Bila suap sahaja diluahkan dari mulut, si kecil juga sudah mula nak suap makanan sendiri, sampai bersepah-sepah jadinya. Jangan pening mama, ia sebenarnya satu perkembangan yang baik.
Perkara ini seringkali disalah tafsir sebagai cerewet makan. Atau anak nak buat perangai nak sepahkan makanan. Ia petanda si kecil sedang dalam proses untuk memilih makanannya sendiri atau baby lead to wean.
Menurut pegawai dietetik, Puan Fizah Sobri, sememangnya akan ada perubahan kepada tabiat makan anak-anak. Berikut ialah perkongsian beliau;
Anak taknak suap sendiri?
Anak dah 10/11 bulan tolak makanan bila disuap?
Anak umur 8/9 bulan luak balik makanan yang puree?
Ads
Sudah sampai masa mommies perkenalkan BABY LED WEANING (BLW)
Dalam erti kata lain –> Anak tentukan makanan mereka..
Bukan maksudnya anak kena masak dan prepare makanan sendiri.hehehe advance sangat tu tapi kita memberi lebih KEBEBASAN kepada anak dalam soal makanan mereka
Dengan BLW mommies boleh beri makanan yang lembut dalam bentuk yang kecil TETAPI bukan saiz yang boleh ditelan terus. Contohnya;
Ads
Potongan buah-buahan lembut yang kecil (tembikai/betik/pisang/buah naga)
Keju
Sayur berkanji yang telah direbus (kentang/carrot)
Pasta (macaroni, spaghetti dipotong).
Caranya
1. Atas pinggan yang kecil boleh letak makanan yang mommies nak bagi dalam kuantiti kecil.
2. Dicadangkan lain dari makanan yang mommies nak suap.
3. Sambil suap makanan sambil beri anak main dengan makanannya.
4. Takpe biar TAK KEMAS…jika anak enjoy makan In Sha Allah baby akan lagi banyak makan.
Tujuan Baby Lead To Wean diperkenalkan
1. Bagi baby enjoy makan
– bila diberi peluang untuk explore, sifat ingin tahu baby akan membuatkan dia enjoy waktu makan
Ads
2. Perkembangkan oral motor skills
– waktu bulan bulan pertama bayi hanya pandai menghisap dan menelan.
– semakin membesar semakin berkembang baby semakin banyak skil yang dibelajar.
– jika disuap baby belajar makan,mengunyah, bergerak lidah dan menelan.
– jika menyuap makanan sendiri bayi akan belajar picit dan pegang makan, fokus untuk memasukkan dalam mulut,makan,mengunyah,gerak lidah dan menelan
– banyakkan lagi skil yang dipelajari.
3. Anak belajar buat pilihan sendiri
– melalui BLW anak yang menentukan bila nak makan, banyak mana, dan cara
– mommies pun boleh lihat apakah makanan yang anak lebih suka dan target makanan kegemaran mereka
TETAPI MOMMIES MASIH PERLU MENGAWASI ANAK MASA BUAT BABY LEAD TO WEAN
Jangan biar tanpa diawasi ye
Harap info info ini dapat membantu ibubapa luar sana yang ada cabaran nak bagi anak makan
Adakah sesuai untuk menambah kicap untuk bayi? Apakah mungkin ada pengganti garam untuk makanan bayi? Ikuti penjelasan ini.
Kicap untuk bayi
Mesti anda pernah terlihat seorang bayi kecil disuapkan makanan yang ditambahkan kicap sebagai bahan perasa makanan. Tetapi persoalannya, adakah ia sesuai? Sebaiknya, seorang anak dalam lingkungan usia setahun disarankan untuk tidak memakan kicap.
Kenapa?
Ini kerana kandungan garam dalam bahan ini adalah sebanyak 20%. Berbanding dengan garam, penggunaan kuantiti kicap dalam masakan agak sukar untuk dikawal. Secara amnya, bayi yang belum berusia 1 tahun tidak boleh memakan gula dan garam.
