Lebih banyak aktivti sensori boleh dilakukan bila bayi sudah boleh duduk. Rangsangan motor halus ini boleh jadikan bayi anda bijak! Mama dan papa boleh sediakan bahan-bahan mainan ini, bukan susah mana pun kerana ia adalah barangan asas yang selalu ada dirumah.
5 SEBAB AKTIVITI SENSORI BERMANFAAT UNTUK BAYI
1)Aktiviti sensori membina sambungan saraf pada otak yang memberikan keupayaan untuk si manja menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks.
2)Menyokong perkembangan bahasa, pertumbuhan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran menyelesaikan masalah dan interaksi sosial.
3)Membangun dan meningkatkan memori.
Ads
4)Sangat bagus untuk menenangkan anak.
5)Membantu anak belajar sifat deria (keras, lembut, lekat, tanggal, kering dan sebagainya)
Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada mainan yang merangsang sensori membina sambungan saraf di laluan otak yang membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks pada masa akan datang.
5 AKTIVITI SENSORI UNTUK BAYI BOLEH DUDUK
Ads
1.Abjad dan nombor magnet, biarkan dia main lekat-lekatkan pada permukaan besi seperti white board. Ini boleh melatih jarinya mengambil objek kecil.
2.Bermain busy boardmemberikan peluang untuk mempelajari tekstur, warna, bentuk dan cara guna. Ia amat baik untuk perkembangan otak bayi.
Ads
3.Mengoyak tisu atau kertas ialah aktiviti yang teraputik kepada bayi. Ia menggalakkan pergerakan motor halus iaitu ibu jari dan jari si manja. Bunyi kertas yang dikoyak juga merangsang pendengarannya!
4.Menolak bola atau menangkap bola boleh menajamkan skil motor halus dan koordinasi mata tangannya. Ia juga merangsang deria visual apabila bayi melihat bola bergerak ke arahnya.
5.Bermain dengan manik abacusseperti ini menggalakkan bayi menyentuk dan mengerakkan manik-manik pelbagai warna ini. Ia secara tidak langsung akan mengasah skil motor halus dan koordinasi mata-tangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu baru, setiap perubahan kecil pada anak cukup untuk buat hati rasa berdebar. Itu jugalah yang dilalui oleh pempengaruh dan ibu muda, Dahlia Rizal, apabila menyedari keadaan mata puteri sulungnya, Yusra, yang kini baru berusia dua bulan, kelihatan seperti juling.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Dahlia, 24, memuat naik video anaknya sambil meluahkan kebimbangan kepada para pengikutnya.
“Siapa anak dia macam ini juga? Masya-Allah anakku, Mommy penat la macam ini Yusra…” – luah Dahlia sambil menegur manja si comel Yusra dalam video berdurasi 17 saat itu.
Dahlia turut dilihat memerhatikan dengan teliti pergerakan mata anaknya dan bertanyakan kepada pengikut sama ada situasi itu biasa berlaku kepada bayi kecil.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai mama yang turut melalui pengalaman serupa. Rata-rata menyatakan pergerakan mata yang nampak juling itu adalah normal bagi bayi seusia Yusra, yang mana koordinasi mata mereka masih belum matang sepenuhnya.
“Normal je tu Dahlia. Baby baru dua bulan mata memang belum kuat lagi. Nanti elok sendiri.” – @mummysarah
“Dulu anak saya pun macam ni, saya pun risau juga. Tapi masuk umur 5 bulan terus elok.” – @nursyafiqa
“Kadang nampak juling sebab hidung baby masih kecil. Bila dah besar, mata dah ‘align’.” – @nadiaazreen
👁️ Menurut pakar kanak-kanak, bayi baru lahir akan mula membangunkan keupayaan kawalan otot mata secara berperingkat. Dalam tempoh 0 hingga 6 bulan, pergerakan mata mereka mungkin belum seiring dan kadangkala kelihatan seperti juling.
💡 Antara punca biasa:
Otot mata belum berkembang sepenuhnya
Pandangan fokus belum stabil
Struktur hidung dan wajah bayi masih berubah
Namun, jika keadaan masih berlarutan selepas usia setahun, adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan dengan pakar oftalmologi kanak-kanak.
Untuk info, Dahlia Rizal mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara, Imran Aqil, pada 9 September 2023. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama mereka, Yusra, yang lahir pada 7 Mei 2025.
Naluri seorang ibu memang sangat kuat, kadang-kadang nampak perkara kecil pun boleh buat hati rasa tak tenang. Tapi percayalah mama, mama bukan keseorangan. Ramai ibu pernah melalui perkara yang sama dan saling menyokong satu sama lain.
Terima kasih Dahlia kerana berkongsi secara terbuka. Dari situ, lebih ramai mama sedar bahawa berkongsi rasa bukan tanda lemah, tapi tanda sayang dan cakna 💕
Bila ibu yang menyusukan terkena chicken pox, adakah penyusuan perlu dihentikan? Jangan silap langkah!
Perkara ini tidak dinafikan banyak berlaku kepada ibu-ibu menyusu dan menimbulkan banyak persoalan. Berikut ialah perkongsian Dr. Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Pediatrik & Konsultan Laktasi IBCLC yang berkongsi cara perihal chicken pox dan penyusuan susu ibu, risiko serta kesannya kepada bayi.
IBU MENYUSU TERKENA CHICKEN POX
Menjawab persoalan tentang ibu yang terkena Chicken Pox.
Bolehkah ibu menyusukan anaknya sementara menngambil ubat Acyclovir.
Dan adakah anak berisiko mendapat Chicken pox juga?
Perlukah anak yg menyusu utk dapatkan vaksin chicken pox?
Jawapannya
Ibu yang dijangkiti virus Varicella Zoster yg menyebabkan Chicken Pox dan masih menyusukan baby, boleh teruskan penyusuan ibu. Jika tiada lession di areola atau nipple ibu, boleh teruskan direct BF.
Namun, jika ada lession (vesicles @ gelembung cecair kulit) di areola dan nipple, sebaiknya jangan berikan susu di breast tersebut.Baby boleh berisiko dijangkiti bila menghisap gelembung cecair tersebut dan breastmilk perlu diperah dan dibuang.
Hanya susukan di breast yg tiada lession tersebut.Namun jika baby dah menyusu di breast yg ada lession, ibu jangan panik dan risau kerana jangkitan kepada bayi bukan hanya drpd lession kulit tetapi jangkitan virus ini juga melalui nafas ibu (respiratory droplet).
Jadi sebaiknya ibu amalkan memakai topeng muka semasa menyusukan baby dan ketika bersama baby.Sebenarnya jika chicken pox bila orang dewasa dapat chicken pox, ianya lebih sakit berbanding kanak-kanak yang dijangkiti chicken pox.
JIKA ANAK DIJANGKITI CHICKEN POX
Sekiranya anak dijangkiti chicken pox,anda juga tak perlu panik. Dapatkan rawatan antivirus Acyclovir secepat yg mungkin utk mengelakkan virus merebak dgn agresif. Jika tidak diberikan rawatan Acyclovir pun, ia sejenis penyakit yang SELF RECOVERING dalam 7 – 10 hari.
ELAKKAN RAMUAN HERBA KAMPUNG
Jika anak mendapat chicken pox, jagalah kebersihan tubuhnya dan boleh mandi macam biasa utk mengelakkan kuman-kuman bakteria lain drpd menghinggapi kawasan kulit yg ada gelembung dan ulcers.
Gunakan calamine lotion utk mengeringkan lession tersebut. Elakkan menyapu kulit dgn ramuan2 herba kampung yg kita sendiri tidak tahu cara pembuatannya yg mungkin tidak sterile yg juga mengandungi kuman.
Saya masih ingat kes seorang anak berumur 12 tahun yg meninggal akibat jangkitan kuman bakteria Streptococcal dan kuman pelik dalam darahnya (saya tak ingat namanya tapi ia sejenis kuman drpd tanah dan air kotor yang sangat jarang berlaku). Nenek pesakit tersebut telah menyapu daun semambu yg kononnya dapat mengubati penyakit Chicken Pox. Pesakit tersebut telah mengalami SEPSIS dan pendarahan dalaman (pulmonary hemorhage) dan komplikasi DIVC yg teruk akibat jangkitan kuman tersebut.
Ketika itu saya mengandung kembar dan oncall. Kami tak dapat memasukkan ETT tube kerana pendarahan teruk keluar drpd rongga nafasnya dan Pakar bius oncall yg intubate patient tersebut. Kami semua berhempas pulas cuba menyelamatkan pesakit tersebut dgn segala jenis ubatan dan kudrat yg ada.
Namun malam itu juga anak tersebut menghembuskan nafas yg terakhir. Kes ini menyebabkan saya mengalami kontraksi pramatang yg teruk sbb mengandung anak kembar. Kes ini buat saya trauma sehingga kini. Jadi ibu bapa janganlah pandai-pandaui utk memberikan ubat-ubatan yang pelik-pelik.
BOLEH DIRAWAT
Chicken pox sebenarnya boleh dirawat dgn ubat Antivirus dan pemberian ubat ini tidak mengganggu sistem imun anak utk produce antibody. Ubat antivirus ini selamat utk diambil oleh ibu yg menyusukan dan mengandung juga.
Jika anak telah terdedah kpd pesakit Chicken Pox, pemberian vaksin tidak ada benefit sangat (tidak ada kebaikan), sebab vaksin ini menggunakan virus hidup yg hanya akan hasilkan antibodi secara maksima setelah 6 minggu pemberian vaksin dose ke 2.
PEMBERIAN VAKSIN DIGALAKKAN
Jika parents ingin memberikan vaksin kpd anak2 yg belum terdedah kpd virus ini, amat digalakkan utk mengambilnya. Virus ini juga boleh menyerang otak dan paru2 pesakit (small percentage). Vaksin sebaiknya diberikan 2 dose dan dicucuk melalui dalam lemak bawah kulit (subcutaneous) dan bukan dlm otot macam kebanyakan vaksin.
Jarak antara dos pertama dan kedua sekurang-kuranyanya 6 minggu. Vaksin ini hanya boleh diberikan kpd anak yg berumur setahun ke atas. Kesan sampingan vaksin ini yg biasa ialah demam, ruam2 merah, bengkak di kawasan injection (boleh tuam dgn ais). Namun ramai pesakit saya tiada kesan sampingan berbanding yg ada. Ada 2 jenis vaksin iaitu Varilrix yg saya suggest utk Muslim dan Varivax (pm saya klu nak tahu apa sebenarnya).
Kepada ibu yg menyusukan diharapkan post ini membantu kalian. Terima kasih. Wassalam.
Bayi cranky dan kuat meragam dan tanpa sebab, pening dibuatnya. Mama papa jangan panik! Cuba periksa, mungkin anda lupa nak buat 6 perkara ini.
Secara umumnya ada beberapa sebab bayi anda menangis dan meragam. Malah si manja yang masih belum bolehbercakap, menjadikanmenangis sebagai kaedah untukberkomunikasi. Walaupun kebanyakan isyarat menangis menunjukkan bayi mempunyai keperluan seperti mahu makan atau mahu ditukar lampin yang basah tetapi ada ketikanya anda sukar memahami kenapa bayi sangat cerewet sehingga sukar dikendalikan.
Sebelum memeriksa lebih lanjut, pastikan anda melakukan lima perkara ini terlebih dahulu;
Namun sekiranya lima perkara di atas telah dilaksanakan dan tangisannya masih lagi tidak reda, anda boleh cuba lakukan enam perkara seperti berikut
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Info Mengenai Kembung Perut/Kolik
Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dewan penuh sorakan, gelak tawa kanak-kanak dan semangat ibu bapa yang luar biasa, itulah gambaran kemeriahan AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 yang...