Sudah menjadi kebiasaan, usai memandikan anak dipakaikan bedak. Tujuannya tiada lain selain untuk harumannya, tetapi juga dikatakan baik untuk merawat masalah ruam jika ada. Adakah pemakaian bedak ini perlu sebenarnya?
Petikan dari Verywell Health menyatakan bedak khas untuk bayi diperbuat daripada bedak mineral mahupun tepung jagung. Tiada bukti perubatan yang menunjukkan keberkesanan memakaikan bedak untuk merawat masalah kulit kering dan ruam.
Ads
Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan bedak boleh menyebabkan gangguan pernafasan kerana partikel debu halus yang masuk ke paru-paru mereka. Ada juga beberapa hasil kajian lain yang mengaitkan penggunaan bedak dengan serangan kanser tertentu.
Sebenarnya anak tidak perlu dipakaikan dengan bedak. Pemakaian bedak berisiko menyebabkan anak tersedut partikel kecil dalam bedak ke saluran nafas. Ini boleh mengakibatkan gangguan pernafasan dan sedihnya, boleh menyumbang kepada kematian. Sesetengah ibu bapa menggunakan bedak untuk merawat masalah kekeringan kulit atau ruam.
Cukup sekadar mengenakan pakaian nipis kepada anak dan elakkan mereka daripada mengalami peluh secara keterlaluan. Lebih aik lagi, selalulah gantikan pakaian anak. Tapi, kalaulau nak juga dipakaikan bedak pada anak-anak, ini caranya yang boleh anda buat:
Ads
1. Elakkan daripada meletakkan bedak pada muka dan alat sulit 2. Jangan letak dalam lampin 3. Tuangkan bedak pada tangan dulu sebelum diletakkan pada badan 4. Jauhkan bedak dari anak, elakkan mereka dari bermain dengan bedak
Minyak telon yang selalu kita gunakan untuk mengurangkan masalah kembung perut juga tidak elok diamalkan selalu.
Perhatikan anak-anak jika mengalami alergi jika dioleskan dnegan minyak telon. Sesetengah kulit bayi atau kanak-kanak tidak tahan dengan kehangatan minyak telon maka ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit mereka. Simptom iritasi adalah seperti kulit menjadi kering, kemerahan serta gatal.
Jika risaukan anak-anak mengalami kembung perut pada waktu malam, pakaikan pakaian yang sedikit tebal dan berstoking.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi impian setiap ibu dan bapa untuk menyimpan atau menabung bagi kegunaan anak-anak di masa hadapan. Bukan sahaja untuk kegunaan si kecil bagi menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi malah juga untuk digunakan ketika waktu kecemasan dan sebagainya.
Tabiat menabung ini perlu bermula daripada ibu bapa sendiri dan seterusnya diajarkan kepada anak-anak seawal usia mereka. Bermula dengan menyimpan duit dalam tabung kecil dan seterusnya dijadikan rutin untuk mereka, sudah pasti kebiasaan tersebut akan membuatkan mereka teruja dan gembira apabila melihat jumlah duit yang terkumpul pada akhirnya.
Malah ibu bapa juga sedikit sebanyak perlu menerapkan ilmu-ilmu kewangan secara tidak langsung kepada anak-anak supaya mereka mempunyai kesedaran betapa pentingnya menyimpan untuk kegunaan masa depan. Justeru itu, ibu bapa sendiri perlu mempunyai sedikit ilmu tentang pengurusan duit anak-anak.
Kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN
Pada Julai 2020, Pa&Ma dan SSPN bekerjasama memberikan pendedahan dan ilmu tentang kepentingan menyimpan duit kepada ibu bapa khususnya yang baru mempunyai cahaya mata melalui Kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN.
Menerusi kempen ini, Pa&Ma dan SSPN bakal menganjurkan dua acara yang padat dengan maklumat dan juga ilmu yang boleh digunakan untuk pengurusan duit anak-anak demi masa depan mereka khususnya.
E Workshop Financial Parenting
Pada 25 Julai 2020, Pa&Ma dan SSPN akan mengadakan kelas secara dalam talian berkaitan ilmu pengurusan duit untuk anak-anak. Pelbagai tip menguruskan duit simpanan anak-anak bakal dikongsikan oleh Dr. Azu Shahadan, Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi.
Seramai 50 peserta akan bersama Dr. Azu menerusi aplikasi Zoom untuk menimba ilmu dan mendapatkan sebanyak mungkin tip dan maklumat berkaitan pengurusan dan simpanan duit anak-anak. Menariknya semua peserta yang menyertai kelas ini akan mendapat akaun simpanan SSPN bernilai RM20 setiap seorang. Kelas E Workshop Financial Parenting ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato’ Dr Fazley Yaacob, selebriti dan bapa kepada empat orang cahaya mata. Kepada yang berminat untuk menyertai kelas ini boleh menghubungi segera nombor telefon seperti tertera di dalam poster.
Selain padat dengan tip dan maklumat tentang pengurusan wang untuk keluarga, para peserta juga berpeluang menyertai Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 yang baru sahaja dilancarkan pada 14 Julai 2020 sekiranya membuat pembukaan akaun atau penambahan deposit dalam SSPN-i Plus.
Terdapat dua kategori cabutan iaitu Cabutan Tahunan dan Cabutan Bulanan. Tempoh promosi ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 bagi Cabutan Bulanan manakala Cabutan Tahunan pula 1 Januari hingga 31 Disember 2020.
Hadiah utama Cabutan Tahunan berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua berupa wang tunai RM50,000, tempat ketiga berupa RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 orang pendeposit. Bagi Cabutan Bulanan, 20 orang pendeposit SSPN berpeluang meraih hadiah wang tunai RM2,020 pada setiap bulan.
Pembukaan akaun dan penambahan deposit SSPN-i Plus boleh dilakukan dengan mudah secara online di www.lovesspn.com.
Peraduan Simpan Challenge #DoItBaruBerduit
Bagi memeriahkan lagi kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN, peserta dan pengikut media sosial Pa&Ma dan PTPTN boleh memenangi hadiah menarik dengan menyertai peraduan yang akan berlangsung selepas selesai kelas E Workshop Financial Parenting.
Caranya peserta hanya perlu merakam video reaksi anak-anak diberi upah oleh ibu bapa setelah melakukan tugasan di rumah (contohnya cuci tingkap, menyapu sampah dan sebagainya) dan gelagat anak apabila disuruh menabung seterusnya memuat naik video tersebut di akaun Instagram masing-masing. Seramai 13 orang peserta dengan kandungan video yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.
Hadiah-hadiah menarik yang menanti peserta Simpan Challenge #DoItBaruBerduit adalah seperti berikut:
Tempat pertama – Akaun SSPN RM500
Tempat kedua – Akaun SSPN RM300
Tempat ketiga – Akaun SSPN RM200
10 pemenang saguhati berupa akaun SSPN RM100
Borak Pa&Ma Bersama Sharifah Shahirah & Puan Mastura
Bagi merancakkan lagi kempen Simpan Challenge Pa&Ma Bersama SSPN, video live temu bual eksklusif bersama Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN turut akan disiarkan di Facebook Pa&Ma dan PTPTN.
Menampilkan selebriti yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Shahira sebagai moderator yang akan menemubual Puan Mastura membincangkan topik menarik berkaitan pengurusan simpanan wang anak-anak di SSPN.
Program yang akan disiarkan secara langsung pada 29 Julai jam 3 petang ini pastinya akan memberikan pelbagai input menarik dan berguna buat ibu bapa.
Jangan lepaskan peluang keemasan dengan mengikuti dan juga menyertai kempen Simpan Challenge yang dijalankan oleh SSPN bersama Pa&Ma. Bukan sahaja ilmu bermanfaat dan info menarik yang akan diperolehi dan dikongsikan untuk semua, tetapi hadiah-hadiah yang ditawarkan juga jangan dilepaskan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjaga mood anak di waktu pagi ketika bangun tidur memang mencabar. Pantang bertegas, anak mula tarik muka dan merajuk. Payah namun bagi Datuk Dr Sheikh Muszaphar, beliau punya caranya yang tersendiri bagi menjaga mood ceria anak di waktu pagi.
Tak perlukan drama, Dr Sheikh turut berkongsi beberapa tip di Instagramnya. Paling menarik bukan hanya kembar lelaki yang sentiasa dalam mood yang baik bahkan dua kembarnya, Emelia dan Eusoff juga turut sama behave.
Paling utama kata Dr Sheikh lagi adalah menyediakan mental yang baik dan positif untuk anak-anak ketika mereka baru bangun tidur.
Nak tahu apa yang dilakukan oleh beliau? Jom ikuti tip dan perkongsian bapa penyayang ini.
Pukul 7 pagi dan twins dah sedia ke sekolah. Hanya sarapan bijirin ringan. Kembar Emelia dan Eusoff pun dah sedia ke PlaySchool mereka.
Anak-anak sentiasa dalam suasana riang gembira pada awal pagi.
Berikut adalah beberapa petua:
1. Sediakan mental anak-anak dengan aktiviti mereka untuk hari berikutnya.
2. Senaraikan aktiviti pada anak dan nyatakan betapa menyeronokkan dan menariknya aktiviti itu.
3 . Pastikan anak-anak dapat tidur yang cukup.
4. Bangunkan mereka dengan aura positif. Lampu terang, nyanyi dengan kuat dan menggeletek anak.
5. Letakkan senyuman di wajah mereka. Selalunya saya buat lawak untuk bagi anak gelak.
6. Sediakan sarapan kegemaran mereka. Anak-anak biasanya teruja lihat apa yang ada di atas meja. Daripada sandwic telur, yogurt dan bijirin.
7. Buat mereka bersemangat. The Boys biasanya berbasikal keliling rumah sementara menunggu untuk pergi.
8. Jadikan perjalanan ke sekolah menyeronokkan.
9. Main permainan dalam perjalanan. ‘I spy with my eye’ is highly recommended.
10. Salam, kisses & hugs dan niat ‘Belajar Kerana Allah’.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Proses mengupas bawang adakalanya membuatkan kerja-kerja memasak jadi sedikit terlambat. Tambah-tambah lagi ketika mengejar masa, mengupas bawang jadi terlalu sukar.
Tip yang dikongsikan oleh @awangdapur ini mama kena cuba. Memang mudah dan pantas untuk mengupas.
Tips kupas bawang merah. Siap!
Langkah-langkah:
1) Ambil satu mangkuk, masukkan semua bawang.
2) Siram dengan air yang mendidih sehingga terendam kesemua bawang.
3) Biarkan sekejap beberapa minit dan toskan airnya.
4) Tak perlu keringkan, boleh terus potong bahagian atas dan bawah bawang.
5) Hasilnya kulit bawang lebih mudah ditanggalkan.
Wajib cuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!