Hati ibu mana tak sedih anak yang dilahirkan tiba-tiba diuji sakit. Menurut Siti Famiza Bahari, 32 tiap kali Muhammad Faris Naufal Mohd Fairul Ridzuan, 2, menangis, dirinya pun ikut menangis, malah dapat merasakan kesakitan yang ditanggungnya.
Pada usia masih begitu kecil, dia terpaksa melalui pelbagai rawatan termasuk kemoterapi, kerana penyakit barah hati (hepatoblastoma) setelah doktor mengesahkannya pada bulan Mac lalu.
Bermula bahagian perut mengeras
Katanya, beliau membawa Muhammad Faris Naufal untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas mendapati bahagian perut sebelah kanan kanak-kanak itu mengeras.
“Selepas melakukan pemeriksaan, termasuk imbasan sinar-X, doktor mengesahkan anak menghidap kanser hati. Muhammad Faris Naufal kemudian dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kami perlu berulang-alik ke sana mengikut janji temu dengan doktor,” katanya.
Dah 7 kali kemoterapi
Setakat ini, Siti Famiza berkata, Muhammad Faris Naufal sudah selesai melalui tujuh kali rawatan kemoterapi di HPP, dan dijangka menjalani pembedahan untuk membuang separuh daripada hatinya pada Julai depan.
Ads
Beliau berkata, berat badan anaknya itu juga berkurangan hingga hanya 8.9 kilogram (kg) berbanding 11kg sebelum ini, kerana tidak berselera makan.
“Sebelum ini, saya mengambil upah mengasuh kanak-kanak di rumah dan bolehlah membantu kewangan keluarga, selain suami bekerja di bengkel kereta dengan pendapatan kira-kira RM1,200 sebulan.
“Namun sejak anak sakit, saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada Muhammad Faris Naufal dan anak sulung, Nur Fariza Najla, 5, di rumah,” katanya.
Kekangan kewangan
Ads
Siti Famiza berkata, mereka perlu menyimpan wang untuk membawa Muhammad Faris Naufal menjalani rawatan di HPP, namun adakala terputus kewangan.
Katanya, beliau bersama suami buntu memikirkan sumber kewangan untuk menampung keperluan rawatan anak, selain membayar sewaan rumah sebanyak RM500 sebulan dan menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat kini.
Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal hadir menyerahkan sumbangan. – Kredit: Metro
“Muhammad Faris Naufal juga perlu minum susu formula khas dan memakai lampin sepanjang masa. Jika ada yang hendak membantu, saya bersyukur sangat kerana sudah tidak tahu mana lagi hendak cari duit,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Siti Famiza melalui talian 011-29527561.
Ads
Sementara itu Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal turut hadir menyerahkan sumbangan wang tunai, barangan keperluan harian dan susu formula khas bagi meringankan beban Siti Famiza sekeluarga.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Melihat hasil perahan susu buat pertama kalinya memang terasa perit. Bagi mendapatkan susu sekitar 2oz terasa cukup sukar. Apa lagi kala melihat kuantiti susu ibu lain yang cukup banyak. Makin buat ibu bertambah tertekan.
Menurut Kaunselor Laktasi bertauliah, Pn NoorFazila Abdul Rahman, yang juga merupakan salah seorang Malaysian Breastfeeding Peer Counselor, kejayaan menghasilkan 2 auns susu diperingkat awal boleh disifatkan sebagai satu kejayaan besar buat ibu.
Kunci utamanya adalah jangan pernah merasa tertekan dan membandingkan dengan ibu lain.
Suka saya katakan bahawa jumlah hasil perahan 2oz yang diperolehi ketika baru melahirkan anak itu bukanlah satu jumlah yang sedikit. Mungkin anda rasa ia jumlah yang sikit kerana membandingkan hasilnya dengan ibu lain yang mampu dapat lebih dari jumlah tersebut. Berapa banyak hasil perahan yang kita mampu dapat melalui sesi perahan sebenarnya langsung tidak menggambarkan jumlah susu yang badan kita mampu hasilkan.
Ini kerana, jumlah hasil perahan ini sebenarnya hanya menunjukkan kemampuan pam susu yang anda gunakan untuk mengeluarkan susu dari payudara anda. Sama juga halnya dengan jumlah hasil perahan yang anda dapat, ianya tidak menggambarkan jumlah yang sama dengan berapa yang anak perolehi bila menyusu terus.
Jumlah hasil perahan tidak boleh dijadikan indikator untuk menentukan sama ada anda ibu yang tidak mampu menghasilkan susu yang cukup untuk anak atau sebaliknya. Jika anak membesar dengan sihat, pembuangan air kecil dan besarnya normal setiap hari dan terdapat kenaikan berat badan setiap bulan, itu tanda yang badan anda telah menghasilkan susu yang cukup untuk anak. Jadi, saya harap anda tidak terus rasa kecewa dan beranggapan anda tidak mampu menghasilkan susu yang cukup untuk anak.
Ubat Minda & Elak Tertekan Dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran susu, ramai ibu mengharapkan mereka dapat hasilkan susu yang banyak untuk anak, hakikatnya mengharapkan susu yang banyak hanya akan membuatkan mereka lebih tertekan dan mudah berputus asa.
Apa yang penting, pertama sekali anda boleh mula mengubah mindset dari mengharapkan susu yang ‘banyak’, adalah lebih baik anda setkan minda agar dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anak kerana sesungguhnya, untuk menjayakan penyusuan susu ibu, ibu tak perlu susu yang banyak yang penting cukup untuk anak.
Perkara paling penting yang anda perlu lakukan untuk memastikan bekalan susu sentiasa cukup untuk keperluan anak adalah dengan memastikan rutin penyusuan yang sepatutnya anda lakukan, dilakukan sebaiknya sebelum memikirkan makanan apa yang mampu membantu membanyakkan bekalan susu. Ini kerana, banyak atau tidak susu yang badan ibu hasilkan bukan bergantung pada apa yang ibu makan sebaliknya berapa kerap susu dikeluarkan dari badan.
Patuhi Rutin Penyusuan Rutin penyusuan yang perlu dilakukan perlu mematuhi konsep asas penyusuan iaitu lebih banyak permintaan, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Apa yang dimaksudkan dengan konsep asas penyusuan ini adalah :-
1. Bila bersama dengan anak, anda boleh terus menyusu pada payudara sekerap 1-2 jam sekali. Lebih kerap rangsangan pada payudara, lebih tinggi paras hormon prolaktin dalam darah ibu, lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Apabila di tempat kerja, pentingnya menjaga jadual memerah susu. Pastikan jarak antara sesi perahan tidak lebih dari 3 jam. Ini penting bagi memastikan payudara terus mendapat rangsangan permintaan susu supaya badan terus menghasilkan susu walaupun tanpa kehadiran anak di sisi.
3. Penyusuan waktu malam juga dapat membantu meningkatkan bekalan susu, ini kerana paras hormon Prolaktin di dalam darah ibu dua kali ganda lebih tinggi di waktu malam. Jadi biasakan untuk mengejut anak menyusu 2 jam sekali sepanjang waktu malam.
4. Jika ada kelapangan masa, boleh ikhtiarkan dengan melakukan Power Pumping sehari sekali di awal pagi selama 2 minggu. Power pumping merupakan teknik mengepam yang seolah meniru gaya hisapan anak dan ia merupakan antara usaha untuk menaikkan paras hormon supaya badan terus menghasilkan lebih susu.
5. Selain itu, jika anda mengambil pil perancang pastikan ianya tidak mengganggu hormon penyusuan. Berbincanglah dengan doktor agar doktor memberi pil perancang yang tidak mengganggu produksi susu. Ini penting bagi memastikan bekalan susu yang sentiasa mencukupi untuk anak.
6. Selain itu, pastikan minum air kosong mencukupi mengikut keperluan badan. Ini kerana, hormon Oksitosin yang dirembes sewaktu aktiviti penyusuan berjalan membuatkan anda berasa dahaga, jadi minumlah air kosong mencukupi. Selain itu, air kosong juga membantu membawa oksigen yang cukup ke otak dan ini penting untuk memastikan anda entiasa bertenaga.
7. Sentiasa tenangkan diri. Amalkan zikir Ya Matin sepanjang sesi memerah atau waktu menyusukan anak. Elakkan berada dalam keadaan tertekan atau sedih kerana ia akan mengganggu penghasilan hormon Oksitosin. Seperti yang puan sedia maklum, hormon Oksitosin sangat penting kerana ia membantu mengeluarkan susu dan memastikan aliran susu lancar keluar dari payudara.
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, minum susu sebagai sumber kalsium, makan lebih sayur-sayuran dan buah buahan kerana diet ibu menyusu perlulah berwarna warni dari bahan semulajadi. Jangan sesekali bazirkan wang membeli produk-produk yang dikatakan mampu membanyakkan susu ibu sedangkan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya boleh diambil dalam bentuk semulajadi. Adalah lebih baik membelanjakan wang dengan membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan sumber protien dan makanan berkhasiat yang lain.
9. Akhir sekali, jika anda telah lakukan semua yang disenaraikan di atas anda bolehlah mencuba makanan yang dikatakan boleh membantu membanyakkan susu ibu. Saya akui ada sesetengah makanan atau herba yang dikelaskan sebagai ‘Galactagogue’ dikatakan mampu membanyakkan susu ibu seperti lobak putih, oat, halba, jantung pisang dan sebagainya tapi ia bukan jaminan.
Saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi sedikit manfaat dan boleh dijadikan panduan dalam usaha anda meningkatkan penghasilan susu. Memang hakikat perjalanan penyusuan agak sukar di peringkat awalnya tapi percayalah berkat kesungguhan pasti akan berjaya jika anda terus bersemangat dan komited dengan rutin penyusuan yang sebenar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengandungkan serta melahirkan anak kembar menjadi idaman kebanyakan wanita. Seronok bila dapat anak kembar ni, tak perlu bersalin banyak kali tapi anak dah ramai. Sebenarnya ia bukanlah sekadar seronok, tetapi sebuah pengorbanan yang besar. Semuanya jadi berganda. Kepayahan, kesakitan atau perbelanjaan untuk anak-anak kembar.
Rezeki Sharla Rose dan suaminya apabila mereka dikurniakan dua kali kehamilan dengan anak kembar. Mereka mempunyai kembar dua dan kembar tiga. Jumlah keseluruhan anak-anak mereka adalah enam orang termasuk anak sulung. Bersalin hanya tiga kali, tetapi anak enam.
Bukan mudah, ikuti perkongsiannya ini.
Untung, 3 Kali Bersalin Anak Dah 6 Orang!
Ada orang kata sy untung la 3x bersalin dh dpt 6 org.. Tak payah mcm ktrg yg beranak ramai 1-1 ni.. 6x bersalin.. Tak ada la awk rasa bersalin banyak kali mcm ktrg ni..
Hidup ni bukan 1 persaingan.. siapa anak ramai.. siapa hebat.. siapa kuat.. tp hidup ni adalah pengorbanan.. Pengorbanan pada diri sndri dan pada keluarga..
Tetap Bertarung Nyawa, Kehamilan Risiko Tinggi!
Walaupun sy tak melahirkan banyak kali, tp sy juga bertarung nyawa.. High risk pregnancy.. Tiap2 minggu appointment jumpa pakar sampai buku pink pun lunyai.. Turun naik hospital.. Keluar masuk wad.. Alahan 4-5 bulan melepek atas katil.
Anak Semua Pra Matang
Anak semua premature, Duduk berkampung dalam wad nicu.. Kena df serentak 2baby,3baby bergilir2 sampai ke pagi.. Perbelanjaan untuk skali 2 baby, 3baby.. Lepas czer turun naik hospital sbb baby prem, Admit nicu 2 bulan.. Lepas discaj triplet serentak sakit sampai masuk picu, Anak yg lain dekat rumah tak de org jaga..
“Bukan Mudah, Saya & Suami Struggle..”
Mmg org nampak sy mudah… Melahirkan skali 2-3 baby skali.. Tp org tak nampak betapa strugglenya sy dan suami dalam membesarkn mereka.. Org hanya nampak yg indah depan mata.. Tp disebalik tabir org tak tahu..
Orang Sindir, Kata Mudah. Sekali Bersalin Terus Dapat Anak Ramai
Tp org mudah kata sy ni anak ramai tp tak merasa beranak banyak kali..untungler (dgn nada sinis) Mungkin yg melahirkan banyak kali tu mudah, lepas bersalin discaj, jaga dan uruskan baby sorg je.. lepas baby sorg tidur, mami pun blh tidur dan rehat.. Tp sy kena bergilir2 df baby.. 2 org skali, 3 org skali.. Mungkin yg bersalin sorg anak tu beli kelengkapan baby hanya untuk sorg je.. Tp sy kena beli utk 2 baby, 3 baby sekali.. Mungkin yg bersalin ank sorg tu hanya beli susu pampers utk sorg baby je.. Tp sy kena beli utk 2 baby, 3 baby skali.. Mungkin yg bersalin sorg hanya menyusukan sorg baby je.. Tp sy kena pump susu dan bahagikan kepada 2baby, 3 baby.. Mungkin yg bersalin sorg hanya bawa sorg baby je pergi check up.. Tp sy padat dengan jadual check up dgn twin dan triplet dari baby sampai la 4 tahun..
Ujian Kita Tak Sama
Kasut kita tak sama, Roda hidup kita tak sama, Ujian kita juga berbeza.. Jangan mudah memandang rendah pada org lain.. Kita semua wanita Allah ciptakan rahim, Setiap org akan merasai mengandung, melahirkan,menyusukan,membesarkan ank2 dalam Pelbagai bentuk ujian yg mengiringi sepanjang kita hidup.. Jadi jgn la kita meremehkan kehidupan org lain.. Kita semua diberi pelbagai bentuk ujian..
Tiada ibu yg tak sakit dalam melahirkan permata hati yg dikandung selama 9 bulan.. Semua yg bergelar ibu akan merasai sakit sewaktu melahirkan.. Tidak kira czer ke.. normal ke.. Semua ibu sakit.. Semua ibu berjuang utk melahirkan.. Semua ibu menggadaikan nyawa antara hidup dan mati demi ank yg dikandung.. Semua ibu mengharapkan dirinya dan baby selamat dan sempurna..
Jadi.. Tiada beza antara kita sbgi sorg IBU.. Allahuakhbar. . Besarnya Pengorbanan Seorang Isteri Untuk Menjadi Ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas selamat menjalani pembedahan rawatan sumbing bibir, penyanyi Lan Solo menyatakan kesihatan bayinya iaitu Nur Amna Quxandra kini semakin pulih, namun terpaksa membataskan sentuhan fizikal.
Menurut Lan kepada Mstar, tindakannya itu untuk mengelakkan Xandra terdedah dengan bakteria bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
“Insya-Allah, saudara-mara faham. Sekarang ini pun kita asingkan Xandra daripada orang luar sebab tak mahu dia lambat sembuh kerana jangkitan bakteria.
“Tak apa, nanti selepas dua bulan, apabila parut serta luka dah benar-benar sembuh bolehlah gomol dan cium semula,” katanya.
Anak Lan selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada 31 Mei lalu.
Isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan bayi keempat mereka pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.
Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009. Selain Quxandra mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
Sumber: Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!