Keibubapaan

Anak Muntah Dalam E-Hailing, Nabila Razali Terkejut Kena Caj Lebih RM400 Di Singapura!

Share

Bercuti bersama anak kecil memang menyeronokkan, tetapi ibu ayah juga perlu bersedia menghadapi pelbagai situasi yang tidak dijangka. Anak mungkin tiba-tiba meragam, demam, tidak selesa atau muntah ketika sedang berada dalam perjalanan. Begrulah yang dilalui oleh penyanyi Nabila Razali apabila anaknya muntah dalam e-hiling di Singapura, lebih mengejutkan dia dikenakan caj lebih RM400!

Situasi inilah yang dilalui penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, ketika membawa anaknya, Nik Muhammad, bercuti di Singapura baru-baru ini.

Nabila terkejut apabila dikenakan caj lebih  RM400 selepas anaknya muntah di dalam sebuah kenderaan e-hailing yang dinaiki mereka.

Anak Muntah Dalam E-Hailing Di Singapura, Pemandu Kenakan Lebih RM400

Nabila berkongsi mengenai kejadian itu menerusi satu hantaran di Threads yang kemudiannya mendapat perhatian ramai.

Pada awalnya, Nabila memaklumkan bahawa pemandu e-hailing berkenaan mengenakan caj sebanyak 120 Dolar Singapura selepas kejadian tersebut berlaku. Beberapa ketika kemudian, dia membetulkan jumlah sebenar yang dikenakan.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang terkejut dengan jumlah tersebut, manakala ramai juga tampil memberikan penjelasan mengenai sebab caj berkenaan boleh menjadi begitu tinggi.

Bukan Sekadar Bayaran Untuk Cuci Kereta

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna Threads menjelaskan bahawa caj tersebut bukan semata-mata untuk membersihkan kesan muntah pada tempat duduk atau karpet kereta.

Sebaliknya, pemandu mungkin perlu menghentikan operasi buat sementara waktu bagi melakukan cucian menyeluruh atau deep wash sebelum kenderaan itu boleh digunakan semula untuk membawa penumpang lain.

Sepanjang tempoh tersebut, pemandu juga tidak dapat menerima tempahan baharu, sekali gus menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.

“Dah betul harga tu sebab dia hilang pendapatan tak boleh ambil penumpang lain selagi tak bersihkan muntah tu. Dekat Malaysia pun harganya nampak tak masuk akal, tapi itu memang terma termasuk ganti rugi kepada pemandu.

“Bukan hanya bayaran cuci kerusi atau karpet kereta semata-mata,” tulis seorang pengguna Threads.

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Kadar Pertukaran Wang Buat Jumlah Nampak Lebih Tinggi

Seorang lagi pengguna berpendapat bahawa kos pembersihan tersebut mungkin tidak jauh berbeza berbanding harga yang dikenakan di Malaysia.

Namun, apabila jumlah 150 Dolar Singapura ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, nilainya kelihatan jauh lebih tinggi disebabkan perbezaan kadar pertukaran mata wang.

“Ikutkan tak mahal pun, sama macam kita buat cleaning dekat Malaysia. Bezanya Malaysia RM150, Singapura pula 150SGD yang buat mahal rate exchange,” tulisnya.

Pemandu Turut Mengalami Kehilangan Pendapatan

Nabila dan suami serta anak ketika bercuti di Singapura

Selain kos membersihkan kenderaan, kehilangan pendapatan pemandu turut dikatakan menjadi antara sebab utama caj tersebut dikenakan.

“Hi awak. Harga termasuk loss of income sebab driver kena guna masa untuk cuci atau deep wash kereta. Dan masa yang diguna itu dia tak boleh accept next passenger. Tapi kalau exactly berapa, itu kita pun tak sure,” jelas seorang pengguna.

Penjelasan daripada warga maya itu secara tidak langsung memberi gambaran bahawa caj yang dikenakan dalam situasi seperti ini bukan hanya melibatkan kos mencuci kenderaan.

Ia juga boleh merangkumi masa operasi yang terjejas serta pendapatan yang hilang sepanjang kenderaan tersebut tidak boleh digunakan untuk mengambil penumpang baharu.

Artikel: Syafiqa Hamil Lima Bulan, Harumkan Nama Malaysia Dengan Pingat Perak Sukan Komanwel 2026

Trending artikel: Bantuan MamaKerja Kini RM10 Juta! Lagi 5000 Ibu Bekerja Terima Insentif RM1,000

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Nabila Tak Pertikai Caj, Cuma Mahu Tahu Sebab

Selepas menerima pelbagai komen, Nabila tampil menjelaskan bahawa dia bukan berniat untuk mempertikaikan caj yang dikenakan oleh pemandu tersebut.

Sebaliknya, dia hanya bertanya kerana ingin mengetahui sebab jumlah berkenaan dikenakan.

Nabila turut berterima kasih kepada orang ramai yang bertanya mengenai keadaan anaknya serta memberikan penerangan dengan baik tanpa membuat sebarang andaian.

Pengalaman ini juga boleh menjadi peringatan buat ibu ayah yang merancang untuk bercuti atau menaiki pengangkutan awam bersama anak kecil agar membawa keperluan tambahan seperti beg plastik, tisu basah, pakaian ganti dan ubat yang sesuai.

Walaupun tidak semua situasi dapat dielakkan, sekurang-kurangnya persediaan awal boleh membantu ibu ayah bertindak dengan lebih tenang sekiranya anak tiba-tiba muntah atau kurang sihat ketika dalam perjalanan.

Sumber: Theads Nabila.razali

Published by
Nor Yusoff