Kandungan gula boleh merosakkan gigi si kecil. Manakala penambahan garam dalam makanan akan meningkatkan bebanan pada fungsi buah pinggang bayi yang masih belum matang.
Keadaan buah pinggang bayi masih dalam proses tumbesaran dan belum matang ini akan menyebabkan ia sukar menyingkirkan kandungan garam berlebihan dalam darah.
Kesannya untuk tempoh jangka masa panjang, si kecil boleh mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi ketika dewasa nanti. Maka adalah lebih elok mengelakkan daripada memberikan kicap untuk bayi.
Bilakah masa sesuai memberikan kicap untuk bayi?
Adakah ini bermakna kicap tidak boleh diberikan langsung kepada bayi? Seorang bayi boleh mula mengambil makanan pejal pada usia 6 bulan. Jumlah pengambilannya akan meningkat seiring pertambahan usia mereka.
Untuk bayi berusia setahun, sebaiknya jumlah garam yang diambil dalam sehari adalah kurang daripada 2 gram. Sekiranya anak masih tidak mencapai usia setahun, kuantiti garam dalam makanan haruslah kurang daripada 1 gram sehari.
Jadi bagi menjawab pertanyaan sama ada boleh atau tidak memberikan kicap untuk bayi, sebaiknya ibu ayah perlu menunggu sehingga mereka mencapai usia 1 tahun dan diberikan secara sederhana.
Sebenarnya, terdapat pengganti garam untuk makanan bayi yang boleh dicuba bagi mempelbagaikan rasa.Tetapi sebelum itu, jom kita ketahui kesan yang boleh terjadi jika ibu mengamalkan tabiat memberi kicap untuk bayi sedari kecil lagi.
Berikut 3 akibat yang boleh terjadi:
1. Wujud risiko alahan
Ibu harus menghindari daripada menambah kicap dalam makanan si kecil di bawah usia setahun kerana mereka boleh mengalami alahan. Kicap cenderung mewujudkan reaksi alergi kerana kandungan gandum di dalamnya.
Jika anak anda mempunyai alahan gluten, maka sudah tentu kicap harus dielakkan.
2. Bahayakan kesihatan
Seperti dinyatakan pada awal tadi, pengambilan garam yang berlebihan pada awal usia boleh meningkatkan bebanan buah pinggang. Keadaan ini terutamanya apabila organ si manja masih dalam proses tumbesaran.
Jadi sekiranya ibu tidak mahu timbul masalah kesihatan pada si kecil, sila elakkan okay?
3. Cerewet dalam soal makan
Mempunyai anak yang cerewet tentang pemakanan adalah satu perkara mencabar. Bagaimana penulis mengetahuinya? Kerana anak penulis sendiri cerewet dalam bab makan, walaupun puncanya bukan kerana kicap.
Tapi betul ke kicap punca anak cerewet?
Anda biasanya mengambil kicap sebagai tambahan untuk menyedapkan makanan, bukan? Jadi keadaan yang sama juga berlaku pada bayi anda. Kicap yang diberikan membuatkan mereka sudah terbiasa memakan makanan yang sedap rasanya, jadi kecenderungan untuk anak menolak makanan tawar boleh terjadi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan anak susah makan. Jom ketahui cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tabiat makanan anak ini!
Tabiat pengambilan makanan anak
Memastikan anak mendapat makanan berkhasiat dan seimbang sudah menjadi 1 kemestian buat mereka yang bergelar ibu bapa. Dalam masa yang sama, sebagai ibu bapa, amat penting untuk anda memahami tabiat pengambilan makanan anak.
Ini kerana apabila anda mengetahui isyarat bahawa mereka sudah kenyang, ini sekali gus dapat mengelakkan amalan pemakanan yang tidak sihat seperti makan secara paksa.
Sebaiknya, biarkan anak makan mengikut selera mereka. Mulakan dengan menawarkan makanan dalam saiz hidangan yang lebih kecil dan menambahnya jika mereka meminta. Namun tidak dinafikan ada parents yang mungkin berdepan beberapa isu berkaitan amalan pemakanan yang tidak sihat.
Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasinya.
Amalan pemakanan yang tidak sihat & cara mengatasinya
Bercakap mengenai tabiat pemakanan tidak sihat, ia boleh melibatkan tabiat makanan anak yang cerewet makan. Pastinya ibu susah hati apabila anak sering menolak semasa diberikan makanan yang bukan menjadi kegemaran mereka.
#1. Makan makanan tertentu
Untuk mengatasi amalan pemakanan yang tidak sihat ini, antara cara boleh dicuba adalah:
Tawarkan finger food
Sediakan makanan dalam potongan kecil yang memudahkan mereka untuk makan dengan sendiri.
Menjadi contoh
Sebagai ibu bapa berikan contoh terbaik dengan memakan pelbagai jenis makanan. Anda juga harus elak daripada memberikan komen mengenai makanan yang disukai atau tidak.
Saiz hidangan
Untuk makanan anak yang digemari, letakkan dalam jumlah kecil. Jangan lupa untuk turut menyertakan sekali makanan lain yang anda mahu perkenalkan kepada si kecil.
Terus tawarkan makanan baharu tetapi jangan memaksa
Dengan pendedahan berulang, kebanyakan anak dipercayai akan mencuba makanan baharu. Jika tidak, jangan terus memaksa. Percayalah lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia, akan berlaku perubahan dalam tabiat pemakanan anak.
#2. Tidak makan sayur-sayuran
Anak tidak mahu makan sayur-sayuran adalah masalah yang paling biasa untuk terjadi. Apa kata ibu cuba strategi ini:
Pelbagai warna
Siapa kata sayuran hanya perlu berwarna hijau dan berdaun? Ibu, jadilah kreatif dengan menyediakan pelbagai sayuran berwarna dan bentuk seperti jagung, labu, lobak merah, bunga kubis, tomato dan cendawan butang.
Tambahkan dalam sos atau makanan
Anda juga boleh mencampurkan sayuran dalam sos atau makanan yang akan disediakan kepada anak. Sebagai contoh, kisar lobak merah dan cincang cendawan butang untuk dimasukkan ke dalam sos spageti bersama campuran ayam atau daging.
#3. Enggan mengunyah
Mungkin kedengaran agak pelik. Tetapi ia antara amalan pemakanan yang tidak sihat boleh terjadi pada si kecil. Untuk mengatasi keadaan ini:
Pantau keadaan anak
Ini untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran motor yang diperlukan untuk mengunyah.
Perubahan tekstur
Adakalanya anak mungkin sudah terbiasa untuk terus menelan apabila sering diberikan makanan seperti bubur. Jadi secara beransur-ansur, lakukan perubahan pada tekstur makanan mereka.
#4. Mengambil masa lama untuk makan dan menyimpan makanan dalam mulut (rumination)
Kaedah yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan ini:
Tiada kemahiran
Si kecil mungkin tidak mempunyai kemahiran motor untuk mengendalikan makanan yang diberi. Jadi ibu boleh cuba untuk membantu dengan menyediakan makanan dalam saiz dan potongan yang kecil.
Kurangkan gangguan
Kadang-kala tabiat makanan anak berlaku apabila terdapat banyak gangguan persekitaran. Jadi sebaiknya, apabila tiba waktu makan, minimumkan segala gangguan daripada televisyen, barang permainan dan pastikan anak duduk dengan sebaiknya.
#5. Memilih makanan sendiri
Ia satu keadaan biasa apabila anak kecil yang berusia 18 bulan ke atas ingin lebih berdikari, termasuklah dalam aspek pemilihan makanan. Atasinya dengan:
Berikan pilihan kepada anak
Contohnya sama ada ingin makan nasi atau pasta. Elakkan daripada memberikan soalan terbuka, seperti, “Apa yang awak ingin makan?”
Tegas dalam membuat keputusan
Dalam mengatasi isu berkaitan tabiat pemakanan yang tidak sihat ini, anda perlu tegas dalam setiap perkara. Pastikan setiap ahli keluarga lain seperti pasangan mahupun datuk atau nenek turut melakukan perkara yang sama. Ini kerana jika anda tidak konsisten mungkin sukar untuk mengatasi masalah ini.
Berdepan keadaan anak sukar makan atau memilih dalam aspek pemakanan adalah satu cabaran buat ibu bapa. Walaupun ia boleh menimbulkan kerisauan, namun percayalah ia adalah keadaan normal yang dialami oleh kebanyakan ibu bapa lain dan seiring peredaran masa, ia akan selesai dengan sendiri.
Tetapi jika tabiat makanan anak mendatangkan kebimbangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik untuk penyelesaian yang lebih baik.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kecil memang suka makan telur. Memang elok anak makan telur kerana ia mempunyai sumber protein untuk merangsang pertumbuhannya. Namun, ia tetap perlu dikawal dan ambillah dalam kadar yang sederhana.
Sehubungan itu, macam mana cara anda menyimpan telur? Di dalam peti sejuk atau di luar peti sejuk? Dibasuh dahulu atau bagaimana? Terdapat beberapa pertelingkahan pendapat berkenaan isu ini. Jom kita ketahui informasi lanjut tentang cara yang betul untuk menyimpan telur agar ia tetap kekal segar. Dengan yang demikian, ia membolehkan anak anda terus berselera makan telur di dalam keadaan telur yang masih berkualiti.
Penyimpanan telur di negara beriklim sejuk dan Khatulistiwa adalah berbeza antara satu sama lain. Masyarakat di negara Barat yang beriklim sejuk memilih menyimpan telur di dalam suhu bilik. Hal ini kerana, ayam-ayam di sana diberi penjagaan rapi dan disuntik dengan vaksin yang boleh melawan pembiakan bakteria salmonella.
Manakala kita di Malaysia pula kebanyakannya memilih untuk menyimpan telur di dalam peti sejuk. Ini dilakukan bertujuan untuk memastikan telur dapat bertahan lebih lama. Malah, menyimpan makanan di dalam peti sejuk dengan suhu yang betul iaitu 20°C ke bawah berupaya mengelakkan makanan tersebut daripada tercemar kepada bakteria salmonella.
Dalam pada itu, ramai juga di kalangan kita yang menyimpan telur di dalam bekas khusus penyimpanan telur yang ditempatkan di bahagian atas pintu peti sejuk. Cara ini tidak betul. Hal ini adalah kerana telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama.
Bahagian biasa yang kita simpan telur di pintu peti sejuk itu kerap terjejas dan tidak seimbang suhunya disebabkan kekerapan membuka dan menutup pintunya. Jadi, selepas ini disarankan untuk simpan stok telur di bahagian lain seperti laci peti sejuk supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.
Sehubungan itu, tempatkan semua telur berkenaan di dalam bekas khas yang berpenutup dan simpan di dalam laci peti sejuk agar ia selamat dan tidak pecah akibat ‘berhimpit’ dengan makanan lain yang ditempatkan di laci yang sama.
Sementara itu, cara anda meletakkan telur pun perlu betul. Dicadangkan agar anda menempatkan telur dengan bahagian yang runcing menghadap ke atas untuk mempertahankan posisi kuning telur agar selalu berada di tengah telur. Jadi kualiti telur akan terus terjaga.
Sebelum disimpan, sebaik-baiknya cuci dahulu telur agar tidak tercemar dengan bakteria salmonella yang boleh memasuki telur melalui pori-pori kulit telur. Setelah mencuci telur, keringkan ia dengan berhati-hati. Setelah mengetahui cara penyimpanan telur ini, bolehlah anda praktikkannya. Selain daripada telur jadi tahan lebih lama, ia juga dapat mengekalkan khasiat dan kesegarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!