Salah satu lauk yang menjadi kegemaran kita adalah ikan kembung. Tapi bila mahu dimakan ia bertulang. Apatah lagi jika anak-anak kita penggemar ikan, jenuh nak tolong asingkan isi dengan tulang untuk mereka.
Satu cara untuk memudahkan anak makan ikan tanpa kita perlu rasa risau adalah dengan membuang tulang itu semasa menyiangnya. Tak perlu potong isi ikan, dengan teknik yang betul boleh buat kita tarik keluar tulang tanpa menjejaskan bentuk ikan.
Bergelar ibu sememangnya bukan mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Namun bagi pelakon, Ezzaty Abdullah, dua anaknya adalah segalanya bagi dirinya. Malah sebagai ibu dialah tunggak utama mendisiplinkan diri dua anaknya, Harum Dalia dan Ahmet.
Berkongsi cerita dua cahaya matanya, Ezzaty yang terpilih sebagai penerima anugerah Pa&ma Gala Award 2023, Best Mama Millennial yang membuka tirainya hari ini memilih cara ibu dan ayahnya yang penuh dengan disiplin dalam membesarkan dua anaknya.
Berkongsi kisah pengorbanan menjadi ibu, akui Ezzaty dia juga sama seperti ibu lain yang ada waktunya menangis dalam membesarkan dua anaknya.
“Kadang-kadang bila saya marah anak, macam saya pula memang tegas lepas itu saya akan menangis sendiri kerana termarah anak.
“Jadi bila saya fikir balik saya jadi sedih dan saya akan cepat-cepat minta maaf supaya anak jadikan kebiasaan dalam diri dia. Minta maaf bila terbuat salah.
“Ada waktunya bila Harum ada terbuat salah, saya selalu salahkan diri saya, adakah ini semua sebab saya dan persoalan itu selalunya akan buat saya menangis,” ujarnya berkongsi cerita dalam membesarkan anak-anak.
Ezzaty yang membuka tirai Pa&Ma Gala Award hari ini turut berkongsi keakrabannya bersama anak sulungnya Harum Dalia.
Anak sulung jadi penguat
Malah ketika video lama Harum masih bayi dipertontonkan padanya, Ezzaty mengalirkan airmata keibuaannya. Bagi Ezzaty, Harum adalah penguat dirinya dalam apa jua keadaan malah kala dirinya dalam kesedihan, Harumlah insan yang sentiasa ada dekat dengan dirinya.
“Harum memang penguat saya. Masa saya habis pantang anak kedua dulu operate, memang sakit sangat, setiap pagi saya akan menangis sebab nak cuci luka. Saya jadi takut dan trauma setiap pagi.
“Tapi bila ada satu hari, hari ketiga Harum datang, saya rasa kuat dan saya tak menangis. Dia macam miracle bila saya dapat pegang dia.
“Sampai sekarang pun bila saya dalam kesedihan pun saya akan panggil Harum untuk peluk saya.
“Mungkin dia anak sulung, apa-apa saya nak dia, dia ada aura positif yang membuatkan saya jadi cukup kuat. Dia jadi penguat saya,” luah Ezzaty berkongsi.
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut menitipkan ucapan penuh makna buat dua cahaya matanya, Harum dan Ahmet ketika sesi live berlangsung. Kedua-duanya adalah segalanya dalam hidup ibu cantik manis ini.
Ezzaty yang tampil cantik jelita dengan busana warna merah jambu ini juga paling bersyukur bila mana dibantu suaminya, Azwan Kombos yang sentiasa membantu dalam mendidik dan menguruskan anak-anak mereka.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Besarnya pengorbanan ibu, apatah lagi ketika saat melahirkan anak. Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga ibu kepada tiga cahaya mata apabila dijemput ilahi selepas dua minggu koma akibat komplikasi selepas bersalin.
Arwah Siti Nurfatma Daud, 34, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) pada pertengahan November lalu selepas melahirkan anak ketiganya namun bayinya juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Selepas dua minggu menerima rawatan di hospital, Fatma atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chik disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi 27 November lalu.
Allahyarham meninggalkan suami, Asri Nawani bersama dua lagi anak yang masih kecil, Habib dan Hafiya.
Sementara itu, ramai yang mencemburui pemergian arwah selain menyifatkannya sebagai seorang ibu yang baik dan penyayang.
Salah seorang sahabat arwah berkata, wajah arwah juga dalam keadaan berseri-seri dan tersenyum.
“Arwah pergi dengan senyuman yang penuh barakah. Kali pertama di depan matu ku lihat jenazah tersenyum manis sekali. Allahurabbi.. pengakhiran hidupmu husnul khatimah. Aku cemburu,” ujar Aline Rrahim.
“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Kurniakan kepadanya syurgaMu ya Allah,” ujar Wan Nor ZaiHasra.
Suasana gembira bertukar hiba buat seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menerima segulung ijazah ketika hari konvokesyennya selepas menerima perkhabaran duka kematian ayahnya 15 minit sebelum naik ke pentas.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa, Haslina Kalang, yang berusia 23 tahun itu terpaksa menggagahkan kaki untuk menerima skrolnya selepas sokongan kakak sulung dan rakan-rakan seperjuangannya biarpun dengan linangan airmata.
Menurut perkongsian Bernama, Haslina berkata beliau sememangnya berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyen, kerana bapanya Kalang Toba, 56, sedang terlantar sakit selepas diserang angin ahmar.
Bagaimanapun arwah bapanya tetap bertegas supaya beliau menghadiri majlis tersebut, selepas tiga tahun berhempas-pulas menamatkan pengajian dengan serba kepayahan.
“Saya memang berat hati untuk datang menghadiri konvokesyen kerana keadaan ayah agak teruk. Tetapi beliau berkeras suruh datang, kerana nak tengok saya naik pentas memakai jubah konvokesyen.
“Sepanjang masa saya tak berhenti berdoa supaya ayah sihat dan saya sempat balik untuk tunjuk gambar sekurang-kurangnya, tetapi Allah lebih sayangkan dia,” katanya berkongsi.
Haslina berkata walaupun terkilan kerana tidak dapat berada di sisi bapanya pada saat-saat akhir, namun anak jati kelahiran Tawau, Sabah itu lega kerana telah sempat mencurah tenaga menjaga bapanya selepas tamat pengajian.
“Selepas tamat pengajian saya memang tak bekerja kerana nak jaga ayah. Alhamdulillah sempat juga saya berbakti kepadanya,” katanya.
Dalam pada itu pihak pengurusan UniSZA, turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,500 kepada Haslina sebagai tanda sokongan moral.