Hati-hati ya! Sebagai mak ayah kita kadangkala tak perasan yang kita suka lebihkan anak. Anak yang ada persamaan karakter dengan kita, kita sayang.
Anak yang lain sikit karakternya atau yang ada karakter kita tak suka sering jadi punching bag untuk kita lepaskan kemarahan, kekecewaan dan kepenatan kita. Ada juga yang bezakan sebab,
Anak kebanggaan
Sebab dia pandai atau dia jaguh sukan misalnya, atau dia lebih handsome atau comel dari yang lain misalnya.
Anak sering buat salah
Ads
Kita sebenarnya kena bimbing mereka, sebab anak kecil ni mana tau apa.
Anak yang rajin
Bila ada yang rajin, yang lain nampak macam tak berguna. Rasa bersalah..Maksudnya ibu bapa salahkan dirinya sebab kekurangan anak dan sekarang dia nak tebus semula hingga abaikan yang lain.
Ads
Ish macam-macamlah kan sebab lain..Be a conscious parents, hati-hati jangan sampai ada suasana ‘pilih kasih’ dalam keluarga.
Sebab apa tau, bila ada pilih kasih, anak yang jadi pilihan mungkin rasa rimas atau rasa dia special dan dia berkuasa buat apa sahaja, atau dia sendiri rasa serba salah dengan adik beradik lain.
Anak yang bukan pilihan pula akan rasa tidak disayangi, tiada keyakinan diri, makan hati. Akhirnya membawa kepada cemburu antara adik beradik.
Merajuk lalu tak mahu rapat dengan mak ayahnya, ada kajian percaya, perbezaan personaliti individu 75% adalah disebabkan bagaimana keluarga melayan mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai pasangan tidak bahagia kerana saling memendam rasa. Isteri benci sikap suami, tabiat buruk, tidak bertanggungjawab, abai nafkah, suka tengking, panas baran, bercakap kasar, tidak membantu urusan rumahtangga dan seumpamanya. Namun pendam sendirian.
Suami benci sikap isteri yang melawan cakap, suka berleter panjang benda remeh, kuat merajuk terlampau, suka tinggi suara, bercakap lembut dengan lelaki lain tapi dengan dia menyinga, tidak hormat suami, suka membandingkan dengan dia dengan orang lain dan sebagainya. Namun diam.
Diam dan terus diam. Hanya membara di dalam tanpa meluahkan.
Kudis kecil menjadi barah. Dan barah menjadi parah. Akhirnya saling tidak bahagia dan membenci dalam diam.
Ramai yang pm aku cerita pasal ketidakpuasan hati pada pasangan masing-masing. Salah tu.
Jangan luah pada orang luar. Luah pada pasangan sendiri.
Di media sosial, di mata orang sekeliling, kelihatan mereka cukup bahagia. Sedangkan dalam hati, membenci pasangan sendiri.
Pembunuh utama sesebuah perkahwinan adalah memendam rasa. Diam pada benda tidak suka.
Tidak berterus terang antara satu sesama.
Itu punca keretakan yang boleh membawa kepada penceraian.
Betulkan hal ini kawan-kawan. Cari masa yang sesuai. Dalam keadaan paling tenang dan harmoni.
Kemudian berkomunikasilah. Luahlah. Ceritalah apa jua yang kita tak suka, tak setuju dengan pasangan kita.
Pasangan yang mendengar pula kena tenang setenang-tenangnya. Jangan cepat melatah, jangan cepat menidakkan, jangan melenting marah-marah.
Respon balik dengan tenang. Terima setiap teguran. Ubah mana yang patut. Bagi penjelasan atas setiap tindakan.
Komunikasi ini sangat-sangat penting dalam sesebuah hubungan. Namun sangat ramai pasangan mengabaikan hal penting ini.
Sedih mendengar cerita kawan-kawan yang memendam rasa, yang sampai bergaduh hingga tahap bercerai-berai, saling memaki hamun sesama hanya kerana masalah yang dipendam lama.
Rumahtangga tidak lagi menjadi tempat yang membahagiakan. Sebaliknya menjadi medan permusuhan dalam diam. Benda ni kena ubah. Jangan lagi pendam dalam diam.
10 sifat yang perlu ada pada pasangan tak kira lelaki atau perempuan.
1. Mendengar dengan baik.
2. Meluah.
3. Berkomunikasi.
4. Berbincang.
5. Tolak ansur.
6. Saling memahami.
7. Sudi menerima teguran.
8. Tidak ego.
9. Bertenang.
10. Menerima teguran dan membetulkan kesilapan.
Sesekali, hadiahkan pasangan kita dengan surprise gift. Walau harga murah bawah RM50 pun, mereka cukup rasa dihargai dan disayangi.
Jom sama-sama doakan semua pasangan yang sedang berantakan menemui titik persefahaman.
Agar cinta yang dulu membara dan hampir padam apinya kembali marak semula.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umur antara 2 hingga 6 tahun adalah waktu yang sangat penting untuk membentuk sikap anak. Ketika ini ibu bapa perlu beri perhatian dan elakkan perkataan “Nanti”. Alasanya sebab anak masih kecil tapi sebenarnya ini lah kesilapan terbesar.
Persoalan kini, adakah sikap anak itu diwarisi atau dibentuk?
Semula jadi dan genetik
Persoalan natural/nature ini ada kaitan dengan genetik. Ia melibatkan faktor kelahiran seseorang bayi itu. Nature pula menyebabkan individu berpersonaliti sedemikian disebabkan pengalaman hidup dan persekitaran.
Sikap dan perilaku anak-anak boleh terbentuk sama ada secara semulajadi atau melalui persekitaran. Ya kedua-duanya sekali.
Jadi role model kepada anak
Kalau bapa adalah seorang yang garang dan panas baran, tidak mustahil anak yang dibesarkan itu juga akan jadi seorang yang pemarah dan baran.
Genetik yang diturunkan pada si anak akan membentuk sifat tersebut. Ia akan ditambah pula dengan persekitaran dan pengalaman hidup yang telah dilaluinya. Jadi, bagi membentuk sifat positif serta anak yang baik, ibu bapa harus tunjukkan teladan yang elok dan sikap yang positif terlebih dahulu.
Berdialog Dengan Anak
Bahasa mudahnya, sesekali luangkan masa anda untuk berbual dan bertanya pada anak tentang perihal mereka. Ketika berdialog atau berbual, ikutlah kesesuaian pemikiran anak tersebut. Rendahkan suara dan pandai menarik perhatian mereka untuk ada komunikasi dua hala.
Usah borak dan tanya dengan panjang lebar. Lebih teruk lagi kalau ia perkara yang membosankan. Jika ada kata-kata nasihat, pastikan nasihat yang diberikan haruslah secara terus dan ikut kemampuan akal anak kita.
Contoh: kalau anak buang sampah merata-rata, jangan terus marah dan tengking mereka. Nasihatlah secara berhemah dan ajarkan anak tentang kebersihan. Ya sangat mudah dan usah cepat melenting.
Nasihat pada waktu yang tepat
Rasulullah ada menjelaskan ada tiga waktu yang sesuai untuk tegur dan nasihatkan anak.
-Ketika dalam perjalanan ke suatu tempat
-Semasa makan
-Semasa anak sakit
Dalam waktu-waktu tersebut, anak-anak ini mudah untuk terima kata-kata dari ibu bapa mereka. Segala teguran dan nasihat akan mudah untuk mereka fokus dan ambil inti patinya.
Beraktiviti bersama anak
Ibu bapa, tolong luangkan masa untuk anak. Anak ini kalau dibiarkan tak tentu arah jadinya. Kita yang dewasa ini juga perlukan perhatian bukan?
Sebenarnya, aktiviti yang disertai oleh kita dapat melatih pancaindera si anak. Ia juga dapat membantu mereka meniru sesuatu perkara yang diajarkan oleh anda ibu bapa.
Sekiranya anak minat melukis dan mewarna, turunlah padang sekali sekala dan tunjukkan skil anda. Cara ini akan buat anak kagum dan memerhatikan gaya anda. Malah mereka akan belajar menirunya.
Dengan beraktiviti bersama-sama, ia akan melahirkan sifat ingin tahu kepada si anak. Contohnya seperti membuat kapal terbang kertas. Mereka, (anak-anak) akan teruja ingin tahu bagaimana ibu bapanya mencipta kapal terbang kertas tersebut.
Selain itu, aktiviti bersoal jawab atau berteka teki juga baik untuk membentuk sifat anak selain mengerakkan minda mereka. Anak-anak akan berfikir untuk menjawab, dan ia sungguh menghiburkan dengan gelak ketawa mereka.
Semua perkara ini mungkin ada halanganya juga. Bergantung pada faktor luaran. Halangan yang mungkin dilalui dalam pembentukan sikap anak-anak adalah dari aspek kesihatan, masa, persekitaran dan media sosial.
Bayi menangis merupakan perkara biasa. Antara sebab yang sering membuatkan bayi menangis kerana lapar, kesejukan, panas atau ibu tiada dekat dengannya. Ada juga bayi menangis sebab sawan tangis atau pun akibat gangguan ‘luar’.
Pada kebiasaannya, tangisan akibat gangguan tersebut boleh berlaku dalam tempoh yang singkat atau agak lama dan biasanya berlaku di waktu senja atau tengah malam.
Faktor Bayi Menangis:
2. Lapar\Haus(nak susu)
3. Gangguan Makhluk halus(jin)
Tanda-tanda bayi anda menangis bukan kerana faktor kesihatan atau lapar tapi kerana gangguan seperti berikut:
2. Menangis yang tiada air mata
3. Menangis seolah seperti dicubit(nada tangisan semakin tinggi)
4. Riak wajah bayi seperti dalam ketakutan
5. Tidur di selang seli dengan tangisan
6. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari(contoh bayi anda bila masuk sahaja waktu maghrib mesti menangis sebelum itu dan di waktu tengah malam tak menangis, dan ini berlaku setiap hari atau bayi anda tidur lena tapi bila sampai waktu tengah malam dia mesti terjaga dan menangis)
7. Waktu senja pintu atau tingkap rumah tak tutup dan ahli keluarga anda keluar masuk rumah
Apa yang patut anda lakukan?
2. Baca ayatul Qursi 3x dan tiup dari ubun-ubun bayi sampai kakinya
“Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat”
-QS. Yasin (36):9-
Berhenti pada kalimah sadda(سَدًّ)dan doa dalam hati agar bayi anda terhijab dari melihat jin\syaitan dan bayi anda didinding dengan pendinding yang kukuh supaya tidak boleh disentuh oleh jin..Kemudian sambung baca dan berhenti sekali lagi pada kalimah sadda(سَدًّ)dan doa lagi dalam hati seperti tadi,kemudian habiskan bacaan dan tiup pada ubun-ubun bayi.
PERINGATAN:
-Jadikan ayat-ayat di atas sebagai amalan harian (bila dah berlaku baru nk baca biasanya tak jadi)
-JANGAN SESEKALI BERJUMPA BOMOH(bila jumpa bomoh biasanya bomoh akan bagi benang hitam dipakaikan ditangan bayi)
Benang hitam itu termasuk tangkal yang diharamkan dalam islam kerana SYIRIK.
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.