Selagi mana kita tidak menjadi ibu bapa, selagi itulah kita tak merasai sendiri pengalaman sebenar dunia keibubapaan. Bila mana kita menjadi ibu bapa, barulah kita sedar bukan mudah untuk menguruskan ‘manusia kecil’ ini.

Emosi anak kecil ada turun naiknya, lasaknya yang baru nak mengenal dunia. Kadang-kadang ada mata yang memandang sinis, ada mulut yang bercakap perkara yang negatif dan tidak membantu langsung. Begitulah… pengalaman ini yang akan menjadikan kita sebagai ibu bapa yang kuat untuk melindungi dan membesarkan anak-anak. Ikuti perkongsian dari pengalaman Puan Wawa Shauqi.

“Ish Melalak Je Anak Dia”, Jangan Judge Ibu Bapa Lain. Suatu Hari Kita Akan Alami Perkara Sama

Saya masih ingat satu momen ni. Anak saudara yang umur 2/3 tahun sedang menangis sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air. Tangisan dia menggegar satu rumah. Nyaring dan merunsingkan.

Dalam bilik air tu, ada maknya yang sedang mandi. Dia akan menangis dari mula maknya masuk, sampai maknya keluar. Dalam hati, saya terdetik,
“Anak aku nanti, takkan macam ni.”

Menyesal. Memang menyesal. Sebab, selang beberapa tahun, saya mengalami perkara yang sama. And I’ve got extended version from that similar experience.

Datang seorang gadis yang masih dara, menzahirkan annoy di wajahnya, dan berkata kat depan muka saya,
“Tapahape la budak ni. Mak mandi pun nak nangis.”

Itulah saatnya saya belajar, bagaimana rasanya bila diri sedang struggle menanggung stress, datang satu suara yang langsung tak membantu. Malah menambahkan lagi stress yang dirasa.

And here’s 4 lesson that I’d learned that day.

1) Crying kids it’s not an enjoyable parenting moment! Lebih-lebih lagi banyak mata yang sedap menjuri.

2) Judgmental itu mudah. Unless you have a little bit of compassion in your heart

3) Don’t judge a situation you’ve never been in. Satu hari nanti Allah akan uji kita balik apa yang pernah kita judge pada orang.

4) Judgemental tak membantu langsung orang yang sedang diuji. Ketahuilah, yang orang yang sedang diuji itu sangat memerlukan bantuan dan sokongan.

IKLAN

Dan, yang hairannya kan,

Setiap siri kesusahan yang saya lalui, akan ada suara-suara begini yang menambah beban sedia ada yang saya rasa. Saya pernah ditegur, “Ish ngadenya. Orang lain pun bersalin jugak.” Pada waktu yang saya sedang terlalu sakit untuk berjalan, disebabkan pintu rahim yang koyak dan baru lepas beberapa jam dijahit.

Saya pernah dengar komen “Golongan macam ni tak berusaha pun nak memajukan diri.” dari seorang yang Allah rezekikan kejaya hebat. Dan komen itu ditujukan kepada lulusan universiti yang mensia-siakan sijil mereka untuk menjadi surirumah seperti saya.

Saya pernah dapat respon, “Ala. Orang lain pun stres juga.” Pada waktu saya serabut dengan isu dibuang kerja, kewangan yang tak stabil. Ditambah dengan menjaga anak yang hampir tiap masa menangis dan mahu didukung walaupun waktu yang saya perlu sidai kain, makan atau memasak.

Dan sepanjang saya terima pandangan (baca judgement) macam tu, I feel completely hopeless. Ayat sebegitu hanya mengesahkan yang saya memang seorang loser & hopeless. Ayat yang langsung tak membantu saya untuk jadi kuat. Malah menambahkan sakit.

Masalah saya mungkin tak besar mana di mata orang. Tapi cukup berat dirasa di bahu kecil saya.

Tapi.
Tapi saya tak salahkan mereka.

Saya sendiri pernah lantang bersuara nak komen cara dan pilihan orang lain yang tak sama macam saya. Waktu tu saya tak pernah terfikir yang dunia ni lebih besar untuk saya guna sudut pandang sempit sendiri.

Betullah kata orang. Selagi tak rasa sendiri, selagi tu kita tak tau.

IKLAN

Let’s learn this.

Before our mind start to analyze other people’s life, bring some love and compassion in our heart.

Semua orang ada struggle masing-masing. Cuma yang berbeza, mungkin pada saiznya.
Ada orang strugglenya sikit. Ada orang struggle besar. Ada orang faham kapasiti dan tau cara nak atasi. Ada orang, masih terkapai-kapai rasa macam nak mati.

Yang pasti, semuanya sama. Rasa pedih dijuri orang yang tak duduk dalam kasut mereka. Mereka yang struggle sangat memerlukan sumber motivasi. Bukan dihentam dari kanan dan kiri.

Tau apa kata-kata yang terbaik yang saya nak sangat dengar waktu saya struggle?
“You’re doing good”.
“I see you sad. But, I see a big potential in you. And that potential will help you go through his.”

SEDIKIT HARAPAN, SIMPATI DAN RASA DIAKUI SUDAH MEMADAI.

Kadang-kadang, memang mudah untuk menjuri kehidupan orang lain dari permukaan. Tapi realiti struggle nak mengurus mental dan emosi sendiri tu, Allah aje yang tau.

Hentikan menjuri. Kalau dapat tolong, then go voice out the solution to that person. Tapi kalau tak tau hujung pangkal, tahankan mata dari menjeling . Halakan muka ke arah lain.

Husnuzhon dan doakan.

IKLAN

Di sebalik ibu yang termenung di meja makan sambil membiarkan anak berlari, mungkin dia sedang reboot fikiran yang sudah tepu.

Di sebalik anak-anak yang main fon di meja makan, ada hati mak ayah yang risau taknak anaknya berlarian dalam kedai sampai merimaskan orang. Dan mungkin itu je the only waktu anak tersebut dapat main fon.

Di sebalik anak-anak yang menjamah nasi dan telur goreng semata, ada ibu dan ayah yang sedang mengira baki gaji yang ada untuk bagi anak makan di hari yang seterusnya.

Di sebalik rumah yang bersepah, ada otak ibu / ayah yang sedang runsing nak seimbangkan antara tugasnya menjaga anak, memasak, dan dateline kerja dengan syarikat.

Kalau kita rasa mereka perlu dibantu dengan nasihat, pilihlah kata-kata yang menyembuh. Bukan menikam.
Pilihlah kata-kata yang membina, bukan memusnahkan.
Pilihlah untuk mencari kecantikan dan kebaikan walaupun di dalam keburukan.

Tentang gambar :
Gambar ini mengingatkan fasa saya belum jumpa apa yang enjoynya tentang parenting selain dari menyayangi makhluk kecik benih sendiri.

“Ish Melalak Je Anak Dia”, Jangan Judge Ibu Bapa Lain. Suatu Hari Kita Akan Alami Perkara Sama

Berat badan saya jatuh sampai ke 37 kg, saya dah lupa pandang cermin, nak cantikkan diri, lupakan segala hobi dan saya mengelak join sebarang reunion because i hated myself so much.

Saya malu tak pernah bertuah dapat kerja yang bagus walaupun pelajar cemerlang, sedangkan semua kawan-kawan mulakan hidup dengan kerjaya yang hebat.

But, because of this phase, i discover how to be better version of myself. And i found that happiness not defined by kerjaya/ harta. Alhamdulillah.

Kepada sesiapa yang sedang lalui fasa yang pernah saya lalui dulu, kalian berhak untuk create your own happiness. Seek for Allah’s help. Let Allah leads you to the path that helps you recreate the better version of yourself.

Salam Sayang
Wawa Shauqi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI