Jika seorang ibu itu ada rezeki dikurniakan anak perempuan dan anak lelaki, pasti anda akan sedar akan perbezaan kedua-dua mereka. Untuk mendidik anak perempuan, tidak sama seperti mahu mengajar anak lelaki. Pendekatan perlu berbeza, tidak boleh sama. Tersalah tegur, akan jadi lebih teruk dan tidak akan merubah apa-apa.
Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh ada berkongsi tentang cara mendidik anak mengikut jantina mereka ketika memenuhi undangan untuk Keluarga Talk di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 1 November yang lalu.
Kata Prof Madya Salida, untuk mendidik anak lelaki tidak boleh dalam keadaan tertekan. Sebagai contoh, mahu anak untuk pandai menghafal jangan dipaksa untuk buka buku dan duduk selama dua jam untuk belajar. Mereka akan merasa tertekan dan hilang minat untuk belajar. Bahkan mereka akan memberontak!
Cara terbaik untuk menggalakkan anak lelaki belajar adalah dengan mengajak mereka bermain. Sebagai contoh, jika anda mahu anak menghafaz ayat Al Quran, bawalah anak lelaki ke taman permainan. Untuk memastikan mereka menghafaz ayat-ayat tertentu bolehlah minta anak membacanya sebelum dibenarkan untuk turun dari papan gelongsor.
Ads
Berbeza dengan anak perempuan, mereka sukakan perhatian. Anak perempuan boleh duduk di hadapan buku dalam tempoh masa yang lama untuk belajar asalkan ditemani oleh ibu atau ayahnya. Ketika menemani mereka Itulah, ibu ayah berperanan untuk menerangkan tentang pelajarannya pada hari itu.
Paling penting, untuk mengajar anak-anak ibu ayah harus selalu ingat untuk menjelaskan maksud sesuatu subjek, kemudian minta anda fahami dan hafal. Tidak perlu dipaksa kerana mereka boleh belajar dengan cara yang lebih berkesan jika berada dalam situasi yang mereka suka.
Tambah Prof Madya Salida lagi, ibu ayah perlu lebih menitik beratkan soal membentuk peribadi anak sejak mereka dari kecil. Itu lebih penting dari mengejar untuk mahukan anak-anak sukses dalam pelajaran semata-mata.
Ads
Setiap anak mempunyai kaedah tersendiri untuk belajar, jangan halang minat dan kecenderungan mereka. Bimbinglah anak-anak untuk menjadi yang terbaik dan gilap kelebihan mereka supaya mereka menjadi lebih sukses pada masa akan datang.
Sedari usia empat tahun, anak-anak mula belajar untuk adapt keadaan sekeliling. Ketika waktu inilah, peribadinya akan mulai terbentuk. Sangat penting untuk ibu ayah menunjukkan contoh perilaku yang baik supaya anak-anak tidak keliru dan belajar untuk menjadi anak yang baik.
Jangan sesekali marahkan anak jika mereka buat salah tanpa menerangkan kepada mereka mengapa hal itu salah. Lebih teruk lagi, (kesalahan yang mereka buat itu adalah kerana copy paste perangai ibu ayahnya!).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi anak kecil berumur 1-3 tahun, ini adalah fasa pertumbuhan yang sangat ‘menyeronokkan’. Dalam bahasa Inggeris, umur ini kita panggil toddler, berasal dari perkataan to toddle yang membawa maksud berjalan yang masih tidak berapa seimbang. Yang seronoknya bagi budak umur ini, kita boleh nampak betapa pesatnya mereka berkembang.
Tubuh badan meninggi, belajar berjalan/ berlari/ melompat, boleh makan sendiri, boleh faham simple direction dan malah ada yang sudah boleh bercakap mengalahkan tukang jual sayur di pasar! Ada sahaja yang nak dibualnya. Disebabkan pertumbuhan pesat mereka ini, adakalanya ibu bapa mudah jadi stres dan frust bila anak tak dengar kata atau banyak kerenah.
Jadi, apa sebenarnya yang kita kena buat ni? Jom kita teliti dan amalkan 7 teknik mudah ini. (dirumuskan hasil dari bacaan, pengamatan dan saranan pakar-pakar kesihatan kanak-kanak seluruh dunia).
1.Jadikan masa makan anak suatu masa yang mudah dan menggembirakan.
Apa yang selalu kita lihat dan kita dengar adalah ibu bapa bising anak tak nak makan itu ini. Jenuh berpaksa baru lah bercuit sikit. Jangan begitu ya ibu bapa sekalian! Memang kita mahu anak makan makanan yang berkhasiat, tapi tak perlu sampai memaksa dan buat peraturan itu ini. Tambah pula kalau anak itu berlebihan berat badan, jangan disekat pemakanannya, sebaliknya satu keluarga perlu sama-sama perhati dan wujudkan budaya makan yang sihat. Asalkan pilihan makanan yang ada ok dan nampak best di mata mereka, biarkan saja anak pilih apa yang mereka nak makan.
Tak perlu kalut-kalut dengan toilet training anak. Kita mungkin dah sedia tapi anak belum lagi. Nasihat untuk berjaya: 1) pastikan anak diajar dan tahu masa bila nak beritahu emak ayah iaitu SEBELUM nak kencing atau berak, bukan bila mereka dah selamat ‘membuang’. 2) Anak sendiri ada perasaan nak bersihkan diri dan suka keadaan bersih tu, baru senang nak diajar.
Haa.. yang ini penting! Jangan asyik tegur dan marah bila anak buat perangai. Sebaliknya, pujilah bila anak berkelakuan baik! Positive reinforcement ni sangat penting dalam membina hubungan baik ibu bapa dan anak dan juga untuk mendidik anak untuk terus baik. Puji yang mesti disuarakan, dan lebih baik lagi andai dapat dipeluk cium sekali. Itu baru betul!
Inilah masanya nak ajar anak berus gigi pagi malam, kumur-kumur lepas makan dan biasakan anak jumpa doktor gigi. Waktu umur tengah lasak ni lah anak senang dapat kaviti gigi (gigi rosak dan berlubang) dan gigi mereka pun mudah tercabut. Akar gigi susu anak adalah pembuka jalan kepada gigi kekal yang akan datang, jadi kena jaga baik-baik! Nanti jenuh bila dah besar panjang kena pakai gigi palsu pula sebab masa kecil tak jaga gigi elok-elok, habis semua rongak dan rosak.
Waktu tidur anak adalah waktu tubuh badannya berehat dan menghasilkan hormon untuk membesar. Jadinya, kalau anda dan suami berdua tinggi lampai tapi anak kecik kemetot je, itu tandanya tak cukup tidur la tu! (ataupun tak cukup zat pemakanan). Kita perlu tetapkan waktu tidur yang tetap, tapi beri kelonggaran tambah tolak 30 minit. Waktu tidur yang tetap membantu menenangkan anak dan memudahkan proses untuk mereka tidur.
Umur 1-3 tahun adalah waktu terbaik untuk mereka belajar bahasa dan bertutur. Sembang kecil-kecilan pun ok. Contohnya, bila anda bawa anak ke shopping mall, cerita je apa yang anda nampak, apa yang anda nak beli, apa yang orang lain sedang buat. Macam-macam benda kita boleh cerita – warna, saiz, rupa, bau, apa-apa lah. Saya suka bawa anak saya Adam beli barang dapur dan kemudian cerita dan bagi Adam pegang sayur, buah-buahan, bawang, ayam, ikan dan lain-lain. Bila Adam berminat nak tegur orang lain pun saya galakkan (dengan syarat saya pun ada sekali dan keadaan semuanya selamat dan terkawal).
Tidak ada siapa yang sempurna, dan tidak ada siapa yang sentiasa betul. Sepertimana kita berikan ruang untuk anak-anak membesar dan belajar daripada kesilapan, kita pun perlu beri ruang pada diri sendiri juga. Jadi ibu bapa ni suatu kerja yang tak ada siapa nafikan ia susah dan sangat menuntut masa, jiwa dan raga seseorang! Kalau penat dan perlu time out raikan diri sendiri, by all means do it. Untuk besarkan anak-anak yang sihat gembira, si ibu dan si bapa kena sihat gembira dulu!
Susah hati jika anak sukar tidur malam. Dahlah tidur lambat, pantang bunyi sikit mesti terjaga dan menangis. Kalau senang pujuk dan tidur semula okeylah tapi jika asyik merengek waktu tidur ibu dan anak pun boleh terganggu hingga ke pagi.
Sebagai ibu bapa, anda mesti faham setiap kali anak tak dapat tidur yang cukup, bukan sahaja si kecil penat tetapi dia juga tidak dapat memberi tumpuan pada aktiviti yang dilakukannya. Selain itu, anak akan resah, mudah marah, sukar mengikut arahan dan serba tak kena.
Kajian menunjukkan anak yang tidak mendapat tidur yang cukup menyebabkan prestasi kognitifnya rendah, termasuk memori, refleks dan daya tumpuan yang lemah. Sebagai ibu adalah penting memastikan anak berjaga malam tidak dibiarkan menjadi rutin, demi memastikan anak berpotensi mendapat pencapaian yang baik dari aspek perkembangan emosi, kognitif dan akademiknya.
Ketahuilah bahawa tidur sekejap atau bangun lambat pada hujung minggu bukan penyelesaian terbaik kerana ia tak dapat memastikan anak aktif pada tahap optimum.
