
Anak masih belum petah bercakap ketika usia semakin meningkat sememangnya boleh membuatkan ibu ayah rasa bimbang. Pada peringkat awal, mungkin ramai ibu bapa menganggap keadaan itu normal dan akan berubah sendiri apabila anak semakin besar. Tetapi jika usia anak sudah memasuki dua tahun dan perkembangan percakapannya masih perlahan, perkara ini tidak boleh dipandang ringan.
Semakin lewat masalah lambat bercakap dikesan, semakin lambat anak mendapat bantuan yang diperlukan.
Sebab itu ibu bapa digalakkan mendapatkan pemeriksaan awal daripada pakar kanak-kanak atau terapis pertuturan bagi mengenal pasti punca sebenar. Rawatan dan latihan yang betul mampu membantu merangsang perkembangan bahasa anak dengan lebih baik.

Ikhtiar Membantu Anak Lambat Bercakap
Dalam membantu anak lambat bercakap, sokongan ibu bapa memainkan peranan sangat penting.
- Luangkan masa bercakap dengan anak setiap hari walaupun mereka belum mampu memberi respon dengan jelas.
- Gunakan ayat mudah, sebut perkataan secara perlahan dan ulang beberapa kali supaya anak lebih mudah memahami bunyi serta sebutan.
- Aktiviti seperti membaca buku cerita, menyanyi dan bermain bersama juga boleh membantu merangsang perkembangan bahasa mereka.
- Elakkan terlalu bergantung kepada gajet sebagai hiburan utama anak.
- Interaksi secara langsung bantu perkembangan komunikasi berbanding tontonan pasif di skrin.
Jika perkembangan pertuturan masih perlahan, jangan bertangguh untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada pakar. Intervensi awal sangat penting supaya anak mendapat bantuan yang sesuai mengikut keperluan mereka.

Amalan Surah Untuk Anak Lambat Bercakap
Dalam masa yang sama, selain usaha terapi dan latihan harian di rumah, ibu ayah juga boleh mengiringi ikhtiar dengan amalan doa. Doa menjadi salah satu bentuk usaha dan pengharapan kepada Allah agar dipermudahkan urusan anak untuk bercakap dengan lebih lancar.
Antara surah yang sering diamalkan ialah Surah An-Nisaa dan Surah At-Thaha. Kedua-dua surah ini boleh dibaca secara konsisten terutama selepas solat sebagai ikhtiar buat anak yang mengalami kelewatan pertuturan.
1) Jika anak anda masih lambat bercakap, boleh bacakan Surah An-Nisa’ ayat 164

Selain tu baca juga:
1) Surah al-Fatihah dan doa berikut pada madu,
2) Sapukan madu di bawah lidah anak yang lambat bercakap itu.
Selalu amalkan, Insya-Allah, anak tersebut dipermudahkan untuk bercakap dengan izinNya.
2) Penawar anak lambat bercakap Surah Taha Ayat 25-28

1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.
2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap-tiap kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, dan menguatkan daya ingatan.
3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri.
INSYAALLAH…
Ini juga salah satu ikhtiar bagi membantu pertuturan anak. Biar seiring dengan usaha dan doa. Barulah hasilnya juga positif.
Punca Anak Lambat Bercakap Yang Ibu Ayah Perlu Tahu
Masalah lambat bercakap boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor.
- Ada anak yang mengalami kelewatan perkembangan bahasa secara semula jadi
- Ada juga yang berpunca daripada masalah pendengaran, kurang interaksi atau keadaan perkembangan tertentu seperti autisme.
- Penggunaan gajet secara berlebihan tanpa komunikasi dua hala juga boleh memberi kesan kepada perkembangan bahasa anak.
- Ibu bapa juga perlu memerhatikan sama ada anak memberi respon apabila dipanggil, memahami arahan mudah atau menunjukkan minat untuk berkomunikasi.
Semua tanda ini penting untuk membantu mengenal pasti tahap perkembangan pertuturan mereka.

Tip Bantu Anak Lambat Bercakap
- Banyak bercakap dan berinteraksi dengan anak setiap hari.
- Kurangkan penggunaan gajet dan masa skrin.
- Baca buku cerita bersama anak.
- Gunakan ayat mudah dan ulang perkataan selalu.
- Beri peluang anak cuba bercakap sendiri.
- Galakkan permainan interaktif dan komunikasi dua hala.
- Elakkan memarahi atau membandingkan anak.
- Konsisten dengan terapi dan latihan di rumah.
- Pastikan anak mendapat tidur yang cukup.
- Amalkan doa dan bacaan surah sebagai ikhtiar.
Baca lagi: Jangan Tunggu Anak Jadi Hebat Baru Nak Puji, Rugi!
Mak Ayah Elakkan Perkara Ni Berlaku Dalam Rumah, Anak Ingat!
Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





