Pada awal perkahwinan, mungkin setiap apa yang dilakukan oleh pasangan kita akan nampak cantik. Semuanya kita suka. Tak ada rungutan langsung. Semakin lama, mungkin kerana sudah terlalu biasa dengan si dia, membuatkan kita mulai terlupa untuk melihat kelebihannya. Tiada lagi kata pujian untuknya, kerana kita merasakan ia sudah tidak perlu lagi.
Seorang penulis yang juga seorang suami, Akhtar Syamir, ada bercerita tentang pujian kepada pasangan di dalam perkongsiannya. Katanya, ramai yang sukar memuji pasangan, berterima kasih pun jadi susah. Ini terjadi kerana kebanyakan kita cenderung untuk memuji orang lain yang lebih berjaya.
Ramai yang sukar melafazkan pujian terhadap pasangan. Ucapan terima kasih juga amat berat untuk diluahkan sedangkan kesan pujian itu amat baik jika diletakkan di tempat yang betul.
Ini semua terhasil apabila pujian diletakkan di tempat yang salah. Satu masalah yang melanda pasangan dan orang pada masa kini ialah terlalu memuji orang yang berjaya. Ini antara benda yang jika dilakukan secara berlebihan akan mendatangkan kemudaratan.
Kesannya akan menjadi seperti kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Kita akan terlalu mendongak ke langit dan terlupa untuk pandang ke bawah. Kita menjadi buta akan kebaikan orang yang dekat dengan kita.
Apabila kita sentiasa memuji orang lain yang berjaya dan hebat, pasangan dan orang terdekat kita menjadi kurang bernilai. Ini ditambah dengan keinginan untuk sentiasa mencari kesalahan. Apa juga yang mereka lakukan akan menjadi tidak cukup dan tidak mencapai standard yang tidak munasabah.
Akhirnya, kita akan menjadi orang yang negatif dan sentiasa membuatkan pasangan dan orang di sekeliling terasa hati.
Berhentilah jadi seperti ini. Hargailah apa yang di hadapan mata. Ungkapkan kata-kata pujian kepada pasangan dan orang terdekat di atas apa yang telah dan sedang mereka lakukan kerana mereka inilah yang sentiasa berada di samping kita, bukannya orang luar yang sering kita dambakan itu. Bukalah mata seluas-luasnya supaya kita mula nampak apa yang telah kita butakan selama ini.
Apabila kita mula nampak, barulah kita sedar banyak perkara yang telah mereka lakukan untuk kita tetapi telah kita tolak tepi dan menganggap itu adalah normal dan tidak istimewa.
Semoga dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca. Silakan kongsi penulisan ini demi kebaikan semua. Semoga perhubungan kita semakin erat sentiasa.
Biasa tak dengan orang yang nampak kebaikan yang jauh tetapi tidak sedar yang di hadapan mata?
Perkongsian ini sedikit sebanyak memberi sedikit kesedaran kepada kita. Apabila kita terlalu mengharapkan yang sempurna, kita akan cenderung untuk tidak bersyukur dengan apa yang terbaik untuk kita. Sayangilah dan hargailah pasangan kita kerana sesungguhnya, dia lah yang paling sempurna yang telah Allah SWT hadirkan untuk membahagiakan hidup kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu sesi temubual mengenai perancang keluarga membuatkan hati kecil penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat tersentuh.
Semuanya selepas berkongsi luahan rasa hati suaminya, Nabil Mahir yang tidak mahu penyanyi kesayangan ramai itu mengikat peranakkannya selepas kelahiran anak kedua nanti.
Ayda yang bakal melahirkan anak keduanya sedikit masa lagi berniat untuk mengikat peranakkan kerana merasakan cukup hanya dua cahaya mata sahaja namun hal berkenaan ditentang suaminya.
“Ya betul saya nangis tadi masa interview dan dapat banyak respon.
“Baru 2 hari lepas saya tanya Nabil ‘dah dapat sepasang, nak terus ikat atau nak tambah baby lagi kalau ada rezeki?’
“He said ‘Taknak ikat.’ Saya kata ‘Wow! Nak berapa ramai?’.
“Nabil cakap ‘2 pun alhamdulillah cukup, tapi takpayah ikat. Nanti kalau I takde, kalau you kahwin lain mana tahu your new husband nak ada anak dengan you,” luah Ayda berkongsi.
Ujar penyanyi itu lagi, dia terdiam mendengarkan jawapan dari suaminya yang langsung tidak pernah terfikirkan oleh dirinya sendiri.
“Sis pun terdiam. Lepas tu pura-pura ketawa (dalam hati nangis banjir) macam mana dia boleh fikir macam tu. I will always love you Wuvv @nabilmahir
“Korang pernah terfikir tak?,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu perkongsian Ayda itu sudah pastinya mendapat perhatian pengikutnya malah turut memuji sikap matang Nabil Mahir yang berpandangan jauh.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Tunjukkan kasih sayang dan menghargai pasangan bukan hanya sesekali atau ketika dalam keadaan gembira saja namun ia perlu dilakukan setiap hari dan setiap masa. Begitu juga bagi seorang wanita bergelar isteri. Ada yang rasakan lebih bahagia apabila terima barang-barang mewah dan ada juga yang selesa bersederhana bersama keluarga tercinta.
Begitulah kisah pelakon, Fasha Sandha yang merasakan erti kebahagiaan baginya apabila dapat meluangkan masa bersama suami.
Menurut pelakon yang berusia 38 tahun itu, erti bahagia adalah berlainan bagi setiap wanita. Baginya, dia memiliki erti tersendiri dalam menilai perasaan bahagia tersebut.
Erti kebahagiaan untuk setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat beg mahal.
Bagi saya, ini adalah kebahagian saya (berada di samping suami).
Tambah pelakon Khilaf Asmara tersebut, dia tidak begitu gemar dengan barang kemas atau aksesori. Fasha menyatakan dirinya adalah seorang yang sederhana dalam kehidupan.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Fasha di ruangan Instagram story miliknya.
Hantaran tersebut juga memaparkan kemesraan pasangan suami isteri tersebut di mana Aidil sedang mengurut kaki isterinya.
Sekadar info, Fasha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu juga seorang anak seni, Aidil Aziz pada Mac 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira. Fasha turut mempunyai 2 lagi orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Video tular di media sosial memaparkan seorang graduan merakam momen naik pentas konvokesyen menggunakan Ray-Ban Meta. Rakaman POV itu berjaya menarik perhatian netizen kerana kelainan dan keunikan sudut pandang pertama, yang menangkap detik penuh emosi dan kegembiraan.
Naik pentas konvokesyen adalah saat paling bermakna, dan kini momen berharga itu boleh dirakam dengan sempurna menggunakan Ray-Ban Meta. Dengan cermin mata pintar ini, anda boleh menangkap detik indah dari perspektif pertama, menjadikannya kenangan yang lebih personal dan realistik.
Perasaan naik pentas konvokesyen memang sukar digambarkan. Air mata bahagia bercampur rasa bangga atas segala usaha selama ini. Semoga perjalanan ini menjadi permulaan kejayaan lebih besar dalam bidang yang diceburi.
Sebagaimana perkongsian di TikTok seoranga pengguna yang dikenali sebagai shazrulnajmi1 merakam detik manis. Bukan sahaja rakaman itu turut dirasai oleh semua yang menonton videonya. Bagaikan diri sendiri naik ke pentas untuk menerima anugerah cemerang.
“Alhamdulillah dengan hendak-Nya. Tahniah diri sendiri”
Meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata kagum dengan teknologi yang membolehkan setiap momen berharga diabadikan secara autentik. Tahniah kepada semua graduan! Moga kejayaan ini terus menjadi inspirasi buat semua yang menonton.
“Terima kasih dik , bawa akak naik pentas, kak x dpt nk teruskn pengajian atas sebb kewangan, , skrg da 40 lebih mcm x boleh je naik pentas ambik scroll tu.. “ “Merasa jgak naik pentas convo.” “macam ni rupanya naik pentas terima sijil grad. terima kasih bang bagi saya merasa. takde rezeki nak dapat semua ni.” “Tq dik bawa kita naik pentas penerima anugerah naib canselor.” “Thank you sbab buat pov mcm ni , teringin nak rasa sambung belajar mcm mana , dpat nek pentas dpat scroll tu mcm mana , alhamdulillah dpat merasa Walaupun pov”
Bayangkan, setiap langkah, senyuman, dan ucapan tahniah dirakam untuk diingati selamanya. Tahniah kepada semua graduan! Semoga kejayaan ini membawa inspirasi untuk terus maju. Dan bagi yang menonton, semoga ada rezeki merasai momen sebegini. Aamiin!