Bila anak selalu membaca buku cerita, ia dapat merangsang pemikiran mereka. Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Anak yang selalu didedahkan dengan buku cerita atau ibu ayahnya suka bercerita didapati lebih kreatif dan berimaginasi.

Artikel Menarik: [Ketahuilah! Bila Anak Kita ‘Angin’, Dia Cuma Mahu Perhatian]

Pengetahuan amnya juga lebih meluas dan mereka selalu yakin ketika berbicara. Biarpun cerita Arnab Berlumba Dengan Kura-Kura atau Sang Kancil Menipu Sang Buaya kelihatan remeh, sebenarnya jika dikongsikan dengan anak-anak boleh merangsang otak mereka.

Bijak Selesai Masalah, Anak Suka Membaca Akalnya Kreatif!

Kemahiran berfikir dalam kalangan anak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh memberi cadangan dan memberi pelbagai idea.

 

IKLAN

 Selain itu, anak juga boleh menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut:

Bijak Selesai Masalah, Anak Suka Membaca Akalnya Kreatif!

  1. CERITA SEMULA

Sentiasa galak anak-anak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri.  Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap  soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.

IKLAN
  1. BERTANYA SOALAN

Bertanya kepada anak-anak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari.  Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru.

Situasi ini akan menggalakkan anak-anak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.

Artikel Menarik: [Cara Mudah Deep Clean Tilam, Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Guna 3 Bahan!]

IKLAN
  1. ANALISIS WATAK

Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut.  Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk  membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.

Bijak Selesai Masalah, Anak Suka Membaca Akalnya Kreatif!

  1. KAITKAN DENGAN PENGALAMAN DIRI

Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta anak-anak  untuk mengaitkan  cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila anak-anak mula menggunakan maklumat yang  diperolehi  dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI