Kek viral yang satu ini selalu membuatkan kita terliur. Mana tidaknya, limpahan krim dan coklat padu buat kek jadi cukup luar biasa. Premium malah lengkap segala rasa.

Resipi kek tornado yang dikongsikan oleh Rohani Ronnie ini nampak cukup mengiurkan. Katanya kek ini menjadi kegemaran anak-anaknya. Tak sukar nak membuatnya. Jom cuba!

Kek Tornado Simple Favourite Anak-Anak, Nak Buat Pun Senang!


Anak pujuk ajak buat kek tornado, arr jom kita buat. Terjadi la kek tornado, janji anak-anak suka. Favourite anak-anak.  Kak share resepi, terima kasih empunya resepi, Fatimah Saari. Alhamdulillah menjadi.

KEK TORNADO

Bahan Kek:
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak
1 1/2 cawan tepung naik sendiri – ayak
1 sudu kecil soda bikarbonat – ayak
1 sudu kecil baking powder – ayak
1/2 cawan serbuk koko@coklat, milo
1/4 cawan air panas

1. Pukul telur, gula, esen vanilla pukul rata.

2. Masukkan minyak masak kacau biar sebati.

3. Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat.

4. Masukkan serbuk koko atau coklat, milo.

IKLAN

5. Akhir sekali masukkan air panas kacau rata. Tuang dalam bekas yang digemari.

6. Bakar api atas bawah suhu 180°c selama 50 minit bergantung pada tahap kepanasan oven anda. Kalau nak kukus boleh kukus 40~45 minit.

7. Keluarkan dari oven atau kukusan biarkan sejuk.

* Tips untuk kek gebu tak perlu guna mixer, hanya kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies tu.

Kek Tornado Simple Favourite Anak-Anak, Nak Buat Pun Senang!

Untuk cream cheese:

IKLAN

250gm cream cheese
60ml whipping cream (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream)
3-4 sudu besar susu pekat (boleh kurangkan ikut kemanisan memasing)

1. Adun cream cheese sampai lembut.

2. Tambahkan susu pekat (tahap kemanisan yang anda suka)

3. Masukkan whipping cream dan adun sampai gebu dan ringan.

4. Kemudian tuang atas kek yang telah siap di bakar atau kukus.

Kek Tornado Simple Favourite Anak-Anak, Nak Buat Pun Senang!

IKLAN

Bahan coklat ganache:

100ml whipping cream
250gm milk compound
2 sudu besar mentega/marjerin

Kek Tornado Simple Favourite Anak-Anak, Nak Buat Pun Senang!

1. Double boiler bahan kacau sampai sebati last sekali masukkan marjerin.

2. Curah atas kek yang sudah siap di bakar atau kukus.

3. Taburkan coklat chip atau coklat rice ikut citarasa memasing, siap.

Artikel berkaitan: Kek Indulgence Sedap & Lembut Macam Aiskrim, Tak Cukup Makan Sepotong!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI