Mendidik anak perempuan bukan mudah. Besar tanggungjawabnya. Ibarat permata yang perlu digilap dan dijaga sebaiknya. Membesarkan anak perempuan harus sentiasa dibajai dengan adab dan akhlak.
Sama juga seperti anak lelaki, tetapi anak perempuan memerlukan pemantauan lebih. Cuma sebagai ibu bapa, kita tak sedar kesilapan ini biasa dilakukan terhadap anak perempuan.
5 kesilapan parenting yang biasa kita buat terhadap anak perempuan.
1. Tak boleh menangis.
“Jangan menangis, jangan mengada-ngada”
Menangis bukan tanda lembik! Tapi tu tanda hati dia lembut, fitrah seorang wanita. Tak bagi dia nangis ibarat kita menafikan fitrah dia.
2. Marah dia banyak cakap.
Cakap cakap adalah satu terapi buat perempuan. Anak kita sedang luah isi hati, kita pula marah dia. Salah tu, lama-lama boleh tawar hatinya.
3. Tak boleh main, buat kerja je.
Ads
Haih. Memang betul anak perempuan kena di latih pandai buat kerja rumah tapi tak patut kita ignore fitrah seorang anak iaitu bermain. Anak lelaki pun kena latih buat kerja rumah juga tau.
4. Perempuan kena mengalah
Memang selalu anak perempuan yang banyak mengalah, baik dari buat kerja rumah sampai la pilih channel tv perempuan yang terpaksa mengalah. Semua anak ada hak yang sama. Berlaku adil & tidak bias ikut jantina.
Ads
5. Terlalu keras hati
Ramai anak perempuan yang jauh hati dengan ibu ayah sebab terlalu keras, terlalu kasar & terlalu garang dalam mendidik.
Anak perempuan hati dia lembut, mereka tak rasa CONNECTED jika kita berkeras, tak sync. Kontra habis. Tak pelik jika anak perempuan kuat melawan.
Anak perempuan dia special. Jika kita betul-betul tunaikan semua hak mereka dan bimbing mereka baik-baik, itu la jambatan syurga kita kelak.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap ibu ayah membeza-bezakan anak ditakuti boleh menjadi punca mereka jadi dengki satu sama lain. Didik lebih dari seorang anak jangan sampai ibu ayah membeza-bezakan mereka tanpa sedar. Sikap tersebut kalau dibiarkan boleh menjadi punca kepada perasaan dengki sesama mereka.
Mungkin tak ada niat pun dalam hati kita untuk membeza-bezakan anak tapi kadangkala tanpa sedar ia berlaku sendiri. Perhatian yang lebih diberikan pada anak yang kecil membuatkan anak yang besar terasa hati. Sikap acuh tak acuh atau kurang beri perhatian kepada anak yang besar kerana beranggapan mereka sudah boleh berdikari sebenarnya satu kesilapan besar yang ramai ibu ayah lakukan!
Kalau kita tak perasan yang kita lakukan hal ini, jom sama-sama baca perkongisan ditulis oleh Dr Taufiq Razif ini. Semoga selepas ini kita lebih prihatin dan dapat memperbaiki kelemahan diri masing-masing.
Baru ni saya terpaksa marah isteri saya.
“Jangan lah puji berlebih lebihan si adik tu di depan si kakak. Adik masih tak tahu apa-apa tapi si kakak tu dah boleh faham dah! ”
Saya bukan apa. Benda ni nampak je simple tapi efeknya boleh sampai ke besar.
Kakak yang dah terima kehadiran dan kelahiran adiknya dengan hati terbuka sebenarnya dah buat ‘pengorbanan jiwa & emosi’ yang cukup besar dah. Tak patut la kita menyakitkan jiwa dia dengan melebih lebihkan si adiknya di depan si kakak.
Sebab tu saya pesan sangat pada semua mak dan ayah. Bila balik je daripada kerja, peluk la dulu si kakak tu. Biarlah secomel apa pun baby ( si adik ) tu, si baby masih tak memahami. Yang kita kena hargai dulu adalah emosi si kakak dah faham tentang kasih sayang dan juga perhatian.
Satu lagi, be fair!
Bila dua orang anak tengah berebutkan perhatian kita, jangan cuma fokus eye contact dan sentuhan kita hanya pada satu anak sahaja. Belai dan fokus secara bergantian kepada keduanya.
Kita taknak timbulkan ‘hasad’ dalam anak-anak kita. Pernah tengok orang berebutkan harta pusaka selepas kematian mak ayah tak? Salah satunya adalah kerana ‘hasad’ tu dah terbentuk sejak daripada kecil lagi la tu.
Nampak simple kan? Tapi efeknya sampai la anak kita dewasa! Tolong bagitahu benda ni pada pasangan kita ye.
Taufiq Razif
Paling Takut Anak Dengki Sesama Sendiri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesti ada di antara anda terfikir, bukankah melelapkan mata itu satu kemahiran semula jadi? Bagi sesetengah individu dewasa, masa untuk tidur dianggap perkara yang mudah. Malahan, untuk mereka yang baharu bergelar ibu bapa, kepenatan menjaga si kecil mungkin membuatkan anda terus tertidur sebaik sahaja berbaring.
Tetapi keadaan itu berbeza bagi bayi kecil. Mereka masih belum mempunyai kemahiran yang sama. Latihan tidur adalah satu proses untuk membantu bayi belajar melelapkan mata dan kekal tidur sepanjang malam.
Kebanyakan bayi dapat mengadaptasi kemahiran ini dengan mudah dan cepat.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah anak yang berdepan kesukaran untuk tidur atau kembali melelapkan mata selepas terjaga.
Adakah anda tahu bilakah masa yang sesuai untuk melatih anak tidur sendiri?
Pakar mengesyorkan waktu yang sesuai untuk memulakan latihan tidur ketika bayi berusia 4 hingga 6 bulan. Di bawah ada penjelasan lebih lanjut mengenai kesesuaian batas usia anak:
# Baru lahir hingga 2.5 bulan
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan antara malam dan siang kerana mereka tidak menghasilkan cukup melatonin.
Mereka juga memerlukan penyusuan pada waktu malam yang kerap. Jadi buat masa ini, ia bukanlah masa sesuai untuk melatih anak tidur sendiri.
# 3 hingga 4 bulan
Menjelang usia 3 hingga 4 bulan, bayi mula membentuk kitaran tidur malam. Mereka mudah bergaul, tidak mengalami kegelisahan perpisahan dan dapat melelapkan mata dengan lebih baik.
Pun begitu, kebanyakan kanak-kanak pada usia ini, masih belum bersedia untuk menenangkan diri sendiri. Jadi wujud sedikit kesukaran untuk melatih si kecil tidur.
# 4.5 hingga 5.5 bulan
Kebanyakan pakar mencadangkan untuk memulakan latihan tidur anak pada sekitar usia ini. Ia disebabkan oleh keadaan bayi yang boleh melelapkan mata sehingga tempoh 6 hingga 8 jam tanpa perlu melakukan penyusuan pada waktu malam.
Seperkara harus diingatkan pada batas usia anak ini, mereka sudah mula belajar bahawa tangisan akan mendapat tindak balas segera daripada anda. Jadi bersedialah untuk mendengar rengekan si manja nanti apabila anda melangkah meninggalkan mereka!
# 6 hingga 8 bulan
Pada usia ini, bayi dikatakan lebih berminat untuk mencari mainan daripada memerhatikan anda. Jadi sekiranya anda sedang merancang untuk melatih anak tidur sendiri, inilah masa yang sesuai untuk melakukannya! Bayi juga dikatakan kurang cerewet sekiranya terjaga pada waktu malam.
# 9 hingga 11 bulan
Bayi mula memahami bahawa ibu bapa masih ada walaupun setelah meninggalkan mereka. Jadi si kecil akan menggunakan senjata terhebat mereka – tangisan – untuk memanggil anda kembali. Pada tempoh ini, latihan tidur mungkin boleh mewujudkan rasa penat dan kecewa pada diri anda. Pun begitu, tiada apa yang boleh menghalang anda jika mahu terus mencuba latihan tidur ini.
# 12 hingga 16 bulan (1 tahun 4 bulan)
Dalam batas usia anak ini, mereka mula menumpukan perhatian untuk mengembangkan kemahiran pertuturan dan fizikal, jadi anak akan ‘kurang melekat’ dengan ibu ayah. Jadi gunakanlah tempoh ini untuk melakukan latihan tidur.
# 17 hingga 21 bulan (1 tahun 5 bulan hingga 1 tahun 9 bulan)
Agak pelik tetapi pada usia ini anak sedang dalam proses untuk berdikari dan mereka mungkin akan lebih memerlukan sokongan anda. Jadi hentikan dulu rancangan untuk melatih anak tidur sendiri.
5 petua latih anak tidur sendiri
Anda sudah tahu batas usia anak yang sesuai untuk memulakan latihan tidur tetapi ada rasa khuatir jika tidak berjaya? Usah bimbang, apa kata cuba 5 petua berikut:
1. Wujudkan rutin waktu tidur
Setiap malam, lakukan rutin tidur yang boleh menenangkan fikiran dan mempersiapkan tubuh mereka untuk melelapkan mata. Ia melibatkan teknik menenangkan seperti mandi, membaca buku atau pun menyanyikan lagu dengan irama mengasyikkan seperti ‘Twinkle-twinkle Little Star’.
Pastikan rutin ini dilakukan secara konsisten untuk memberitahu bayi bahawa ia adalah masa tidur. Teknik ini juga dapat mengembangkan jam dalaman mereka.
2. Tetapkan tarikh efektif untuk melakukannya
Walaupun pada hakikatnya tidak ada masa yang tepat untuk melatih anak tidur sendiri, tetapi elakkan memilih waktu hampir dengan perkara-perkara penting lain dalam kehidupan anak.
Antaranya seperti masa untuk berjumpa pengasuh baharu atau minggu pertama memperkenalkannya dengan mainan gigi (teething toys). Kebanyakan ibu bapa memilih untuk memulakan latihan tidur pada hari Jumaat dan menggunakan kelebihan waktu hujung minggu. Ada juga yang mengambil cuti daripada tugasan kerja bagi mengelakkan isu mengantuk sewaktu bekerja.
3. Waktu siang untuk bermain
Bercakap dan bermain dengan bayi pada siang hari akan dapat memanjangkan waktu si kecil berjaga.
4. Letakkan bayi di katil tidur ketika masih terjaga
Berapa ramai ibu bapa yang memilih untuk meletakkan si kecil di katil mereka saat sudah melelapkan mata? Tindakan anda itu mungkin akan menyukarkannya untuk kembali tidur apabila terbangun pada waktu malam.
Langkah terbaik, apabila si kecil tampak mengantuk tetapi masih lagi berjaga, ia merupakan waktu sesuai untuk meletakkan mereka di katil tidur.
5. Fahami isyarat bayi letih
Perhatikan jika si kecil menguap, menggosok mata atau mula merengek. Ia adalah isyarat mereka sudah letih dan biasanya akan berlaku pada waktu yang sama setiap malam. Penting untuk meletakkan bayi di tempat tidur ketika mereka mengantuk tetapi tidak terlalu letih.
Ini kerana jika bayi terlalu penat, mereka lebih sukar untuk tidur dan cenderung untuk bangun lebih awal.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mak kita atau orang tua-tua pernah cakap, nak didik anak nombor 2 ni jiwa harus kental dan kuat. Sebab anak nombor 2 ni lain sifatnya.
Anak no 2, mendidiknya memang perlu mujahadah tinggi. Istighfarnya banyak. Akalnya panjang. Tapi kalau dipujuk dia paling ke depan dalam membantu.
Pergilah mana-mana pelusuk sekalipun, anak nombor 2 memang sentiasa disebut. Itulah istimewanya anak nombor 2..
Boleh jadi ujian, boleh jadi tauladan. Sesungguhnya tiada anak yang nakal, yang ada cuma ibu bapa yang kadang-kadang tiada kesabaran.
Lagi satu, ibu ayah perlu bersyukur dan ingat, anugerah anak yang dikurniakan buat kita suami isteri ada ganjaran pahalanya. Cuma bagaimana kita membentuk anak kita adalah dari acuan dan didikan yang diterapkan sejak awal. Ingatlah pesanan ini:
Anak orang baik, anak kita belum tentu jahat…
Anak orang banyak memberi, anak kita mungkin banyak mendoa…
Anak orang pandai belajar, anak kita mungkin punya adab…
Anak orang cantik, anak kita mungkin berakhlak…
Siapa pun anak kita…Tetaplah bersyukur…
Bahagialah punya mereka sebagaimana mereka bahagia punyai kita…
Sama-samalah kita jadi ibu bapa yang sentiasa bermuhasabah diri dan yang terbaik di hati anak-anak. Insya-Allah!
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pergerakan bayi boleh memberi petunjuk penting tentang kesihatan dan keperluan si kecil. Ketahui 7 pergerakan yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa serta bila perlu mendapatkan nasihat doktor.