Tip pastikan si kecil tidur lena:
1) Jangan paksa anak tidur
Memaksa anak tidur bukan jalan penyelesaian. Cara ini membuatkan anak akan menangis dan memberontak. Ini akan memburukkan lagi keadaan. Harus diingat, anak akan mengambil masa yang agak lama untuk tidur berbanding orang dewasa kerana kitaran tidur mereka berbeza. Jadi, ibu bapa harus bersabar dengan mereka.
2) Rancang rutin masa tidur si manja
Sebagai ibu bapa, anda boleh rancang rutin tidur anak. Contoh sebelum tidur mandi dahulu, menukar pakaian dan mendodoi mereka atau membacakan buku cerita kepadanya.
3)Biar anak main puas-puas dahulu
Beri anak masa yang secukupnya untuk dia bermain. Hanya kita yang tahu bila waktu sesuai untuk anak berhenti dan tidur. Menghalang anak daripada bermain hanya akan membuatkan anak resah. Bermain adalah fitrahnya. Kadangkala dengan bermain sebentar, akan membuatkan dia letih dan lebih mudah untuk tidur.
4) Temankan anak
Ramai ibu bapa yang bekerja penat untuk melayan anak sehinggakan anak tertidur sendiri. Sebaiknya ibu bapa boleh ambil peluang untuk menyanyi dan bercerita tentang kisah yang menarik minat anak. Ketika anak sudah berada di tempat tidurnya, baringlah di sebelah nyanyikan untuknya beberapa lagu dan cerita yang baik sehingga anak lelap.
5) Malapkan atau tutup lampu sewaktu tidur
Elakkan memasang lampu sewaktu ingin menidurkan anak anda. Ini kerana, keadaan yang malap atau suram mencetuskan penghasilan hormon tidur yang dinamakan melatonin untuk membantu anak tidur dengan mudah dan lebih lena.
6) Buat urutan lembut
Lagi satu sebelum tidur, ibu bapa boleh buat urutan lembut untuk pastikan anak dapat tidur dengan selesa dan waktu ini juga terbaik untuk kita mendengar luahan anak-anak sebelum mereka lelapkan mata. Ulang rutin ini setiap hari dan anak anda akan lena tidur.
Seperti yang dikongsikan oleh instafamous, Yuyu Zulaikha yang juga ibu kepada dua orang anak lelaki, Habib dan Affan waktu favourite anak-anaknya ialah urutan sebelum tidur.
“Sebolehnya sebelum mereka tidur Yuyu tak skip aktiviti ini. Masa ni saya akan pasti anak-anak seronok sambil bercerita apa sahaja. Inilah bonding terbaik kami suami isteri untuk anak-anak bila siangnya sibuk.
“Untuk malam sebelum tidur, ini yang paling Yuyu suka! Massage time! Yuyu akan guna NIVEA BABY Soothing Caring Oil untuk urut badan, tangan dan kaki anak-anak Yuyu. Selain dapat tengok anak-anak gembira, urutan sangat elok untuk rangsang sensori anak-anak. Urutan juga bagus untuk relakkan anak dan senang untuk tidur.
“Sejak saya amalkan urutan dengan NIVEA BABY Soothing Caring Oil sebelum anak tidur, ternyata nampak perubahannya. Minyak yang diformulasi dengan almond oil ini memberi kelembapan untuk kulit anak serta mengelakkan kulit kering. Ia juga sesuai untuk aktiviti mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan si manja. Apa yang penting mendapat kelulusan dari pakar dermatologi.
“Setakat ini saya berpuas hati kerana tidur anak lebih lena dan kurang meragam bila bangun pagi setelah menggunakan NIVEA BABY Soothing Caring Oil,” kongsinya.
Apabila waktu mandi pula, momen ini juga yang selalu ditunggu anak-anak. Mereka begitu gembira sekali lagi-lagi dapat main bubble. Sebagai ibu Yuyu akan layan dan bagi kebebasan pada mereka.
Nivea Baby ada pelbagai rangkaian penjagaan khusus untuk kulit bayi dan kanak-kanak, jadi tak payahlah mama risau dan yang penting telah mendapat pengiktirafan dari dermatologis dan pakar pediatrik.
Jadi, macam mana nak cari set penjagaan kulit yang sesuai untuk si kecil memandangkan sekarang banyak produk bayi ada di pasaran.
Semestinya Yuyu cadangkan ibu memilih produk NIVEA BABY kerana ia dah terbukti elok untuk kulit anak-anak dan tidak mengandungi bahan berbahaya seperti paraben, pewarna dan alkohol. Antaranya adalah:
Setiap hari, Yuyu akan mulakan rutin anak-anak dengan NIVEA BABY Head-to-Toe Shampoo & Bath kerana lengkap pakej 2 dalam 1. Dengan buih yang banyak, anak pun begitu seronok. Lagipun, Nivea Baby Head-to-Toe Shampoo & Bath ni yang bestnya sebab ia membersihkan secara menyeluruh dengan bahan yang lembut dari rambut hingga ke badan Habib dan Affan dengan lebih mudah.
“Setiap pagi, bangun saja tidur, Yuyu akan tanya, siapa nak mandi bubble!? Dua-dua akan jerit “saya!. Sejuk hati ibu tengok anak-anak ibu gembira. Aktiviti ini juga yang selalu Yuyu buat untuk anak-anak bila ada masa luang dirumah.
“Walaupun aktiviti ini ringkas tetapi anak-anak suka bila dapat main air. Sebab tu lah untuk memastikan favourite-time mereka lebih bermakna, Yuyu selalunya akan cari produk penjagaan yang Yuyu yakin dan semestinya lembut untuk kulit mereka. Yuyu lebih memilih untuk bagi anak-anak penjagaan yang bebas dari paraben, tiada kandungan alkohol dan tanpa bahan berbahaya.
Selesai mandi, lotion-time! Yuyu akan guna NIVEA BABY Gentle Touch Moisturizing Lotion pada kulit anak-anak Yuyu yang masih lembut untuk kekalkan kelembapan sepanjang hari dan Yuyu paling suka baunya yang wangi. Macam bau bedak!
NIVEA BABY Daily Protection Smoothy Cream pun ada, sekiranya anak-anak selalu terdedah dengan aircond, kulit mudah kering. Krim ni senang diserap dan sangat lama kesan lembapannya.
Bukan itu sahaja, Yuyu juga turut menggunakan NIVEA BABY Soft & Cream Wipes untuk anaknya yang tengah lasak terutama ketika melakukan pelbagai aktiviti luar. Ia memudahkan kerja Yuyu untuk menguruskan anak-anaknya yang aktif terutama ketika bermain kotor atau selepas makan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak disahkan disleksia tetapi apa yang dilakukan Datin Sri Shahida ini wajar dicontohi. Tidak putus asa walau pun pada mulanya anak sukar untuk menguasai pelbagai kemahiran seperti menulis terbalik dan sukar memberikan tumpuan dalam tempoh yang lama.
Datin Sri Shahida menerusi posting Instagramnya mendedahkan yang anak keduanya, Qadejah El-Zahra, 8 tahun disleksia. Berikut ialah perkongsian beliau;
INI SIMPTOM DISLEKSIA YANG DITUNJUKKAN
Qadejah anak disleksia…Mewarisi genetik dari @aliffsyukriterlajaklaris …..Dia lambat membaca bila saya hantar ke sekolah biasa….Suka pakai kasut terbalik…Suka menulis huruf terbalik ,tak boleh fokus sesuatu benda dalam masa yang lama, imaginasi tinggi dan di luar kotak…Dan bila menulis akan nampak seperti reflek cermin… Contoh mama akan jadi amam…..Mengaji pun lambat faham berbanding Ammar dan Baem….
DIHANTAR KE PUSAT DISLEKSIA
Atas nasihat guru Qadejah saya hantar ke Pusat Disleksia selama 3 bulan….Dia tak suka, hari-hari merungut….Alhamdulillah sekarang banyak perkembangannya, menulis masih terbalik tapi banyak dah ok…
SUDAH BOLEH MEMBACA
Boleh membaca…sebab cara ajarannya tak boleh macam kanak-kanak biasa…Jadi parents kalau ada anak yang lambat atau simptom macam ni saya sarankan buat test……Jangan ingat anak kita tak pandai..
SUKA MELUKIS
Tapi apa yang saya nampak anak disleksia ni suka melukis……Bijak dan berpandangan jauh…Berfikir di luar kotak yang orang lain tak fikir…Sifat dia juga pelik2…..Buat benda yang tak dijangka…..
Posting ibu kepada empat anak dan ibu angkat kepada dua anak angkat ini menerima pelbagai reaksi netizen. Apa yang dikatakan Datin Sri Shahida mengenai disleksia diakui oleh ibu bapa anak disleksia yang lain.
Malah ada di kalangan netizen yang bertanyakan info mengenai simptom dan apa yang perlu dilakukan selepas anak menunjukkan simptom-simptom disleksia. Ia membuka mata kebanyakan ibu bapa mengenai disleksia dan saling berkongsi info mengenainya.
Trend squishy toy microwave bahaya kini viral dan menyebabkan kecederaan melecur serius kepada kanak-kanak. Ketahui risiko sebenar dan langkah pencegahan.