Hash brown yang panas dan rangup sememangnya menjadi kesukaan anak-anak kita. Ada baiknya di musim larangan pergerakan dikuat kuasakan ini mama hasilkan sendiri di rumah. Selain dapat menyediakan menu untuk anak, dapat juga mencipta bonding bersama anak-anak di rumah.

Resipi Hash Brown yang dikongsikan oleh ibu ini Shazney Rahman boleh juga dicuba. Resipi ringkas tetapi sihat dan berkhasiat. Jom cuba!

SNACK TIME IDEA
Last weekend kakak decide nak buat frozen hash brown dengan stok biskut baby for Faleq Iskandar. Sekarang memang kena banyakkan menu untuk snack time dia sebab sekarang Faleq dalam fasa aktif jadi berat dia selalunya tak naik banyak. So nak menggalakkan berat dia stabil dan cantik kakak memang kena banyakkan menu untuk kudap-kudap dia selain prepare menu utama yang best dan tak mudah bosan.

Anak Nak Makan Tak Perlu Beli, Cuba Buat Hash Brown Homemade, Lagi Puas Hati!

IKLAN

Mini Hash Brown

Bahan-bahan:
Ubi kentang -didadu kecil
Cheddar cheese
Olive oil
Serbuk roti

Rebus atau kukus kentang. Jangan terlalu masak, biarkan keras sedikit dan potong dadu.

IKLAN

Gaulkan kentang dengan olive oil dan campurkan cheddar cheese (saya guna beqa cheese) dan serbuk roti sampai sebati.

Anak Nak Makan Tak Perlu Beli, Cuba Buat Hash Brown Homemade, Lagi Puas Hati!

IKLAN

Bentukkan ikut citarasa dan bekukan di dalam freezer.

Bila nak serve anak pastikan goreng sekejap sahaja di dalam api sederhana sebab Hash brown sangat mudah terlerai.

Siap!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI