Bila sebut air tangan ibu memang tak disangkal lagi keenakkannya. Masak simple pun rasa semua sedap walaupun hanya goreng telur dadar. Tapi ayah pun ada ‘air tangan’ yang boleh buat rasa makanan tu jadi sedap.
Nak bonding dengan anak-anak ni sebenarnya banyak caranya. Bukan je bawa anak keluar jalan-jalan, belikan hadiah dan sebagainya, suapkan makan anak pun boleh jadi salah satu cara bonding anak dan ayah. Bila makan bersuap ni rasa dia memang sedap, boleh bertambah-tambah anak makan.
Dan paling sesuai nak suap anak-anak adalah ketika usia mereka masih lagi kecil, bila dah besar mestilah rasa malu pula, jadi ayah, papa, abi ambillah peluang ini suaplah anak-anak, mesti mereka makan bertambah, hubungan pun jadi lebih erat.
Air Tangan Ayah, Anak Makan Bertambah!
Seharian saya ke tempat kerja, balik petangnya saya cuba sebaik mungkin luang masa menyuap anak-anak makan.
Isteri saya yang masakkan.
Dan sebagai ayah, saya suapkan. Tak kisahlah sesibuk atau sepenat mana pun saya, saya cuba.
Ads
Inilah ‘air tangan’ ayah yang ayah beri kepada anak-anak. Menyuapkan anak-anak makan ketika anak-anak masih umur kecil dan mahu disuap ni.
Ambil dan gunakan peluang masa yang ada ini sebaik mungkin. Suapkan anak-anak makan selagimana anak-anak mahu disuap makan. Saya tak mahu nanti tiba masa anak-anak tak mahu lagi disuap barulah terhegeh-hegeh saya nak menyuap. Tak mahu menyesal nanti. Ayah-ayah memang kena suapkan anak-anak makan.
Malam ini Ateh AL (anak ke-4, umur 3 tahun 3 bulan) tidur seawal jam 7petang, jadi saya suapkan Aboy HE (anak ke-3, umur 5 tahun 2 bulan) saja. Dipendekkan cerita, Aboy makan malam ini bertemankan Spiderman
Tiba-tiba Aboy cakap, “Sedaplah nasi ni Papa suap. Jadi bertambah sedap!” Seronoknya saya rasa. Alhamdullillah.
Ads
Tapi saya suap Aboy je la, saya tak suap Spiderman
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak adalah aset paling bernilai kepada kedua ibu bapa. Tapi sejauh manakah tanggungjawab kita terhadap anak itu. Adakah kita sudah cukup berikan yang terbaik?
Tiga kriteria ini antara kunci penting dalam mendidik si anak di zaman milenium.
Sikap Terhadap Anak
Jauhkan pemikiran menganggap anak sebagai beban. Anggap anak itu sebagai anugerah atau hadiah yang akan bersama kita susah dan senang di masa hadapan. Hargai kehadiran mereka.
Komunikasi Dengan Anak
Pastikan kita tahu dan sedar bagaimana komunikasi dengan anak sejak mereka kecil. Jika salah caranya, kesan buruk boleh berlaku antaranya anak menjadi degil dan tiada sikap hormat hingga ke besar.
Galakkan Anak Meneroka Ilmu
Beri anak ruang untuk mereka meneroka apa di sekeliling mereka. Usia mereka yang masih mentah, pemikiran yang aktif dan sangat ingin tahu akan membina tumbesaran mereka di samping membantu meningkatkan keyakinan diri mereka.
Tapi awas, kita haruslah mengawal dan sering berada bersama mereka. Untuk memastikan kita tidak terlepas mendidik mereka apa yang baik dan tidak baik.
KESEDARAN IBU BAPA
Kadang-kadang kita dah rasa buat yang terbaik untuk anak tapi sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang kita lupa dan leka untuk masa hadapan mereka.
Contohnya aspek pendidikan anak. Dari awal kita dah impikan untuk hantar anak belajar di sekolah dan universiti yang terbaik. Niat itu dah bagus tetapi adakah kita terfikir apa akan jadi jika pinjaman pendidikan di negara kita sudah tidak ditawarkan lagi?
Justeru ibu bapa kena sedar, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) umpama ‘nyawa’ anak-anak kita untuk meneruskan pendidikan mereka. Konsepnya sama macam kita sebelum ini yang turut menggunakan pinjaman ini untuk membiayai yuran pengajian semasa di institusi pendidikan tinggi.
Mungkin sekarang kita tak ambil kisah sebab dah habis belajar. Tapi dana pinjaman ini akan berkurangan jika kita terus ambil sikap acuh tak acuh. Jadi sokongan anda diperlukan membantu PTPTN bina masa hadapan lebih baik untuk generasi akan datang.
Pendidikan generasi baharu ini bergantung pada apa yang kita lakukan sekarang. Jika kita faham konsepnya, tiada masalah untuk anak-anak mendapat manfaat pinjaman pendidikan kelak.
Sebagai alternatif untuk mendapat pandangan orang ramai PTPTN menyediakan ruang Konsultasi Rakyat untuk anda mencadangkan kelangsungan PTPTN sebagai institusi pinjaman terbaik di Malaysia.
Apa itu Konsultasi Rakyat?
Konsultasi Rakyat menunjukkan keterbukaan PTPTN dan mengalu-alukan pandangan rakyat mengenai apa sahaja idea atau cadangan orang ramai bagi memastikan kelestarian pembiayaan untuk generasi akan datang dan mewujudkan skim baharu pembayaran balik mengikut kemampuan pelajar menerusi portal rasmi PTPTN.
Ia membuka peluang kepada rakyat untuk memberi pandangan sama ada cadangan atau idea baharu dan menggalakkan satu komunikasi bermaklumat tepat kepada seluruh rakyat.
Memandangkan sebelum ini ramai yang suka memberi pandangan terbuka di media sosial, input itu tidak dapat disampaikan dengan jelas. Inilah masanya kita sebagai ibu bapa suarakan bagi pihak anak-anak kita di medium yang betul.
PTPTN telah memberikan pinjaman kepada pelajar dari semua latar belakang untuk membiayai pengajian di peringkat lebih tinggi. Bagaimanapun yang menjadi kekangan hari ini, lebih separuh tidak membayar balik pinjaman tersebut seperti dalam perjanjian hingga menyukarkan usaha PTPTN untuk membantu peminjam baharu.
Sebagai tanda sokongan anda untuk kelangsungan generasi pendidikan anak, PTPTN mengharapkan maklum balas positif dari anda di pautan Kertas Konsultasi Rakyat: https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/
PTPTN Menanggung Hutang RM40 Bilion Yang Dijamin Oleh Kerajaan
Sebagai pemberi pinjaman dengan prestasi kutipan bayaran balik yang rendah, adalah mustahil untuk PTPTN terus mendapat pinjaman. Bebanan hutang kini berjumlah RM40 bilion (tidak termasuk faedah).
Situasi ini akan semakin teruk jika langkah awal tidak diambil. Dijangkakan tanggungan hutang akan meningkat RM76 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Bayaran Balik Yang Rendah Akan Memberi Impak Pada Peminjam Akan Datang
Pada tahun 2014, PTPTN mengalami krisis kekurangan dana untuk membiayai pinjaman pendidikan. Akibatnya, 50,000 permohonan pinjaman baharu pada tahun tersebut hampir ditolak oleh PTPTN. Untuk mengelakkan situasi ini terjadi, PTPTN terpaksa memotong amaun pembiayaan sebanyak 5% kepada peminjam IPTA dan 15% bagi peminjam IPTS.
Setiap Kekurangan RM70 Juta Akan Menyebabkan 10,000 Orang Pemohon Baharu Tidak Mendapat Pinjaman
Ini bermakna setiap RM7,000 yang tidak dibayar akan menyebabkan seorang pemohon baharu dinafikan hak mendapat pinjaman. Contohnya, seorang peminjam dengan pinjaman RM21,000 tidak membayar balik, akan menyebabkan tiga orang pemohon baharu tidak mendapat pinjaman.
Jika tiada perubahan drastik dilakukan, akan wujud risiko yang tinggi sehingga menyebabkan pembiayaan pendidikan tidak dapat diteruskan dan akan diambil alih oleh pihak swasta serta tidak lagi menerima subsidi kerajaan dan menyebabkan peminjam akan membayar kadar faedah yang jauh lebih tinggi.
Oleh itu, sebagai ibu bapa jika anda sayangkan anak dan generasi masa depan inilah masanya kita jalankan tanggungjawab. Komen positif anda mungkin akan menyelamatkan serta membantu anak-anak mendapat masa hadapan pendidikan yang baik.
PTPTN mengharapkan maklum balas positif dari anda. Ayuh kita ke pautan Kertas Konsultasi Rakyat: https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/ Lakukan ini untuk masa depan anak-anak anda serta generasi akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim anak influeza ini ada baiknya kita merujuk kepada doktor dalam apa pun jenis tindakan dan jenis ubat-ubatan yang kita makan. Bukan sahaja bahayakan nyawa sendiri bahkan nyawa anak-anak yang masih kecil.
Memilih ubat bontot untuk mengawal demam anak memang disarankan jika mempunyai suhu yang tinggi, namun elakkan jenis NSAIDS jika anak dikesan demam Influenza. Mengapa? Ini yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari di Instagramnya.
BAHAYA UBAT PUNGGUNG UNTUK DEMAM ANAK
Kita tahu kes Influenza di kalangan kanak-kanak dah meningkat sekarang. Dan kes demam dan batuk pun meningkat. Kadang-kadang yang demam batuk tu bukan influenza pun tetapi penyakit lain.
Dan ibu bapa di rumah kadang-kadang membuat langkah awal untuk merawat anak yang demam seperti memberi ubat punggung (suppository) terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor. Ubat punggung tu pun boleh je beli kat mana-mana farmasi.
Tetapi, kita tak boleh memberi ubat punggung sebarangan kepada anak. Ini kerana jika kanak-kanak itu sebenarnya menghidapi influenza dan ibu bapa memberi ubat punggung NSAIDS, ia sebenarnya akan meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti RADANG OTAK atau juga dikenali sebagai Acute Necrotizing Encalopathy (ANEC). Ini lagi merbahaya.
Oleh itu untuk anak-anak demam, terutamanya bawah 5 tahun :
✅️ Berilah anak yang demam ubat Paracetamol SAHAJA (minum/punggung) mengikut dos yang ditetapkan .
❌️ JANGAN beri ubat punggung NSAIDS. Kalau dah check dengan Dr. n dah tau bukan kena influenza takpela.
✅️ Pastikan anak minum dan makan secukupnya supaya kekal terhidrat.
✅️ Bawalah anak berjumpa doktor sekiranya gejala sakit tak berkurangan untuk penilaian lanjut.
Nak didik anak di zaman sekarang ini bukanlah mudah. Ditambah lagi dengan media sosial yang disogok dengan bermacam cerita tidak enak didengar.
Namun perkongsian seorang ibu yang menceritakan semua perkongsian tip keibubapaan dari seorang Aunty Cina ini boleh kita jadikan panduan dalam mendidik anak.
Menurutnya, banyak ilmu parenting yang dipelajari dengan seorang aunty Cina ketika membeli barang basah dapur di pasar. Ikuti perkongsiannya.
“Tadi pergi pasar dengan Adra, ada sorang aunty Cina itu bagi tips cara ajar anak. Anak dia 2 orang Master. Seorang kerja dekat China, seorang dekat Hong Kong.
“Anak kecil lagi macam ini jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam hari ini you pergi pasar.
“Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti bapa dia balik, suruh dia cerita sama bapa dia. Mak bawa pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.
Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy happy, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya.”
Ajar anak sifat berkongsi & ibu bapa jangan ego bila buat salah dengan anak
“Bila bagi anak barang atau makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”.
Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, itu bukan dia seorang punya. Lagi-lagi berkongsi dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan kalau mak bapa ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf. “Oh ya, mama salah tadi..sorry.”
Ada lagi.
“Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?
Jangan banding-banding anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecil. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang.”
Okay. Dekat sini mungkin aunty itu nak sampaikan yang rezeki masing-masing. Jadi, bersyukurlah.
Dia hanya cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum. Haa contoh. Tak ke kecil hati anak itu.)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam dan ikan tadi. Pergi mana-mana pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ini ilmu parenting.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.