
Pasti ada dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak kidal yang menulis menggunakan tangan kiri. Ada yang risau, ada juga yang tertanya-tanya, “Perlu ke ubah jadi tangan kanan?” Jawapannya mudah… tidak perlu.
Menggunakan tangan kidal bukan satu kesalahan, malah ia adalah keunikan semula jadi yang patut diraikan. Jika anak kidal cenderung menggunakan tangan kiri seperti ayah atau ahli keluarga lain, biarkan sahaja. Memaksa anak bertukar tangan hanya akan membuatkan mereka keliru, terutama bila melibatkan arah kiri dan kanan nanti.
Lebih menarik, anak kidal sebenarnya mempunyai banyak kelebihan tersendiri!
Secara umumnya, hanya sekitar 15 peratus populasi dunia terdiri daripada individu kidal. Ini menjadikan mereka unik dan sering dikaitkan dengan kreativiti yang tinggi.
Dari sudut sains, perkembangan kemahiran motor anak berkait rapat dengan fungsi otak. Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan.
Bagi anak kidal, otak kanan lebih dominan, sebab itulah mereka cenderung menggunakan tangan kiri.
Biasanya, kecenderungan ini sudah boleh dilihat seawal usia 2 hingga 3 tahun, dan akan menjadi lebih jelas apabila anak mencecah usia 5 tahun. Pada fasa ini, ibu ayah disarankan untuk memberi sokongan tanpa cuba mengubah kebiasaan semula jadi mereka.
Jom kenali si kecil dengan lebih dekat melalui fakta-fakta ini!
Kajian menunjukkan kecenderungan kidal boleh diwarisi daripada ibu atau bapa. Namun, ia bukanlah satu “kelainan”, sebaliknya variasi semula jadi dalam perkembangan manusia.
Walaupun kebanyakan anak kidal dilahirkan begitu, ada juga yang menggunakan tangan kiri disebabkan faktor lain seperti kelemahan otot tangan kanan atau kecederaan.
Anak kidal dikatakan mempunyai pendengaran yang lebih sensitif. Mereka lebih mudah membezakan jenis suara dan bunyi di sekeliling, termasuk perubahan nada suara.
Sesetengah kajian mendapati mereka lebih pemalu dan berhati-hati. Mereka tidak suka melakukan kesilapan dan sering berfikir sebelum bertindak dalam sesuatu situasi.
Mood boleh berubah dengan cepat. Ini kerana cara otak mereka memproses emosi sedikit berbeza berbanding kanak-kanak lain, menjadikan mereka lebih peka terhadap persekitaran.
Ini antara kelebihan paling ketara! Ramai individu kidal mempunyai bakat dalam bidang seni, lukisan, muzik dan kreativiti. Mereka cenderung berfikir di luar kotak.
Kajian menunjukkan mereka lebih mudah mengingati pengalaman, termasuk yang menakutkan. Sebab itu mereka mungkin lebih sensitif terhadap perkara yang memberi kesan emosi.
Menariknya, ramai individu kidal berada dalam kategori IQ tinggi. Malah, organisasi Mensa melaporkan sekitar 20 peratus ahlinya terdiri daripada individu kidal.
Setiap anak dilahirkan dengan keunikan tersendiri, termasuklah anak kidal. Apa yang penting, ibu ayah dan guru perlu memahami serta menyokong perkembangan mereka secara positif.
Daripada cuba mengubah, lebih baik kita:
Selain itu, ibu ayah juga boleh menyediakan alat tulis yang sesuai untuk tangan kiri serta memberi galakan dalam aktiviti yang menyerlahkan kreativiti mereka. Sokongan emosi juga sangat penting untuk membantu mereka membesar dengan yakin.
Jika ada kebimbangan, berbincanglah dengan pakar seperti doktor atau ahli terapi untuk mendapatkan panduan terbaik. Dengan pendekatan yang betul, anak kidal mampu berkembang dengan cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan.
Baca: Bayi Susah Tidur Malam? 5 Kesilapan Besar Ibu Bapa Yang Wajib Elak
Jahitan Bersalin Terbuka, Ibu Jangan Ambil Ringan. Ini Tanda & Cara Nak Sembuh
Sumber: Hello Doktor