Anak nak masuk 2 orang & bakal bersalin bulan ini, aktres ini membayangkan anak ramai selepas 10 tahun usia perkahwinan. Syatilla juga berharap proses beranak semudah bersin.
Ibu kepada si comel Syeriv Samheizy ini dijangka bersalin pada bulan April. Dia yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak keduanya berharap proses kelahiran dipermudahkan.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini juga membayangkan sekiranya perkahwinan mencecah 10 tahun, tentu anak ramai. Tilla juga turut memohon doa daripada peminat agar proses bersalin semudah bersin hari-hari.
Kalau nak bercuti atau travel ke mana-mana, bukan hanya kelengkap baju dan makanan anak sahaja, paling utama adalah ubat-ubatan. Jangan sekali-kali tertinggal di rumah.
Nak elakkan daripada tertinggal ada baiknya mak ayah sediakan bekas comel seperti yang disediakan oleh Dr Ain Zul ini. Semua ubat masuk sekali. Pasti tak ada masalah barang tertinggal.
Maybe dah ada ibu-ibu kat luar sana yang dah share pasal ni, tapi mummy share jugak la ye ape yang mummy simpan dalam ni.
Kalau boleh ibu-ibu semua wajib ada satu kit untuk anak, yang boleh disimpan kat rumah and boleh bawak pergi jalan-jalan. Yela anak ni tak kira time jalan tu la nak demam, kadang-kadang jatuh la ape la kan.
So memalam takdela nak kena pegi farmasi atau klinik, at least kita dah ada 1st line emergency treatment sendiri sebelum bawa ke klinik.
Macam anak saya Aileen, mummy memang prepare kit ubatan ni satu untuk dia dan bawak pegi mana-mana, WAJIB. Satu untuk kami kat rumah. Satu untuk anak bulus kami
Nanti mummy share kit dekat rumah, sekarang share yang Aileen dulu. Caption di setiap gambar, ubat-ubatan kita semua mungkin berbeza ikut keperluan anak-anak masing ye.
Ok ni kit Aileen, mummy memang label siap-siap dan beli bekas yang ada handle, senang nak bawak. Pssst ni bekas kedai eco Rm2 je tau hehe.
1. Ubat Demam Paracetamol
Kalau boleh ibu-ibu semua kena tahu pasal berat anak terkini sebab kiraan ubat demam yang betul berdasarkan berat badan anak-anak ye. Jangan guna berat badan yang 3 bulan lepas pastu complain anak tak kebah, mungkin dos dah tak cukup sebab berat badan anak dah bertambah. Depends ye pada anak-anak, ada anak yang allergy paracetamol biasa akan guna ibuprofen
2. Cool Fever
Tepek laaaa tang memana pon kalau demam, Aileen kejap je boleh letak, dia rimas.
3. Ubat Batuk
Umur anak 2 tahun ke bawah jangan bagi ubat batuk sembarangan, mummy memang ambil kat hospital sebab yang jenis paeds linctus sahaja sesuai untuk bawah 2 tahun. Kalau tengok dekat preskripsi ubat batuk, kebanyakan tak boleh dibagi pada anak umur 2 tahun ke bawah sebab ada risiko. Dapatkan nasihat dari doktor ye.
4. Ubat Selsema
Ubat selsema ni tak bagi pun kat Aileen, tapi memang standby dalam kit sebab balik kampung pun kadang-kadang ada anak saudara yang guna. Ubat selsema macam-macam jenis, ikut atas keperluan anak-anak ye.
6.Nasal Spray Sterimar
Kalau hidung tersumbat, sangat membantu, pastu sedut.
7. Nasal Aspirator NUK
Yang ni senang sangat bawak travel, sumbat dalam beg je. Mummy memang dah beli macam-macam nasal aspirator yang jenis mak sedut la dengan mulut, digital ke and macam2 lagi, tapi tak se best brand NUK ni. Suction dia sangat kuat, even hingus likat pun boleh disedut.
8. Hand Sanitizer
Stock dalam kit, satu lagi memang beli jenis gantung, gantung kat beg Aileen.
Ni pun antara barang WAJIB ada.
Stok Ubatan Parents
So bila pergi berjalan, mummy selit jugak ubat mak ayah dalam kit Aileen. Ubat mak ayah sikit je.
Macam kami akan standby 4 benda shj:
-Panadol
-Cetrizine ( Daddy Aileen alahan, so memang wajib bawak pergi mana2 )
-Charcoal kalau kembung perut/cirit birit
-Difflam Forte Throat Spray untuk sakit tekak
Yang lain jika perlu, akan ke klinik atau farmasi.
Ok, dah siap. Jom parents dah boleh pegi jalan-jalan, takdela risau sangat anak tiba-tiba demam atau sakit. Da ada kit sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masuk hari ke sembilan, penyanyi Ameer Sofarz mendedahkan wajah si comel, permata hati kesayangannya dan isteri yang baru dilahirkan pada 27 Oktober lalu.
Menerusi instagram miliknya, Ameer juga turut mengumumkan nama pilihannya bersama isteri buat puteri sulung mereka. Sebuah nama yang cukup indah, Liana Eldora Delisha.
Bagi mengumumkan nama itu, Ameer turut membingkaskan sebuah video khas dengan koleksi beberapa keping gambarnya bersama puteri kesayangannya itu. Comel sekali.
” Hari ni hari ke-9 saya dilahirkan,” katanya berkongsi di ruangan kapsyen.
Dalam bingkisan ringkas itu, Ameer turut mendoakan moga perjalanan anak kecilnya itu sentiasa dilindungi Allah SWT serta dirahmati dunia akhirat. Semoga si kecil ini menjadi penyambung generasi dan membahagiakan ibu dan ayahnya kelak.
“Doakan saya menjadi anak yang solehah dan sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t serta sentiasa dirahmati dunia akhirat. Amin,” katanya lagi.
Wargamaya teruja tengok pipi
Dalam pada itu, wargamaya dan seluruh peminat Ameer turut melontarkan pelbagai reaksi dengan perkongsian itu. Ramai yang memuji kecomelannya tidak kurang juga yang teruja dengan pipi labuhnya. Cukup comel.
“Ya Allah pipi dia, bambam….”
“Aamiin..alo lo comeynya dia. Nama pun unik la..auntie doakan semoga awak jadi puteri cantik yang baik hati”
“Kemain lagi pipi dia! Cobet kang! Bape kali bangun malam ni? Good luck yer daddy mummy”
“Comeyl wehhhhhh…tolong cubitkan pipi dier untuk aku”
Terdahulu, Ameer telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang, Saidatul Nazriah Abdul Latif pada Januari 2015. Kini selepas lima tahun menunggu zuriat, pasangan ini dikurniakan cahaya mata comel, Liana Eldora Delisha.
Bayi mempunyai refleks semulajadi untuk menghisap. Oleh itu penyusuan badan, botol dan puting adalah satu perkara yang amat menenangkan mereka.
Walau bagaimanapun, adalah baik jika anda menghadkan penggunaan puting kosong oleh bayi anda apabila dia sekitar usia enam bulan dan anda harus cuba menghentikannya sama sekali menjelang usia satu tahun.
Sudah tentu susah, apabila anda berhadapan dengan bayi yang meragam, untuk tidak memberikan dia puting sebab ramai bayi menggunakan lain-lain objek pengikatan diri juga, seperti ibu jari dan selimut penenang, sampai ke usia dua tahun atau lebih dari itu.
Kadangkala orang mendapati lebih senang untuk menghentikan penggunaan puting kosong jika bayi sudah memahami sebab-sebab puting tidak diberi kepadanya, atau mengadakan peraturan tentang masa-masa puting dibenarkan, atau diberitahu sebab-sebab mengapa puting dilarang semasa di luar rumah.
Apabila hendak menceraikan bayi dari puting kosong, sebagai permulaan adalah baik untuk menghadkan penggunaan puting untuk masa tidur sahaja, dengan menarik kembali puting itu apabila bayi sudah tertidur.
Ini memastikan dia tidak mencari-cari puting apabila terbangun dari tidur dan sedar dia tidak boleh bergantung kepada puting untuk membantunya tidur kembali.
Satu dari keburukan penggunaan puting kosong ialah ia boleh menyebabkan masalah apabila gigi bayi sedang tumbuh. Ia juga boleh menjejaskan perkembangan kemahiran bertutur bagi bayi bertatih.
Jika anak anda baru mula belajar bercakap, pastikan anda mengambil puting darinya apabila dia hendak menutur kata dan galakkan dia menggunakan perkataan dan bukan menggunakan jari tangan untuk menunjuk-nunjuk.
Infeksi telinga juga bertambah dengan penggunaan puting sebab bakteria boleh bergerak dari mulut ke tiub Eustachia (saluran kecil antara telinga dan tekak). Ini satu sebab puting kosong perlu dicuci dengan rapi dan disterilkan secara kerap.
Sumber: www.babycenter.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!