Saat dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, itulah satu kebahagiaan buat pengacara, Nabil Ahmad dan isterinya, Zira Ayub.

Menerusi sesi Live Pa&Ma Gala Dads yang mana Nabil Ahmad dipilih sebagai penerima anugerah Best Papa Mellinial 2022, Nabil meluahkan rasa terharunya saat dikurniakan rezeki tiga anak perempuan yang banyak mengajarnya erti bersyukur dan bersabar dalam hidup.

Malah kata Nabil lagi, tiga anak-anaknya inilah yang memberi petunjuk untuk dia berubah menjadi yang lebih baik, lebih-lebih lagi berada di jalan Allah.

Memulakan bicara awalnya, Nabil mengakui membesarkan tiga anak perempuannya agak mencabar malah pernah menangis namun semuanya menjadi satu titik tolak perubahan besar bagi keluarga kecilnya.

“Anak No 3 Paling Mencabar” Tiga Anak Lain-Lain Perangai, Ajar Nabil Ahmad Erti Sabar & Syukur!

“Betul dengan tiga anak perempuan ni tak semudah yang disangkakan. Saya banyak belajar dengan isteri saya nak mengendalikan anak perempuan.

“Tapi untungnya saya ada tiga adik perempuan yang saya jaga waktu kecil dulu iaitu Sarah, Aishah dan Ayu yang saya jaga waktu kecil. Hantar dan ambil sekolah, masakkan dan siapkan pergi mengaji dan alhamdulillah latihan ini saya buat benda yang sama pada anak-anak.

“Anak No 3 Paling Mencabar” Tiga Anak Lain-Lain Perangai, Ajar Nabil Ahmad Erti Sabar & Syukur!

“Anak perempuan saya tiga-tiga lain perangainya tapi anak nombor tiga paling mencabar buat saya. Dia paling kecil, paling manja dan kalau dia kata A, A lah. Kalau dia kata tak nak, jawabnya tak nak lah,” kongsi Nabil ceria.

Pun begitu kata Nabil lagi, perbezaan tiga anaknya inilah yang menjadikan dia lebih bersemangat untuk belajar banyak perkara agar jadi yang lebih baik. Semuanya demi anak-anak.

 

IKLAN

“Saya paling banyak belajar sabar dengan anak yang paling kecil ni. Dia baru umur tiga tahun tapi dia sangat berbeza dengan kakak-kakak dia.

“Anak sulung saya dah terbiasa dengan back stage, dia pandai PR, malah dia boleh berborak dengan orang lain. Lain pulak anak dua yang sedikit pemalu tetapi cukup aktif.

“Bila tiga perwatakan berbeza ni saya terpaksa ubah didikan yang berbeza mengikut kesesuaian anak-anak saya. Saya bersyukur Allah bagi saya kesabaran dan paling untung isteri saya paling banyak membantu,” luahnya bersyukur.

“Anak No 3 Paling Mencabar” Tiga Anak Lain-Lain Perangai, Ajar Nabil Ahmad Erti Sabar & Syukur!

Terapkan didikan agama pada anak
Dalam pada itu kata Nabil, dek kerana anak-anaklah dia dan isterinya yang kini merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Malah memilih jalan Allah.

Jika dahulu dia mungkin terlupa, kini apa sahaja yang dilakukannya bersama anak-anak, Allah didahulukan. Begitu kongsi Nabil.

“Anak No 3 Paling Mencabar” Tiga Anak Lain-Lain Perangai, Ajar Nabil Ahmad Erti Sabar & Syukur!

Bagi Nabil lagi, soal mendidik ilmu agama tidak perlu dilakukan dengan paksaan. Bila perlahan-lahan diterapkan, malah dia dan isteri punya cara sendiri dalam mendidik tiga anak mereka.

“Sebenarnya nak terapkan agama pada anak-anak bukan secara paksa atau mengajar, apa yang saya dan isteri buat adalah tunjukkan yang baik-baik, buat bacaan taklim, solat mengaji dan sebagainya agar biar anak nampak.

IKLAN

“Anak No 3 Paling Mencabar” Tiga Anak Lain-Lain Perangai, Ajar Nabil Ahmad Erti Sabar & Syukur!

“Macam sekarang ni pun saya bawa ustazah untuk ajar anak-anak saya mengaji dan biar anak nampak kepentingan agama itu sendiri.

“Saya bersyukur masa PKP hari itu, kami banyak masa untuk ajar anak macam-macam doa. Dorang ikut saja tapi lama-lama dorang faham apa pun yang kita buat, kena ingat Allah,” kongsinya.

Malah kata Nabil lagi, jika dahulu dia sering membacakan buku-buku cerita Barat buat anaknya, kini dia menukarnya dengan cerita-cerita Nabi agar mengingatkan tiga anak perempuannya itu dengan agama mereka.

“Anak No 3 Paling Mencabar” Tiga Anak Lain-Lain Perangai, Ajar Nabil Ahmad Erti Sabar & Syukur!

“Bedtime story pun dulu bolehlah layan Peterpan, Snow White semua tapi sekarang ini kami gantikan dengan cerita-cerita Saiyidina Umar, Saidiyina Khatijah, anak-anak Nabi dan sebagainya yang ada kaitan dengan agama.

“Inilah suasana yang perlu ada di rumah. Inilah yang saya belajar setiap kali pergi tablik. Bila saya betulkan semua ini baru saya nampak perubahannya,” luah Nabil lagi.

Bapa penyayang yang cukup gemar menghiburkan tiga anaknya dengan lawak jenakanya di rumah ini juga turut menitipkan ucapan penuh bermakna buat mereka di penghujung sesi live.

IKLAN

“Anak No 3 Paling Mencabar” Tiga Anak Lain-Lain Perangai, Ajar Nabil Ahmad Erti Sabar & Syukur!

“Daddy sangat happy dan bersyukur sejak kamu semua dilahirkan. Kamulah yang paling banyak bagi daddy dan mummy petunjuk. Selalu daddy doa, jadikan anak-anak ini untuk jadi anak solehah dan menjadi penyebar agama kerana itulah peninggalan paling baik.

“Jika daddy dan mummy dah tak ada, letakkanlah agama dalam setiap perkara. Daddy mahu kamu cintakan Allah dan Nabi lebih dari mummy dan daddy,” kongsinya sebak.

“Anak No 3 Paling Mencabar” Tiga Anak Lain-Lain Perangai, Ajar Nabil Ahmad Erti Sabar & Syukur!

Terdahulu, Nabil dan isterinya Zira Ayub dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Naira Mikayla dan Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!

“Anak No 3 Paling Mencabar” Tiga Anak Lain-Lain Perangai, Ajar Nabil Ahmad Erti Sabar & Syukur!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI