Semakin anak membesar, semakin mencabar tugas dan tanggungjawab ibu bapa terutama ketika mereka bersekolah. Salah satu masalah yang sering dipandang biasa adalah kes buli di sekolah.
Jangan sesekali pandang mudah. Ambil kira apa jua aduan dari anak-anak. Apa nak buat bila anak mengadu? Ini yang cuba dikongsikan oleh Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri UIAM.
Satu dari 5 kanak-kanak sekolah terlibat dengan buli (dibuli/membuli). Jangan ambil mudah kes buli. Jangan sampai kata-kata “biasalah budak-budak” berakhir dengan “Ya Allah anakku…”.
Saya pernah merawat seorang pelajar tingkatan 4 yang mengadu di hadapan saya ‘rasa nak bunuh diri’ sebab terlalu tertekan dibuli (kesnya – geng lain negeri).
Ibunya pada awalnya geleng kepala sebab anak dirujuk ke psikiatri. “Anak saya bukan gila, bergaduh je, kenapalah sampai nak rujuk doktor jiwa?”.
Bila anaknya luah segalanya depan doktor, dengan mak-mak sekali meraung dalam bilik doktor. Tolong jangan ambil mudah. Cukuplah statistik anak balik dari asrama dengan kereta Jenazah.
Ads
Apa nak buat jika anak anda di buli?
• Tanya terus terang dengan anak, lihat tanda-tanda seperti takut ke sekolah, mohon tukar sekolah, kurang kawan-kawan atau kerap hilang barang.
• Jumpa guru sekolah, maklumkan dan minta sekolah ambil tindakan
• Dengan bantuan guru, libatkan penyelesaian dengan ibubapa pembuli
• Jika buli berlaku di luar sekolah, pastikan langkah keselamatan perjalanan anak-anak ke/pulang dari sekolah
• Bawa ke pihak atasan sekiranya sekolah tidak mengambil tindakan
• Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami masalah emosi/mental
• Bina kembali keyakinan diri secara beransur-ansur
• Elakkan dari terlalu mengongkong (kerana takut berulang)
• Tukar sekolah sekiranya tiada perubahan
Apa nak buat jika anak jadi pembuli?
• Ambil serius masalah ini sekiranya tidak mahu berlarutan
• Cakap terus terang dengan anak anda dan gurunya
• Pastikan anak anda faham yang tingkah lakunya tidak boleh diterima
• Fahamkan kesan dan akibat membuli
• Laksanakan disiplin yang efektif dan konsisten sejajar dengan kesalahan dan mengikut tahap umur anak
• Tingkatkan pengawasan – apa yang dilakukan, siapa kenalan
• Kerjasama dengan guru bagi pengawasan di sekolah
• Komunikasi dengan guru untuk memantau perubahan di sekolah
• Beri galakan dan pujian bagi perubahan dan tingkah laku yang baik
• Elakkan anak dari menonton elemen ganas dalam media
• Jangan wujud sebarang keganasan dalam rumahtangga
• Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami masalah emosi/mental
Secara prinsipnya, cara mengatasi buli ialah ‘being praktikal’. tak cukup dengan minta anak bersabar dan mengelak.
Ibubapa dan guru banyak kerja sikit kena buat, tetapi inilah yang sebaiknya supaya masalah tak meleret menjadi lebih besar.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Memang bukan mudah, tapi kenyataan ini didepani ibu ini dengan tabah & cekal tatkala anak kedua menanggung derita pelbagai penyakit.
Ibu muda Nurul Hana Zakaria, 26, berkata, Muhammad Nazmi Bin Ammar kini bergantung kepada mesin oksigen elektrik lantaran mengalami masalah paru-paru sempit sejak lahir itu. Selain itu, tubuh si kecil 11 bulan itu juga turut berdepan masalah jantung berlubang dan tiroid.
Muhammad Nazmi yang juga bayi Sindrom Down, berusia 11 bulan mengalami masalah paru-paru sempit sejak lahir. Kini si kecil ini perlu bergantung kepada mesin oksigen.
“Mesin oksigen itu akan membantu mengembangkan salur pernafasan Muhammad Nazmi dan jika tidak dipakai, bayi itu akan lemah selain sesak nafas,” kata Nurul Hana.
Bimbang tanggalkan mask
“Walau pun mengalami pelbagai penyakit, Nazim anak yang kuat. Kini Nazim aktif, tidak boleh ditinggalkan walau sekejap.
“Saya sering bimbang dia jatuh buaian sebab dia sangat aktif. Juga bimbang dia menanggalkan topeng gas oksigen yang perlu dipakainya,” ujar ibu tabah ini.
Nebulizer untuk cairkan kahak setiap hari
Nurul Hana turut berkongsi rutin harian bersama anak istimewa ini. “Setiap pagi Muhammad Nazmi akan dimandikan. Selepas menyiapkan dirinya, saya kemudian akan memberikannya susu dan ubat-ubatan. Saya kemudian akan memasang nebulizer untuk mencairkan kahaknya.
“Walau pun sakit, dia seperti anak yang lain, hendak bermain-main dan meneroka. Nazmi anak yang ceria dan kuat. Besar harapan saya untuk melihat dirinya sihat suatu hari nanti,” kata ibu ini.
Kerap demam bila jantung dijangkiti
Ada masanya anak istimewa ini perlu diberi perhatian serius. Selain Nurul Hana, suaminya juga kerap mengambil cuti apabila anak kedua mereka ini demam.
“Apabila demam, selalunya paru-parunya dijangkiti kuman dan Muhammad Nazmi akan dimasukkan ke wad beberapa hari,” katanya.
Semoga Muhammad Nazmi sembuh
Mengimbau kembali saat awal mengetahui penyakit yang bersarang dalam tubuh anak keduanya, Nurul Hana akui terkejut. Apabila mula-mula tahu memang tak dinafikan saya sebak dan sedih. Tapi saya redaa. Setiap hari saya berdoa agar MUhammad Nazmi akan sihat dan sembuh dari penyakitnya,” katanya.
Kepada anda yang ingin membantu, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun BSN milik Nurul Hana di 02003 41 00001240 8
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ibu ayah, sudah menjadi lumrah kita menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh tak mahu mereka susah, kita sanggup lakukan apa saja untuk memudahkan kehidupan mereka. Dalam diam sebenarnya kita tak sedar yang sebenarnya telah memanjakan mereka sehingga anak tidak mampu berdikari.
Terlalu risaukan keadaan anak mungkin menyebabkan kita take charge segala kesusahan atau cabaran yang dihadapi oleh mereka. Dr Redza Zainolmelalui perkongsiannya di laman Twitter ada berkongsi tentang keadaan ini.
Menurutnya, ada seorang kanak-kanak perempuan ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Untuk menguji tahap perkembangan mereka, doktor ini meminta kanak-kanak tersebut untuk lukis sebuah bulatan. Namun yang memeranjatkan apabila ibu kanak-kanak tersebut memegang tangan anaknya untuk melukis bersama.
Selepas berkali-kali doktor ini meminta si ibu melepaskan tangan anaknya, baharulah dia menurut. Kemudian dia diminta untuk melukis garisan lurus pula. Sekali lagi ibunya mahu membantu. Doktor meminta si ibu membiarkan anaknya buat sendiri dan sebenarnya kanak-kanak perempuan itu mampu melakukannya dengan baik.
Apabila berkongsi tentang hal ini dengan isterinya, rupa-rupanya ibu ayah begini dipanggil sebagai LAWNMOWER PARENTS.
Jom lihat apakah kriteria LAWNMOWER PARENTS ini:
“Tak benarkan anak menangani konflik.”
“Ambil alih untuk selesaikan tugasan sekolah anak.”
“Tak benarkan anak naik basikal, takut cedera.”
“Sanggup bertengkar dengan guru anak.”
Kesannya? Anak tak ada kemahiran mengurus dan menyelesaikan masalah hidup.
Berpada-padalah ketika kita membantu anak ketika mereka perlu menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah. Anak-anak mempunyai potensi mereka yang tersendiri dan perlu mendapat sokongan kita untuk membantu mereka berjaya. Lebihkan galakan bukan bantuan supaya mereka sentiasa berpeluang untuk berfikiran secara kreatif.
Ciuman dan pelukan pada anak adalah salah satu cara nak mengungkapkan rasa kasih sayang. Tapi masih ada ibu bapa yang keliru bahagian mana sebenarnya tempat untuk mencium anak-anak.
Bahagian paling digalakan untuk memberi ciuman pada anak-anak adalah di kepala, dahi, pipi dan tangan. Dan bagi ibu bapa yang terbiasa mencium bibir anak, sebaiknya jangan diteruskan lagi. Kenapa? Ini perkongsian Dr Taufiq Razif .
Nak tunjuk kasih sayang pada anak boleh tapi sebaiknya jangan sampai dengan mencium bibir anak kita.
Ia bukan haram secara mutlak tetapi tahu tak kita :
– Bibir anak adalah Erogenous Zone anak. Erogenous zone ini adalah anggota badan yang boleh membangkitkan ransangan seksual apabila disentuh
– Bibir adalah kawasan yang ‘super sensitive’ yang mempunyai banyak reseptor saraf. Ianya membuatkan bibir menjadi sangat sensitif apabila disentuh dan boleh meransang syahwat.
– Ketika seorang anak mencapai usia sekitar 4-6 tahun keinginan seksualnya mulai muncul (dan beberapa anak-anak keinginan seksualnya muncul lebih awal, terkadang muncul pada usia 2 atau 3) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual anak.
– Mencium bibir anak boleh membuatkan anak mengalami ‘moral conflict’. Mereka akan merasakan bahawa ciuman di bibir adalah normal sebagai tanda kasih sayang walaupun daripada orang tidak dikenalinya.
Ajarkan ilmu ini pada pasangan dan ahli keluarga kita yang lain juga kerana kesalahan yang sedikit dalam mendidik anak boleh memberi impak yang sangat besar hingga mereka dewasa.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mendidik anak menjadi seorang yang pintar dan cerdas adalah impian setiap ibu bapa. Namun, di zaman serba moden ini, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Pelbagai cabaran perlu dihadapi, termasuklah pengaruh persekitaran yang semakin mencabar.