasuk dalam saluran pernafasan, pesakit boleh mengalami sesak nafas & boleh membawa kematian.
Untuk pesakit ini, urusan pembedahan mengeluarkan duit syiling yang tersangkut di saluran esophagus dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi yang serius.
Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dibawah bius penuh (GA).
Alhamdulillah. Duit syiling 50 sen berjaya dikeluarkan.
UNTUK REKOD, INI ADALAH NILAI SYILING TERBESAR BUAT SAYA SELAMA MENGELUARKAN DUIT SYILING PESAKIT SEBELUM-SEBELUM INI.
(Kebanyakan sebelum ini adalah nilai 10 sen dan 20 sen)
Buat ibu, bapa atau penjaga, sentiasalah awasi permainan anak-anak anda. Elakkan memberi mainan kecil kepada anak-anak yang suka masukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.
Jangan ajar anak-anak bermain magic, hilangkan benda ke dalam mulut. Elakkan bergurau ketika ada benda di dalam mulut.
Nasihat terakhir, segeralah bawa anak-anak ke hospital jika ternampak tertelan benda-benda yang tidak sepatutnya!!
Dan seandainya anda tidak nampak berlaku, antara gejala awal yang biasa adalah anak-anak muntah dengan tiba-tiba sambil menjolok tangan ke dalam mulut.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kicap untuk anak perlu dipilih dengan teliti kerana sesetengah produk mengandungi gula, garam dan bahan tambahan yang tinggi. Ketahui panduan memilih pilihan yang lebih sihat untuk si kecil.