Jika hanya melihat huruf di atas kertas, anak kecil kita mudah rasa bosan ketika di ajar membaca. Tak sampai 15 minit, ada yang mula beralasan mengantuk, penat dan sebagainya.
Apa kata mama jadi lebih kreatif dengan menyediakan roda suku kata seperti yang dikongsikan oleh cikgu Myza Dany ini. Simple tapi serius, buat anak tertarik.
Bukan saja anak mudah hendak faham dan mengingat, bahkan anak lagi fokus dan seronok dengan warna-warna. Jom cuba!
Roda suku kata.
Ads
Dengan roda suku kata, Anak-anak akan mudah * Ingat * Faham * Cepat fokus * Tertarik dengan warna * Seronok
Wowww, ini secara tidak langsung anak-anak akan dapat membaca tanpa mereka sendiri sedar bahawa mereka sedang membaca.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada ramai ibu bapa yang risau bila nampak badan anak naik gatal dan merah. Hinggakan anak jadi merengek tak selesa. Sebenarnya gatal-gatal anak ni boleh jadi naik secara tiba-tiba dan ada juga yang alah pada makanan.
Sekiranya penyebab gatal ini bukan disebabkan makanan, ibu bapa boleh cuba buat dan amalkan cara mudah dengan beberapa bahan saja.
Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al-Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin anda boleh lakukan sendiri dirumah dengan membaca ayat al-Quran, zikir dan selawat.
Berikut perkongsiannya
Kebetulan anak kena #Gatal2 hari ini saya buatkan penawar untuk beliau..Musim pkp ini ramai whatsap saya macam mana penawar sakit gatal.. Sebelum ini saya ada share,saya share Kan semula untuk panduan pada mereka yang masih belum tahu..
Sekiranya anda mengalami kegatalan pada kulit terkena kayap, gatal-gatal, kurap dan sebagainya berkenaan kulit boleh amalkn cara di bawah:
Ambilkan air panas suam di masukkan 2 sudu garam halus kacau sampai larut dan masukkan lada hitam 1 biji dalam air tersebut lalu di baca:
Al Fatihah 7x dan baca Zikir “Yaa Saalam sebanyak 70x” Di akhiri selawat 7x selesai membaca di atas sapukan air garam tersebut tempat pertama yang terkena gatal selepas itu baru sapu tempat lain.
Insha Allah siapa yang terkena kayap kebiasaanya izin Allah 3 hari kering dan termasuk sakit gatal yang lain buat dengan yakin dan ikhlas inshaa Allah di permudahkan Allah. Amin
Melenting dan marah memang tidak dapat lari bila berhadapan dengan anak-anak yang membuat kesalahan berulang kali. Tapi apakah perkara ini betul untuk dilakukan kepada anak kecil yang masih sedang mempelajari tentang dunia ini menerusi bermain dan mencuba?
Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini benar-benar membuka mata supaya tidak terlalu bersangka negatif kepada si kecil. Siasat dan tanya dulu sebelum marah!
Sebagai manusia yang normal, kita suka bersangka sangka. Kadang kadang sangkaan kita itu menyebabkan kita selalu melihat perkara negatif dalam diri anak anak.
Kita sangka apa yang kita lihat dan fikir itu selalu benar, walaupun hakikatnya tidak semua sangkaan kita itu benar.
BANYAK KERENAH TAPI PERLU BERSANGKA BAIK
Setiap hari, dalam berhadapan dengan anak anak, terlalu banyak kerenah mereka yang kita harus hadapi. Sampai satu tahap kita susah mahu bersangka baik dengan anak anak.
PERISTIWA 1: BUKA PINTU PETI SEJUK LAMA
Pada suatu hari saya sedang sibuk memasak di dapur. Kemudian melihat anak saya membuka peti ais dan berdiri lama di depan pintu.
Kemudian, apa yang terjadi, saya marah dia kerana sangkaan saya dia mahu bermain main sahaja.
“Kakak, jangan main dalam peti ais, nanti rosak peti ais tu!”
Saya menegur dia dengan suara yang agak tinggi. Kemudian, anak saya pandang muka saya dan dengan muka yang sayu. Dia berkata
“Kakak lapar lah ibu, nak makan”
Alahai, rupanya lapar nak makan.
Saya sudah bersangka yang buruk kepada anak saya, rupa rupanya dia lapar. Mungkin sudah tidak faham sangat menunggu makanannya disediakan.
PERISTIWA 2: CURAH MAKANAN IKAN BANYAK & IKAN MATI
Saya teringat juga satu peristiwa di mana anak saya telah memasukkan makanan ikan dengan banyaknya ke dalam akuarium.
Perbuatan itu telah menyebabkan air keruh dan ada ikan yang mati.
Sangka saya, dia buat itu suka suka dan memang ada niat yang tidak baik pada ikan ikan tersebut. Saat itu saya rasa sangka kecewa dan marah. Namun, ketika itu saya sabar dan bertanya kenapa dia melakukan perbuatan itu.
Kata anak saya, dia sebenarnya mahu beri ikan makan. Ikan nampak lapar, tetapi entah bagaimana penutup makanan ikan itu terbuka dan tumpah lah makanan ikan dengan banyak.
Ketika saya dengar penjelasan dia saya terdiam. Begitu banyak sangkaan buruk kepada perbuatannya itu. Sedang hakikatnya dia sebenarnya ingin memberi ikan makan dan bukannya sengaja ingin membuat ikan tersebut mati.
IBU AYAH PERLU BERSANGKA BAIK SUPAYA DIDIKAN LEBIH BERHIKMAH
Dalam mendidik anak, kita perlu banyak meletakkan sangkaan baik kepada mereka.
Anak kacau kita solat sebenarnya dia nak solat bersama, tapi belum tahu bagaimana untuk melakukannya.
Anak suka lawan kita mungkin kerana kita selalu berkasar pada mereka.
Bermula dengan sangkaan yang baik lah kita akan semakin rajin memberi nasihat dengan lembut dan berhikmah dalam mendidik anak-anak.
TANPA SANGKA BAIK, KITA AKAN SELALU NAMPAK BURUK ANAK
Tanpa sangka baik kita akan sentiasa nampak keburukan pada anak anak. Walau kita berdoa, kita selitkan kemarahan kita, nasihat pun selalu diberi dengan bebelan yang menyakitkan.
Selalu selitkan dalam doa kita:
“Ya Allah, aku tahu anak aku baik, anak aku soleh solehah. Jika dia berbuat silap atau salah mungkin dia tidak sengaja atau dia belum mampu untuk mengawal dirinya, berilah kekuatan untuk aku melihat kebaikan dalam setiap perbuatan anak anak”
SANGKA BAIK & SABAR AKAN DIBERI GANJARAN BESAR, BERLAPANG DADALAH IBU AYAH
Saya faham nak bersangka baik dengan anak bukan mudah. Kita akan selalu rasa anak kita nakal, menyusahkan, menyakitkan hati, tak dengar kata.?
Namun, ingatlah satu perkara, Ibu bapa yang sentiasa memandang kebaikan pada anaknya, bersangka baik dan bersabar atas setiap perbuatan anak anak akan diberi ganjaran yang cukup besar.
TIADA ADA ANAK YANG NAKAL, YANG ADA HANYA ORANG TUA YANG TIDAK SABAR
“Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah anak yang belum tahu. Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah orang tua yang tak sabar. Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah pendidik yang terburu-buru melihat hasil.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi ‘terror’ atau ‘terrorist’?
Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.
Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.
Di bawah ini disenaraikan 8 tip cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.
Bertukar suara dan intonasi sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.
Puji orang lain depan anak, tetapi dengan syarat untuk memberi contoh kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.
Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la…) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.
Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.
Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.
Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.
Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya.
Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.
Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: “Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun.”
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...